Rabu, 13 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Masa depan cerah

Posted: 12 Jun 2012 03:08 PM PDT

MukaDepan

NAJIB berinteraksi dalam talian dengan orang ramai pada sesi sembang secara langsung melalui laman web NSTLive di Balai Berita, semalam. - Foto Aizuddin Akmal Saad

NAJIB berinteraksi dalam talian dengan orang ramai pada sesi sembang secara langsung melalui laman web NSTLive di Balai Berita, semalam. - Foto Aizuddin Akmal Saad

BN mampu wujud peluang kemajuan, kualiti hidup lebih baik untuk generasi muda: PM

KUALA LUMPUR: Generasi muda diberi jaminan akan mengecapi masa depan lebih baik jika terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BN sudah membuktikan mampu menunaikan janji kepada rakyat.

Esok tentunya lebih baik daripada hari ini. Kita sudah membuktikan yang kita mampu menunaikan janji. Orang muda inginkan peluang untuk kemajuan dan kualiti hidup yang lebih baik. BN boleh memenuhi aspirasi mereka, katanya.

Beliau menjawab soalan Dr Kamal mengenai jaminan beliau kepada generasi muda yang mengundi BN, pada sesi sembang secara langsung melalui laman web New Straits Times (NST), NSTLive, di Balai Berita di sini, semalam.

Najib berkata, BN juga perlu menyuntik kesegaran dengan memilih bakat baru pada PRU-13 dan pada masa sama memastikan kesinambungan dengan mengekalkan beberapa pemimpin sedia ada yang masih popular dalam kalangan rakyat.

Menjawab soalan Mohamad Affian Nordin mengenai keyakinan beliau bahawa BN dan UMNO akan memenangi PRU-13, Najib berkata, ia berdasarkan sambutan rakyat ketika menemui mereka dalam banyak lawatannya ke seluruh negara.
Saya percaya tahap kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan sudah meningkat kerana kita berjaya membuktikan melalui Dasar Transformasi Nasional, kita dapat memenuhi apa dikehendaki rakyat, katanya.

Mengenai petunjuk tarikh PRU-13 pula, Perdana Menteri berkata, beliau sedang meneliti semua kemungkinan.

Anda ada cadangan, katanya kepada KFTANG yang mengemukakan soalan itu.

Ketika ditanya anak Sarawak mengenai cabaran besar untuk BN meraih sokongan di kawasan bandar, terutama daripada pengundi Cina, beliau berkata, pihak berkenaan perlu memahami bahawa masa depan mereka lebih baik di bawah pentadbiran BN yang dapat memastikan keamanan, kestabilan, keharmonian dan kemakmuran.

Dalam konteks ini, katanya, perbezaan utama ialah tahap keupayaan BN menunaikan janji kepada rakyat adalah jauh lebih besar.

Kita perlu meneruskan engagement dengan pengundi di kawasan bandar, termasuk Cina, katanya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan belum membuat keputusan muktamad berhubung projek Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) dan hanya akan berbuat demikian selepas berpuas hati dan rakyat tidak gusar sebarang perkara tidak diingini, termasuk dalam jangka panjang.

Kita perlu melalui proses meyakinkan orang ramai bahawa kilang itu selamat, katanya pada sesi selama sejam bermula tepat pada jam 12 tengah hari itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

nisa khalid

semua kuasa di tangan Allah. DIA lagi Mengetahui MANA YANG TERBAIK.. Salam PERJUANGAN!

Marcello De Ju

Saya Percaya dan Yakin seratus peratus bahawa Umno dan Barisan Nasional tetap dapat mengekalkan kuasa selepas Pilihanraya ke 13...Kerana belum ada parti yang benar-benar boleh memacu Malaysia Ke Arah Negara Maju setakat ini...

gagak putih

TAPI X TENTU LAGI PADA SESETENGAH TEMPAT, TP APA2 PON KERAJAAN DAH BERUSAHA UTK RAKYAT

pok long

bagusnya BN,xsabar nak tgu dewan dibubarkan...
bila yea tarikh nya dato seri,rakyat sgt2 xsabar nak mengundi....BN mmg terbaik dlm janjinya....anak muda suka sesangat dkat BN....negara aman damai tanpa rusuhan,..ekonomi terbaik di asia....harga minyak murah...subsidi byk kerajaan bg...warga asing pn ramai yg senang berniaga di sini.....syukur sngt2 dng kerajaan yg ada...jgn bg peluang dkat PR hndak menguasi malaysia...depa janji xserupa bikin..kerajaan bg gaji minimum rm 900,selangor plak rm 1100 je kt ank syrkatnya..apa brg kn...walau apa pn dato seri jgn gusar pru13,BN akan selesa dgn rehat yg ckup dan harmonis...hidup bn

azroy56

SAYA YAKIN UMNO DAN BN DAPAT MENGEKALKAN KUASA SELEPAS PRU13 INI..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan