Isnin, 11 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Peniaga rugi RM70,000 dirompak dua lelaki

Posted:

Peniaga rugi RM70,000 dirompak dua lelaki

Peniaga rugi RM70,000 dirompak dua lelaki

11/06/2012 5:55pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga cedera pada bahagian kepala dan kerugian lebih RM70,000 selepas disamun dua lelaki dipercayai bersenjatakan pistol di rumahnya di Taman Desa Damai, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata pada kejadian pukul 5 pagi itu, dua perompak yang menaiki kereta jenis Proton Waja memecah masuk rumah mangsa.

Ahli perniagaan lelaki itu tinggal bersama bapanya dan menyedari rumahnya dipecah masuk setelah terdengar bunyi bising sebelum beliau keluar dari bilik dan bergelut dengan dua perompak terbabit.

"Salah seorang perompak terbabit mengetuk pistol di kepala mangsa sebelum melepaskan tembakan amaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya bapa mangsa yang terdengar bunyi tembakan itu terjaga dan ketika beliau keluar dari bilik, dua perompak itu melarikan diri dengan kereta jenis Mercedes Benz lama berharga RM70,000.

Peniaga itu kemudiannya dibawa oleh bapanya ke Hospital Bukit Mertajam dan menerima rawatan pesakit luar.

Katanya siasatan awal mendapati kereta Proton Waja yang digunakan dua lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan polis mengesyaki ia adalah kereta curi.

Azman berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Chong Wei diharap selesai masalah peribadi

Posted:

Chong Wei diharap selesai masalah peribadi

Chong Wei diharap selesai masalah peribadi

11/06/2012 5:23pm

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

"Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri semalam.

Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi ini meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.

"Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan," kata Zolkples ketika ditemui pemberita hari ini.

"Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya," katanya.

Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. - BERNAMA

Pemain bola sepak Nigeria diselamatkan polis

Posted:

Pemain bola sepak Nigeria diselamatkan polis

Pemain bola sepak Nigeria diselamatkan polis

11/06/2012 4:03pm

LAGOS - Polis Nigeria telah menyelamatkan pemain bola sepak antarabangsa Christian Obodo tanpa sebarang kecederaan atau membayar tebusan kepada penculik.

"Dia telah diselamatkan dan kita telah menangkap lima orang suspek berhubung penculikan itu," kata jurucakap polis Delta, Charles Muka.

Pemain posisi tengah yang bermain di Itali itu diculik di Effurun ketika beliau pergi ke sebuah gereja menaiki kereta jenis Bentley. Penculik menuntut wang tebusan sebanyak AS$188,000.

Obodo, 28, pada musim lalu bermain untuk kelab Lecce di Serie A, selepas dipinjamkan dari Udinese. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan