Khamis, 14 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Bersara 60 tahun mula 2013

Posted: 13 Jun 2012 03:12 PM PDT

MukaDepan

Undang-Undang Persaraan Minimum pekerja swasta dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang.

Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.

Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, ketika membentangkan rang undang-undang itu juga berkata, apabila berkuat kuasa kelak, semua kontrak perkhidmatan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal.

"Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru. Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu," katanya.

Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan.

Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula.
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib.

Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.

Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

x setuju

kesian kat lepasan ipt. bagilah peluang anak-anak kita pula bekerja. rakyat dah semakin ramai. pening-pening

teh norr

setuju...setuju....setuju

kuda kepang

tak setuju. pekerja yg dah berusia biasanya bergaji tinggi, x agresif, x proaktif, x ambitious, hanya menunggu masa utk bersara. sepatutnya bg la peluang pd org2 muda utk memulakan karier & boleh mula berkeluarga...

nancy

ada pro n kontra juga atas wujudnya akta ini...klu bersara 60 bukan wajib dan ia tetap pilihan..itu sesuatu yang baik...tp sekiranya itu adalah wajib...mungkin sesetengah pekerja sdh rasa kurang daya produktif pada peringkat umur 55 dan keatas so bukankah itu merugikan majikan juga

Ku Rubiah Ku Hashim

Saya amat bersetuju sebab masih perlukan wang untuk menyara anak-anak yang masih belajar

BANDUT

MAKIN LAMA MAKIN MALAS NAK KERJA, BADAN DAH TUA PENYAKIT PUN MULA TIBA.

Halim

Orang lama banyak pengalaman manakala badan masih kuat eloklah teruskan bekerja. Dapat berbakti kepada negara disamping memperolehi pendapatan tetap. Maklumlah sekarang banyak perkara pakai duit. Kos hidup sekarang agak mahal. Orang muda jangan risau kerana dengan pengalaman luas daripada orang lama pasti peluang mereka untuk memperolehi pekerjaan pasti ada. Gandingan orang lama berpengalaman bersama tenaga muda pasti dapat memacu ekonomi negara dengan lebih baik.
Yang tak setuju cuma parti pembangkang. sedarilah bahawa majoriti pemimpin pembangkang berumur lebih 60 tahun tetapi masih tak mau bersara.

Nor Hisham

Alhamdullilah...semoga meringan bebanan selepas umur 55 tahun. Menurut kajian golongan 55 tahun ke atas menghabiskan wang KWSP dalam setahun selepas bersara untuk menjelaskan pinjaman perumahan...

Xsetuju-menyekat peluang kenaikan pangkat/gaji

makasintokmid

Yang penting pengeluaran penuh simpanan KWSP tetap pada umur 55 tahun bukan 60 tahun !! Harap akta KWSP ini tidak diubah !!

Nazri Yahya

Anak-anak IPT jangan bimbang, rezeki datang dari Allah.

tarmim

aduh.. tolongla.. dah tua nak keje ape lagi.. nanti ofis semua penuh kite yg dah tua..

x setuju jugak

makin ramai penganggur sebab pegawai belum nak bersara...baik turunkan balik ke 55..

x setuju

makin lambatlah lepasan ipt nak dpt kerja..

Hairudin bin Din

Alhamdulillah..terima kasih kepada pihak kerajaan di atas akta baru ini...terima kasih sekali lagi....

Hadi

Semoga kita dapat membahagikan masa antara dunia dan dalam masa yang sama membuat persedia bagi menghadapi alam yang kekal abadi..


Asap kenderaan diesel boleh sebabkan barah

Posted: 13 Jun 2012 03:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Kajian pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati pelepasan gas karbon monoksida daripada penggunaan diesel boleh menyebabkan barah paru-paru dan barah hempedu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan