Rabu, 13 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Menyamar pegawai JKM larikan barangan RM40,000

Posted:

Menyamar pegawai JKM larikan barangan RM40,000

Menyamar pegawai JKM larikan barangan RM40,000

13/06/2012 5:24pm

GEORGETOWN - Lima sekeluarga kerugian lebih RM40,000 apabila disamun oleh sekumpulan empat penjenayah yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kononnya ingin memberi bantuan kepada mangsa di sebuah taman perumahan di Pulau Tikus, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, keluarga mangsa itu pada mulanya dikunjungi oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai JKM dan membuat janji untuk menghantar bantuan bersama rakannya pada sebelah petang.

Katanya, wanita itu kemudiannya datang pada pukul 2.30 petang bersama tiga lelaki berumur lingkungan 30-an dan terus meluru masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengikat semua mangsa.

Beliau berkata, kumpulan perompak itu menyelongkar rumah mangsa dan melarikan wang tunai, barangan kemas serta beberapa barangan berharga bernilai lebih RM40,000 sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta. - BERNAMA

Hampir RM9 juta dibelanja pungut sampah di Kuching

Posted:

Hampir RM9 juta dibelanja pungut sampah di Kuching

Hampir RM9 juta dibelanja pungut sampah di Kuching

13/06/2012 4:19pm

KUCHING - Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membelanjakan hampir RM9 juta setahun untuk mengutip kira-kira 130 tan sisa sehari buangan penduduk sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, selain itu DBKU membelanjakan hampir RM5 juta setahun untuk membersih longkang dan parit yang kotor dan tersumbat.

"DBKU berharap suatu hari nanti kos ini dapat dikurangkan jika ada kesedaran warga kota terhadap program kitar semula khasnya sisa makanan dan minyak masak, serta mengamalkan budaya menjaga kebersihan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dengan warga kerja DBKU di sini hari ini. - BERNAMA

Atlet ditawar tambahan RM1 juta jika raih emas Olimpik

Posted:

Atlet ditawar tambahan RM1 juta jika raih emas Olimpik

Atlet ditawar tambahan RM1 juta jika raih emas Olimpik

13/06/2012 4:17pm

KUALA LUMPUR - Atlet Olimpik negara yang berjaya menyahut cabaran meraih pingat emas pertama Malaysia pada sukan terbesar dunia bakal menerima ganjaran tambahan bernilai RM1 juta, sumbangan sebuah syarikat perabot.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ganjaran itu merupakan tambahan kepada RM1 juta yang akan diberi oleh kerajaan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada atlet yang meraih emas pertama dari temasya Olimpik.

"Wang tersebut akan dibahagikan kepada kalangan atlet yang berjaya mendapat pingat emas pada Sukan Olimpik, katakanlah seramai tiga atlet kita dapat pingat emas, maka mereka akan berkongsi RM1 juta itu.

"Jika tiada atlet kita mendapat emas, duit ini akan dibawa ke depan dan ditawarkan pada Sukan Olimpik di Brazil pada tahun 2016 nanti. Jadi ini juga pembakar semangat kepada semua atlet sebenarnya," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan