Isnin, 11 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sultan Johor sebak

Posted: 10 Jun 2012 02:59 PM PDT

MukaDepan

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat yang menyertai ‘Himpunan Menjunjung Kasih dan
Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor’ di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Baginda yang
terharu kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika bertitah pada perhimpunan itu (gambar kecil).

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat yang menyertai 'Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor' di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Baginda yang terharu kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika bertitah pada perhimpunan itu (gambar kecil).

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitiskan air mata di depan kira-kira 30,000 rakyat negeri ini daripada pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.

Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam), titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan Daulat Tuanku oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (GABUNG) itu. Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang juga kediaman rasmi Sultan Johor, pada jam 2 petang.

Peserta turut menyanyikan lagu Negeri Johor diikuti dengan bacaan Ikrar Sumpah Taat Setia yang diketuai wakil GABUNG yang juga Ahli Persatuan Penjaja, Peniaga, Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor, Ahmad Tarmizi Yusof, sebelum menyerahkan watikah ikrar sumpah setia terbabit kepada Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang hadir, bertitah adalah menjadi amanah baginda sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

"Tidak ada rakyat, tiadalah Raja. Raja dan rakyat berpisah tiada," titah baginda sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.
"Jika bersatu, kita akan kuat," titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu diakhiri dengan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot mengetuai bacaan doa dan Sultan Ibrahim berkenan bersalaman dengan hadirin hampir 40 minit dalam keadaan panas terik.

Baginda kemudian turut menunjukkan kepada pemberita PROTON Neo oren yang menggunakan nombor pendaftaran WWW1 yang diletakkan di pekarangan istana berkenaan.

Perhimpunan itu berlangsung sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

KLCC - Princess Lamborghini

daulat tuanku, syg tuanku sekeluarga...terharu dgn keprihatinan tuanku terhadap rakyat...raja yg baik adalah raja yg sudi keluar masuk kampung...turun padang..duduk dan makan bersama..longgarkan sikit protokol tu...barulah kami rakyat merasa amat berbesar hati dan rasa dikasihi...

m.riz

Tidak wajar melibatkan istana dalam setuasi politik yang tidak matang yang boleh mengelirukan generasi bangsa melayu .

Bantal Beruang

Daulat Tuanku...

cyd KB Sabah

daulat tuan ku

man bai

Daulat Tuanku ! Pemimpin PAS dah kemaruk kuasa. Tolak PAS..

ORG JOHOR

sedih xdpt join perhimpunan ni krn brada di kuala lumpur. kami rkyat johor syg sgt pd sultan kami,Sultan Ibrahim Iskandar n smua kerabat baginda..daulat tuanku!!

armimis

semoga raja kite menjadi ketua agama yang baik

anak jati johor

Yb Nizar dh kekurangan isu utk dipolitikkan ker?dr bab harga no plet smpi bubuh kt satria neo jer ko pertikaikan...sultan johor byk duit bukan dia guna utk benda tak baik cm berjudi dsbnya..org kata kalo dh minat sanggup berhabis kan...drpd ko sebok bal no plet ni baik ko sebok pimir psl nk laksanakan hudud kt perak tu ker atau tutup kasino dan pub2 kt sana...

nazir

bagus betul rakyat johor yer

izz

Raja yang berjiwa rakyat..skg nizar tgh meroyan nk jadi menteri besar..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan