Khamis, 14 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


KL-Beijing tingkat kerjasama

Posted: 14 Jun 2012 03:43 PM PDT

Nasional

NAJIB  mencuba telefon pintar  Huawei Ascend P1 Android 4.0 (ICS) yang belum dilancarkan di pasaran selepas merasmikan majlis pelancaran Pusat Latihan Global Huawei Malaysia,  di Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

NAJIB mencuba telefon pintar Huawei Ascend P1 Android 4.0 (ICS) yang belum dilancarkan di pasaran selepas merasmikan majlis pelancaran Pusat Latihan Global Huawei Malaysia, di Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

CYBERJAYA: Keakraban hubungan diplomatik Malaysia-China harus dimanfaatkan semua sektor ekonomi, khususnya bagi memantapkan kemahiran modal insan negara.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini boleh dibuat menerusi pemindahan teknologi atau program latihan kemahiran.

Perdana Menteri berkata, hubungan akrab yang terjalin sejak 40 tahun lalu membuktikan kedua-dua negara mempunyai ikatan unik yang tidak terhad kepada dagangan atau pelaburan dua hala. "Umpamanya, keputusan China memberi sepasang beruang panda kepada Malaysia adalah satu pengiktirafan kerana ia tanda simbolik yang menunjukkan republik itu amat menghargai hubungan itu," katanya berucap pada majlis pelancaran Pusat Latihan Global Huawei Malaysia (MGTC) di sini, semalam.

Hadir sama Duta China ke Malaysia, Chai Xi; wakil khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting dan Presiden Huawei Technologies Asia Pacific, Victor Wang.

MGTC adalah pusat latihan teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) pertama seumpamanya di luar China dengan matlamat menjadikan Malaysia pusat latihan profesional global bagi ICT generasi akan datang dengan sasaran melatih dan melahirkan 10,000 profesional ICT Malaysia menjelang 2020.

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman pada sidang media berasingan di Putrajaya, berkata persediaan untuk menerima pasangan panda China sedang giat dijalankan.
Katanya, PPj, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) kini pada peringkat mengenal pasti keperluan haiwan itu, termasuk aspek kesesuaian tempat tinggal, sumber makanan dan kepakaran penjagaan kesihatan.

"Hasil lawatan pegawai kita ke China dan Singapura, kita dapat gambaran awal persediaan yang perlu dilakukan, tetapi semuanya bergantung kepada pakar dari China yang bertanggungjawab memantau kesesuaian habitatnya di sini.

"PPj memperuntukkan kawasan seluas kira-kira satu hektar di Taman Wetlands Putrajaya sebagai tempat tinggal dan enam hektar untuk menanam buluh sebagai sumber makanannya.

"Untuk penanaman buluh, kita sedang bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), malah tiga daripada 15 jenis buluh yang sesuai dimakannya sudah sedia ada di Taman Wetlands iaitu buluh jenis pagar (Bambusa Multiplex), betong serta Thailand," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Majlis Peguam tiada hak sekat

Posted: 14 Jun 2012 03:42 PM PDT

Nasional

Laporan Hassan Omar,
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam tiada hak menghalang peguam, hakim dan golongan lain yang berkemahiran dalam bidang perundangan menubuhkan Akademi Undang-Undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Majlis Peguam pernah menghalang usaha kerajaan menubuhkan Akademi Undang-Undang apabila rang undang-undang penubuhannya dibentangkan di Dewan Rakyat 10 tahun lalu. "Apa hak Majlis Peguam menghalang ahli akademik dan mereka yang bekerja di bank, di Jabatan Peguam Negara dan bekas hakim daripada berpersatuan. Akademi Undang-Undang ini tidak ambil ahli Majlis Peguam.
"Tidak perlu ada perundingan dengan Majlis Peguam berkaitan hak asasi orang lain. Tidak berbangkit soal ini dan jika Majlis Peguam menghalang, mereka penceroboh kepada hak asasi orang," katanya menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Fong mencelah ketika Mohamed Nazri menjawab soalan asal Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berhubung cadangan penubuhan organisasi yang fungsinya sama dengan Majlis Peguam.

Fong bertanya mengapa cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang ditimbulkan sekarang sedangkan ia pernah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2003.
Mohamed Nazri berkata, kerajaan tidak perlu berbincang dengan Majlis Peguam untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang kerana ia hak dan kebebasan pihak terbabit dalam perundangan seperti peguam, bekas hakim, pengamal undang-undang di bank serta pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk berpersatuan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Mahfuz, Mohamed Nazri berkata, penubuhan Akademi Undang-Undang bertujuan meningkatkan standard persatuan berkaitan pengamal undang-undang dan kaedah pemilihan ahli serta pemimpinnya perlu sama dengan dipraktikkan dalam Majlis Peguam.

Beliau berkata, Majlis Peguam bukan setakat tidak menyokong kerajaan, malah sering menentang kerajaan dalam pelbagai aspek.

"Majlis Peguam diwujudkan oleh akta dan tidak dapat dikawal kerajaan. Jika Majlis Peguam yang diwujudkan mengikut akta pun tidak dapat dikawal kerajaan, macam mana kerajaan hendak mengawal Akademi Undang-Undang," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

lan

yang aku heran kat mana peguam peguam melayu semua...kjaan patut cepatlkan penubuhan yang dicadangkan,jangan lewat lewat.takut gapo gak.

shukri

Sewajarnya kerajaan menubuhkan Akademi Undang-Undang kerana peranan Majlis Peguam hari ini tersasar dari matlamat asal. Didapati hampir kesemua presiden dan bekas presiden majlis peguam gagal bertindak secara objektif. Jika terdapat sebuah lagi persatuan yang setaraf dengan majlis peguam, maka rakyat berpeluang mendengar hujah yang adil dan mungkin pada masa tersebut pandangan majlis peguam yang tidak adil dan berat sebelah akan dikesampingkan. Teruskan usaha murni kerajaan untuk membentuk masyarakat yang mempunyai fikiran dan minda yang adil dan objektif yang tidak hanya tertakluk kepada pandangan pihak yang berkepentingan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan