Isnin, 11 Jun 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Osman Kering masih dirawat: isteri

Posted: 11 Jun 2012 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isteri Osman Kering, Che Norhayati Che Omar, 48, menafikan khabar angin yang tersebar di sebilangan blog hiburan dan laman sosial bahawa suaminya meninggal dunia.

Sebaliknya pelawak dan pelakon yang nama sebenarnya, Osman Kassim, berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat serta menggunakan bantuan mesin pernafasan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).




Canon lancar kamera DSLR EOS 650D

Posted: 11 Jun 2012 06:33 AM PDT

PENERAJU pengimejan digital, Canon melancarkan model kamera terbarunya, EOS 650D menggantikan model popular EOS 600D dalam kategori pengguna baru kamera refleks lensa tunggal digital (DSLR) yang ingin mendalami langkah seterusnya dalam bidang fotografi.

Pengarah Bahagian Pengimejan Produk Komunikasi Canon Marketing (Malaysia ), Simon Wong berkata, model EOS 650D didatangkan dengan resolusi 18 megapiksel, hasil penyelidikan dan pembangunan intensif bagi memenuhi jangkaan tinggi dari pengguna DSLR.

"Kami amat teruja mengumumkan ketibaan EOS 650D di Malaysia. Ia adalah model DSLR yang didatangkan dengan skrin sentuh bagi membuat pelarasan dedahan dan kelajuan 'shutter' pada satu skrin.

"Selain itu, ciri -ciri terbaiknya adalah sensor 18 megapiksel menggunakan imej prosesor DIGIC 5. Dengan kedua-dua teknologi yang bergerak seiring, keupayaan kelajuan model ini mampu merakam sehingga 5.0 bingkai sesaat," katanya.


Simon berkata, model ini berada di pasaran bermula 18 Jun nanti dengan harga bermula RM2,599 bagi kerangka saja manakala RM2,999 berserta lensa EF-S18-55mm.


Bagi model EOS 650D dengan lensa EF-S18-135mm boleh didapati mulai Julai pada harga runcit yang disyorkan RM3,899.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan