Rabu, 13 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


AirAsia diperintah bayar RM646

Posted:

AirAsia diperintah bayar RM646

AirAsia diperintah bayar RM646

ZOOLIHSAN menunjukkan pas daftar masuk penerbangan AirAsia selepas membuat tuntutan di Mahkamah TTPM di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Gara-gara menunda penerbangan sebanyak dua kali, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia semalam diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) agar memulangkan bayaran tiket seorang penumpang sebanyak RM646.

Penumpang itu yang merupakan Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Zoolihsan Ahmad, 37, menempah tiket penerbangan sehala ke Medan, Indonesia pada 20 Mei lalu atas urusan rasmi.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada pukul 12.20 tengah hari, Zoolihsan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada AirAsia berhubung penundaan penerbangan QZ 8055.

"Sepatutnya penerbangan saya ke Medan berlepas pukul 1.40 petang tetapi ditunda sehingga 8.40 malam. Jadi, saya mengambil keputusan untuk patah balik ke rumah kerana waktu yang ditunda terlalu lama.

"Sekitar pukul 7 malam saya kembali ke LCCT tapi sebaik sahaja sampai di kaunter AirAsia, saya dimaklumkan bahawa penerbangan itu sekali lagi ditunda kepada pukul 10.45 malam," katanya ketika ditemui di luar kamar TTPM di sini semalam.

Ekoran penundaan hampir sembilan jam itu, Zoolihsan terpaksa menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepastian sama ada wajar atau tidak beliau berlepas ke Medan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Neelofa tuntut Anzalna beri penjelasan

Posted:

Neelofa tuntut Anzalna beri penjelasan

Neelofa tuntut Anzalna beri penjelasan


NEELOFA menunjukkan keratan akhbar yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Pelakon Noor Neelofa Mohd. Noor memberi tempoh seminggu kepada Nur Anzalna Md. Nasir untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.

Neelofa, 23, menyatakan, Anzalna, 24, dalam laporan akhbar itu telah menuduhnya memburuk-burukkan pelakon drama bersiri Indera Joned itu sewaktu mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 dua tahun lalu.

Dalam laporan itu, Anzalna antara lain mendakwa, Neelofa telah menghina keluarganya dengan perkataan tidak elok melalui laman sosial Facebook.

"Ingin saya tegaskan bahawa segala kenyataan dan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Anzalna dalam akhbar itu 100 peratus tidak benar dan sudah tentu ia boleh menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.

"Jadi saya telah melantik dua orang peguam, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini dan satu notis tuntutan telah dihantar kepadanya," kata Neelofa yang dikenali menerusi filem Azura 2012 pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wujudkan negara selamat - PM

Posted:

Wujudkan negara selamat - PM

Wujudkan negara selamat - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan rakyat Malaysia menyokong usaha-usaha kerajaan dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran, masyarakat dan seterusnya negara yang lebih selamat.

Beliau berkata, banyak usaha yang telah dilakukan namun kerajaan akan terus mencari kecemerlangan dalam bidang itu untuk memastikan keselamatan rakyat.

"Anda mungkin boleh meneka apakah isu politik yang paling penting bagi rakyat Malaysia - ekonomi. Tetapi tahukah anda apakah isu yang kedua paling penting? Jawapannya adalah jenayah.

"Berita jenayah mendapat liputan penting dalam media dan secara semulajadinya, ia membawa kebimbangan kepada semua rakyat Malaysia.

"Oleh sebab itu, salah satu pencapaian negara yang kita harus banggakan adalah kedudukan negara kita pada Indeks Keamanan Global yang mana Malaysia telah diletakkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara," katanya.

Najib berkata demikian dalam entri terbaharu beliau bertajuk 'Memelihara Keselamatan Dengan Mengurangkan Jenayah dan Meningkatkan Prestasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)" dalam blog www.1Malaysia.com.my.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan