Selasa, 12 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


5,500 guru interim diserap

Posted: 11 Jun 2012 03:29 PM PDT

MukaDepan

Surat tawaran penempatan graduan ke seluruh negara sedang diagih

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

"Daripada kira-kira 5,500 calon yang ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), hanya 62 calon gagal namun mereka kini dalam proses rayuan selepas wakil mereka bertemu saya kelmarin. "Saya harap, semua guru yang berjaya dan sudah menerima surat tawaran penempatan itu menerima jawatan mereka dengan semangat tinggi untuk mendidik anak bangsa.

"Jika boleh tidak perlulah membuat rayuan untuk mendapatkan sekolah berhampiran rumah... jika dapat mengajar di Sarawak atau Sabah, terimalah dengan berlapang dada, demi mendidik anak bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian peruntukan RM1 juta kepada Sekolah Menengah Tinggi Cina Chong Hwa Rengit, dekat sini, semalam.

Mac lalu, Berita Harian melaporkan Kementerian Pelajaran giat mengumpul rekod terkini kekosongan guru di sekolah seluruh negara daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi calon graduan berkenaan yang selesai sesi temu duga oleh SPP, berakhir 16 Mac lalu.
Disember tahun lalu, 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Mereka mendakwa kementerian menganaktirikan mereka dan lebih mengutamakan GSTT untuk diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Puad ketika ditanya sama ada pihaknya ada menerima permohonan pertukaran sekolah daripada guru yang sudah menerima surat tawaran penempatan itu berkata, buat masa ini tiada lagi permohonan sedemikian.

"Mungkin semua guru ini mempunyai semangat berkobar-kobar dan tidak kisah bertugas di mana saja mereka ditempatkan dan itulah yang kita harapkan daripada mereka," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

awal

kementerian pelajaran tahu apa mereka buat, semua keputusan telah dikaji mendalam, mereka juga ada ramai pakar perguruan dan cerdik pandai.

kulah b. jaid

GURU INTRIM SUDAH MENDAPAT SURAT TAWARAN DAN PENEMPATAN.GURU PJJ YANG SUDAH LULUS TEMUDUGA 2010 DAN 2011 MASIH TIADA KHABAR DAN JAWAPAN DARI KPM DAN JPA.SAMPAI BILA KAMI MENUNGGU TUNGGU SAMPAI PENCEN TAHUN 2012.

bella

bagaimana pula dengan nasib lepasan ijazah pendidikan IPTS? mereka juga berhak untuk mendapat peluang untuk ditemuduga dan mendapat penempatan di sekolah-sekolah.

mimie

Bagaimanakah pula dengan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IPTS)....

Rakyat Prihatin

ramainya guru yang akan diserap masuk ke sekolah..tetapi apabila untuk memohon pertukaran guru, pihak PPD, JPN dan KPM sendiri kata tiada kekosongan dan penuh..tetapi kemasukan setiap tahun guru baru ramai je..

zul

kenapa perlu ada intrim? apa relevannya intrim?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan