Rabu, 13 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Haji’ bagi nombor ekor

Posted: 12 Jun 2012 12:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Haji dan dikatakan mendalami ilmu agama bukan saja memperdaya kenalannya untuk mendapatkan keuntungan mudah, malah dia menggunakan kesempatan itu untuk memberikan nombor ramalan enam angka kepada mangsa sebagai umpan.

Akibatnya, mangsa, bekas tentera yang dikenalinya di sebuah kafe Internet kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan kemampuan Haji terbabit membawa perubahan dalam hidup selain sebagai 'bantuan kecemasan' untuk keluar daripada masalah kewangan.

Mangsa, John Salam, 62, (bukan nama sebenar) berkata, pada mulanya dia beranggapan lelaki terbabit berniat baik mahu mengubah tabiatnya yang suka bermain mesin judi, namun lama-kelamaan Haji terbabit meminta wang kononnya sebagai upah untuk mendapatkan nombor ramalan.

"Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada 'tuah' menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Kelar leher ibu saudara

Posted: 12 Jun 2012 12:10 PM PDT

TAMPIN: Seorang pembantu am sekolah di Gemencheh, dekat sini, bukan saja disembelih anak saudara perempuannya menggunakan pisau 'Rambo', malah ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah berhampiran pasar di Jalan Gemencheh-Felda Bukit Rokan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Azizah Isa, 50, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) akibat parah di kanan lehernya dipercayai disembelih anak saudara berusia 26 tahun.

Anak bongsu mangsa, Nurul Aishah Johari, 17, berkata dia terkejut sebaik pulang dari rumah rakan apabila diberitahu ibunya parah dan dirawat di hospital.

"Lebih mengejutkan, saya diberitahu ibu disembelih sepupu sendiri menyebabkan saya hampir pitam.


"Tidak sangka, dia (sepupu) sanggup memperlakukan ibu sebegitu, sedangkan kami berdua cukup rapat," katanya ketika ditemui di HTJS, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan