Rabu, 13 Jun 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pengawal keselamatan mati dipukul di kepala

Posted: 13 Jun 2012 06:53 AM PDT

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini, hari ini.

Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu ditemui," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes itu.


Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA




Pemancing hilang di sungai Kinabatangan

Posted: 13 Jun 2012 03:38 AM PDT

KINABATANGAN: Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Kinabatangan di Kampung Balat di sini semalam.

Karpinus Asbanu, 25, dilapor hilang apabila dikatakan tergelincir ke dalam sungai itu pada jam 5 petang ketika memancing bersama seorang rakannya di kawasan berhampiran Ladang Mesej di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama penduduk kampung.

"Rakannya cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal apabila mangsa dikatakan tenggelam dihanyutkan arus deras," katanya di sini hari ini. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan