Rabu, 28 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Ikrar pertahan Putrajaya

Posted: 28 Nov 2012 03:57 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Ketiga-tiga sayap UMNO berikrar mempertahankan Putrajaya daripada terlepas ke tangan pembangkang yang akan menggadaikan negara ini.

UMNO penuhi aspirasi semua

Posted: 28 Nov 2012 03:56 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Peluang pekerjaan, pendidikan dan perniagaan antara aspek yang ditagih golongan muda terutama di negeri dikuasai pembangkang.

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Anwar bukan pengurus ekonomi yang cekap - Najib

Posted: 28 Nov 2012 09:33 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Nov. - Kepimpinan pembangkang membawa kemusnahan ekonomi negara, menanam benih kebencian di kalangan rakyat dan janji yang tidak ditepati, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petikan ucapan dasar Presiden UMNO

Posted: 28 Nov 2012 09:16 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Nov. - Berikut petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra...

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Lelaki culik 3 kanak-kanak dipenjara 4 tahun

Posted: 28 Nov 2012 10:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]RASAH 28 Nov. - Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah menculik tiga kanak-kanak dan mencuri sebuah kereta milik bapa mangsa...

Affin Bank berjaya ketepi saman bekas pengurus

Posted: 28 Nov 2012 03:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA 28 Nov. - Affin Bank Bhd. hari ini berjaya mengetepikan saman bekas pengurusnya yang mendakwa terma-terma dalam kontrak pekerjaan baharu tidak menguntungkannya ekoran penggabungan bank itu...

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Taksub - assabiah

Posted: 28 Nov 2012 10:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]HARI ini kita lihat orang Islam bukan sahaja tidak bersatu tetapi pecah seribu dan sering berperang sesama mereka. Dengan itu mereka menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh musuh Islam. Keadaan ini berlaku...

Tugas pertahankan 'survival' parti

Posted: 28 Nov 2012 10:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]TAHUN 2012 merupakan tahun keempat, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menyampaikan ucapan dasar selaku Presiden UMNO yang ke-7 sejak penubuhannya pada Mei 1946. Ia juga dianggap ucapan dasar yang amat...

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Terowong Smart dibuka selepas operasi sistem banjir

Posted: 28 Nov 2012 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Dek atas Lebuhraya SMART laluan arah selatan dibuka semula kepada lalu lintas pada 3.30 petang tadi setelah ditutup selama dua hari bagi pengaktifan sistem operasi banjirnya.

SMART dalam satu kenyataan hari ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna.

Status operasi terowong SMART boleh dibuat menerusi laman webnya di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau facebook@smartunnel.

Pertanyaan juga boleh dibuat menerusi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28



Bayi maut ditimpa durian

Posted: 28 Nov 2012 01:06 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PULAU PINANG: Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian ketika didukung ibunya dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, petang semalam.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Air naik 2 meter

Posted: 27 Nov 2012 12:48 PM PST

GOMBAK: Hujan lebat tanpa henti petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir termasuk kampung di sekitar daerah ini ditenggelami air lebih dua meter.

Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Kampung Ulu Yam Bharu menyebabkan tiga jentera bomba dan bot selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikejarkan ke lokasi berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, lebih enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan air naik.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam jam 7.30 malam memaklumkan air semakin naik.

Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, operasi mengeluarkan mangsa banjir dari rumah mereka masih dijalankan dan JKM turut membuka pusat pemindahan.


Sementara itu di Kuala Lumpur, beberapa kawasan turut dinaiki air iaitu Jalan Loke Yew menghala Cheras dan Bulatan Cheras.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, berlaku runtuhan tebing di Jalan Mahameru sebelum susur Sentul Link menyebabkan kesesakan teruk.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28



DBKL kenal pasti tapak baru Uptown

Posted: 27 Nov 2012 08:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengenal pasti satu tapak baru yang lebih sesuai untuk menempatkan lebih 300 peniaga Uptown Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini.

Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian tapak terbabit yang terletak berhampiran Puspakom Jalan Genting Kelang.


"Kami sedang kaji tapak itu, milik siapa dan projek yang dijalankan di sana. Sebahagian tanah itu milik DBKL," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tapak baru itu terletak 1.4 kilometer dari tapak asal Uptown Danau Kota Setapak yang beroperasi hampir tujuh tahun lalu.


Mohd Amin dalam kenyataannya sebelum in berkata, DBKL tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Uptown Danau Kota beroperasi pada Isnin dan Selasa walaupun pada cuti sekolah.


Menurut beliau, keputusan itu dibuat berikutan menerima rungutan penduduk yang mahu bazar larut malam itu dipindahkan ke tempat lain.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim mendesak DBKL membenarkan mereka berniaga tujuh hari seminggu sempena cuti sekolah pada November dan Disember ini.


Permohonan itu bagaimanapun ditolak DBKL dengan alasan perlu menjaga kepentingan komuniti setempat yang tidak bersetuju jika peniaga berniaga tujuh hari seminggu, malah mahu uptown itu dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28



Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Wanita UMNO cadang himpun ulama, guru pondok perjelas isu liberalisme, pluralisme

Posted: 28 Nov 2012 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang anggota perwakilan Wanita UMNO mencadangkan supaya pimpinan parti menghimpunkan guru pondok dan ulama dari seluruh negara bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai liberalisme dan pluralisme yang dibangkitkan pembangkang.

Ini kerana isu seperti itu boleh menggugat perpaduan ummah, kata Penolong Setiausaha Wanita UMNO Perlis, Marzita Mansor ketika membentangkan usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2012, di sini hari ini.

Beliau menegaskan fahaman yang hanya bertunjangkan kepentingan politik dan bertopengkan agama semata-mata itu menjadi satu ancaman jika dibiar berleluasa tanpa adanya penerangan dan langkah pencegahan pihak berkuasa.

"Seharusnya individu Islam wajib memahami bahawa fahaman dan falsafah yang semakin berkembang ini bukan sahaja intipati agenda Barat dalam siri penjajahan bentuk baharu.

"Bahkan ia merupakan strategi untuk menghancurkan Islam menerusi rasionalisme ilmiah berdasarkan kaedah serangan pemikiran," katanya.

Katanya, kedua-dua aspek itu turut membenarkan perkahwinan berlainan agama, kebebasan beragama, memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Selain itu, Wanita UMNO mahu kerajaan menekankan lagi silibus mata pelajaran agama Islam pada semua peringkat pengajian kerana subjek tersebut perlu dihayati dan menjadi amalan setiap pelajar, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.
Beliau turut mencadangkan supaya sekolah kebangsaan diperkasakan lagi dengan kemudahan dan peralatan pembelajaran terkini serta tenaga pengajar berkualiti bagi meningkatkan kemasukan murid keturunan India dan Cina.

Ini sekali gus dapat mengeratkan ikatan perpaduan dengan wujudnya kepelbagaian etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi masyarakat berbilang kaum, katanya.

Merujuk kepada kepentingan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyampaikan aspirasi dan dasar kerajaan kepada masyarakat, beliau mencadangkan supaya hubungan dua hala antara NGO dan kerajaan diperkukuhkan.

Katanya, ini bagi membendung penularan fitnah oleh segelintir NGO bersifat 'anti-establishment' serta penggunaan ruang siber untuk tujuan menganjurkan demonstrasi, bekerjasama atau memperoleh dana daripada pihak asing untuk mempengaruhi minda rakyat.

"NGO seperti ini semakin lantang mencipta fitnah melalui data-data yang dimanipulasi di ruang siber, bersifat ekstrem seterusnya berupaya untuk menggagalkan dasar-dasar kerajaan sekiranya pemantauan rapi tidak dilakukan," katanya. - BERNAMA

Taktik pembangkang sebar maklumat palsu dalam laman sosial di luar negara didedah

Posted: 28 Nov 2012 03:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelab UMNO Luar Negara hari ini mendedahkan kegiatan pembangkang yang sering mengeluarkan maklumat salah terhadap UMNO dan dasar-dasar kerajaan persekutuan dalam laman web sosial dan laman blog.

Perwakilan Kelab UMNO luar negara yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat, Muhammad Haziq Syamin Abd Halim berkata, beliau sering melayari laman web sosial dan media dalam talian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Malaysia.

"Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak media online (dalam talian) dan laman web sosial yang dipercayai milik pembangkang sering melaporkan bahawa Umno parti yang tidak menegakkan Islam sebenar dan Islam di Malaysia dalam persengketaan," katanya kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Haziq Syamin berkata, beliau mendapat tahu hal sebenar yang berlaku di Malaysia setelah pulang ke tanah air untuk menyertai Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

"Sikap pembangkang yang mengeluarkan penipuan semata-mata untuk mempengaruhi anak muda (penuntut) di luar negara mencerminkan bahawa parti pembangkang ini sememangnya tidak boleh dipercayai," katanya.

Beliau berkata, terdapat tujuh cawangan Kelab UMNO Luar Negara di sekitar Amerika Syarikat, dengan yang terbesar berpusat di bandar New York dan Chicago.

"Peranan kami adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan juga penduduk tetap warga Malaysia di situ selain menyebarkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Malaysia," katanya.
Sementara itu, perwakilan UMNO luar negara yang berpusat di Lancaster, Dir Kheidhrein Kamaruddin berkata, seorang pemimpin pembangkang pernah ke kawasan di sekitar United Kingdom tahun lepas untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

"Pemimpin pembangkang itu turut menyatakan bahawa partinya akan menjadikan Malaysia negara kebajikan untuk cuba mempengaruhi anak-anak muda.

"Mereka menyebarkan ideologi songsang kerana pada pendapat mereka kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan, namun kami yang peka dengan perkembangan politik semasa di tanah air tidak termakan umpan mereka," katanya. - BERNAMA

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Seminar untuk rakyat bincang isu harga rumah

Posted: 27 Nov 2012 10:46 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 28 Nov. - Isu harga rumah antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam Seminar Kebangsaan Perumahan Untuk Rakyat, dalam usaha memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu...

Misi kemanusiaan ke Gaza berpaksikan fisabilillah

Posted: 27 Nov 2012 10:41 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusiaan `Road to Gaza' anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia pada 5 hingga 14 Disember ini diingatkan...

Selangor hanya peruntuk RM5j atasi masalah banjir di Klang

Posted: 27 Nov 2012 10:29 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 28 Nov. - Kerajaan Selangor menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hanya meluluskan RM5 juta untuk mengatasi masalah banjir kilat di Klang, sedangkan RM1.2 bilion diperlukan untuk...

Selasa, 27 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Bahana besar ideologi songsang

Posted: 27 Nov 2012 09:56 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat bangkit menentang bahana besar ideologi songsang pembangkang yang merungkai asas-asas agama, mencabar maruah bangsa dan mengancam kedaulatan negara.

Sokong calon dipilih pucuk pimpinan

Posted: 27 Nov 2012 09:55 PM PST

Kuala Lumpur: Kukuhkan perpaduan dan sokong calon diputuskan pucuk pimpinan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), itu amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Najib juga meminta 3.5 juta ahli UMNO supaya bekerja lebih keras dan menggunakan pendekatan 'serang untuk bertahan' bagi menangkis hujah serta tohmahan pembangkang. Beliau juga menggesa ahli memberi penjelasan kepada rakyat, selain tidak mensabotaj parti bagi memastikan kemenangan dua pertiga pada PRU-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mahu semua pihak bersatu padu dan bekerja keras memastikan kemenangan parti pada PRU-13, iaitu proses yang akan menyaksikan kesetiaan ahli parti diuji.

"Ahli UMNO perlu terima hakikat yang menentukan jatuh bangun parti bukan hanya ahli, tetapi juga rakyat. Itu realiti dalam kita memastikan sur-vival dan legasi parti.

"Jangan ada yang sabotaj parti dan khianati perjuangan kita. Inilah masa semua diuji," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata wakil rakyat yang sudah lama berkhidmat perlu bersedia memberi laluan kepada muka baru, sama seperti peluang yang mereka peroleh suatu ketika dulu.

"Presiden memberi contoh ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau mendesak kepemimpinan memberi peluang kepada orang muda, tapi sekarang golongan muda yang mendesak mereka yang sudah lama jadi wakil rakyat untuk memberi tempat kepada orang muda.
"Proses ini hendaklah dilaksanakan supaya proses meremajakan parti dan memilih calon baru dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berjalan mengikut amalan demokrasi," katanya.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kegagalan atau kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 bergantung kepada ahli parti.

"Jika semua ahli bersatu dan menghindari perbuatan sabotaj, ia mampu memberi kemenangan kepada parti. Itu peringatan penting Datuk Seri Najib menerusi sindiran tajamnya," katanya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata ahli turut diingatkan meningkatkan kesatuan dan lebih agresif berdepan pengundi melalui pendekatan 'serang untuk bertahan' bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Intipati ucapan dasar Ketua Puteri UMNO

Posted: 27 Nov 2012 09:48 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 28 Nov. - Berikut antara intipati ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO sempenas perhimpunan sayap parti itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. 1. Perjuangan adalah...

Najib tinjau Perhimpunan Agung Wanita UMNO

Posted: 27 Nov 2012 09:21 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 28 Nov. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa 10 minit meninjau Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Razak PWTC hari ini. Beliau yang tiba bersama...

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Sebutan kes pengawal bunuh ejen hartanah 9 Januari

Posted: 27 Nov 2012 10:48 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA 27 Nov. - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 9 Januari depan bagi sebutan semula kes seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang didakwa membunuh seorang ejen hartanah yang mayatnya...

Waris dakwa hak mangsa kemalangan maut terabai

Posted: 27 Nov 2012 10:48 AM PST

[unable to retrieve full-text content]MELAKA 27 Nov. - Waris mangsa kemalangan maut membabitkan bas Ekspres Delima di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat pada 10 Oktober 2010 memohon kerajaan mengkaji...

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kertas putih bukti Talam diselamatkan - Tee Yong

Posted: 27 Nov 2012 12:09 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 27 Nov. - Pendedahan kertas putih berhubung pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) membuktikan berlaku usaha menyelamat atau bail out syarikat itu daripada hutang. Ketua...

SPR kenal pasti 18 NGO tempatan pantau PRU-13

Posted: 26 Nov 2012 10:46 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 27 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan...

Kesedaran kosongkan tangki septik masih rendah

Posted: 26 Nov 2012 10:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 27 Nov. - Tahap kesedaran dalam kalangan orang awam di negara ini bagi mengosongkan tangki septik masih lagi rendah, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah...

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kewangan Islam harus babitkan kumpulan berpendapatan rendah bagi pertumbuhan seimbang

Posted: 27 Nov 2012 01:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Kewangan Islam harus bersifat merangkumi dan boleh dinikmati oleh semua, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil untuk mencapai pertumbuhan ekonomi global yang lebih seimbang dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

Katanya, untuk mencapai matlamat ini, institusi kewangan Islam mesti berusaha untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan perkhidmatan kewangan masing-masing kepada semua segmen masyarakat dengan memenuhi permintaan bagi lebih banyak produk mikro kewangan Islam.

"Dengan kemunculannya sebagai satu bidang khusus pasaran baharu, mikro kewangan Islam akan dapat memenuhi permintaan berbeza-beza daripada masyarakat berpendapatan rendah dan memberikan sokongan kepada kegiatan keusahawanan," katanya pada Kolokium Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) kedua 2012.

Mikro kewangan Islam, jika disokong oleh mikro takaful, berpotensi untuk menyediakan penyelesaian perlindungan dan pembiayaan yang lebih menyeluruh, lestari dan mudah diperoleh bagi kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil.

Zeti berkata Pelaburan Tanggungjawab Sosial (SRI) dijangka menjadi kelas aset arus perdana menjelang 2015, dengan aset yang diuruskan diunjurkan berjumlah lebih US$26 trilion, dan menguasai 15 hingga 20 peratus pasaran global.

Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh permintaan daripada pelabur-pelabur institusi yang semakin memberikan keutamaan kepada pertimbangan kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam perniagaan dan sistem nilai institusi masing-masing.

"SRI telah mengetengahkan soal perlunya sistem kewangan dikaitkan kepada ekonomi dan perlunya dipertingkatkan tahap ketelusan, keadilan, etika dan tanggungjawab sosial dalam kewangan moden," tegas beliau.
Mengenai Portal Repositori Pengetahuan Kewangan Islam yang dilancarkannya hari ini, Zeti berkata ia boleh menyumbang ke arah memenuhi keperluan bagi penyebaran maklumat yang lebih cekap, yang akan menggalakkan peningkatan ketelusan pasaran, penemuan harga dan kefahaman tentang industri.

Sebagai sebuah pangkalan data pengetahuan, portal itu memusatkan ketetapan syariah dan justifikasinya, perundangan serta syarat-syarat kawal selia.

Ini diperkaya dengan koleksi penyelidikan dan pembangunan dalam kewangan Islam.

"Pangkalan data ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting bagi pengamal syariah dan industri, pembuat dasar, penyelidik dan ahli akademik," kata Zeti, sambil menambah bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam, malah juga rasa saling hormat dan pengiktirafan terhadap kewangan Islam.

- BERNAMA

5 maut, 4 cedera MPV rempuh lori di Slim River

Posted: 27 Nov 2012 01:05 AM PST

SLIM RIVER: Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.

Kemalangan jam 7.28 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar belakang sebuah lori yang di tepi jalan disebabkan tayar pecah.

Lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit, manakala empat mangsa cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Semua lima mangsa terbabit maut di tempat kejadian akibat tersepit.

Timbalan Ketua Polis Tanjung Malim, Deputi Superintendan R. Supramaniam, berkata ketiha nahas MPV terbabit membawa 11 orang yang sedang dalam perjalanan dari Muar ke Pulau Pinang.

"MPV berkenaan terbabas lalu merempuh lori yang diletakkan di tepi lorong kecemasan," katanya.

Empat daripada lima mangsa yang maut dikenali sebaga Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Tanjung Piandang; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dari Nibong Tebal dan Pang Lee Si, 35, dari Kedah.
Mangsa kelima bagaimanapun belum dikenal pasti lagi.

Sementara itu, jumlah mereka yang cedera meningkat kepada enam orang petang ini.

Mereka ialah Chong Soon Choy, 61, dari Bukit Mertajam; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Bu Wei Hong, 50-an; Lim Tau Hong,5; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal dan Heng Ah Lee, 60, dari Bagan Selatan.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Kebas RM90,000

Posted: 26 Nov 2012 03:51 PM PST

SHAH ALAM: Gara-gara mempercayai rakan baiknya, seorang peniaga kereta terpakai kerugian RM90,000 apabila rakannya bukan saja gagal menyerahkan barangan dibeli, malah melarikan diri sejak April lalu.

Mohd Khairil Adzhar Mahmood, 28, mendakwa mengenali rakannya dikenali sebagai Jeffry itu sejak setahun lalu dan membeli beberapa barangan terpakai daripadanya, termasuk kereta Mercedez, Mini Cooper Wagon, BMW, motosikal, kamera digital, telefon bimbit dan komputer riba pada harga murah.


Menurutnya, sebelum mendapat semua barangan ditempah, Jeffry memintanya membayar sejumlah wang dan berjanji menyerahkan barangan berkenaan dalam dua bulan yang kononnya disimpan di Perak.

Beliau berkata, harga ditawarkan Jeffry tidak munasabah kerana terlalu rendah namun lelaki itu berjaya meyakinkannya dengan menunjukkan bukti bergambar barangan.


Selain itu, Jeffry mendakwa ramai pelanggan membeli barangan daripadanya.


"Berikutan jumlah urus niaga itu mencecah RM90,000, saya membuat satu surat perjanjian ditandatangani Jeffry pada Februari lalu, bagi memastikan tidak ditipu.

"Dalam surat berkenaan, Jeffry bersetuju menyerahkan semua barangan yang ditempah sebelum jam 12 tengah malam, 14 April lalu," katanya yang ditemui di sini, semalam.


Bagaimanapun, hingga kini bukan saja barangan ditempah tidak diperoleh, malah wangnya lesap manakala lelaki itu gagal dihubungi.

"Baru-baru ini saya menerima SMS daripada Jeffry yang mengugut melakukan sesuatu yang buruk kepada saya selepas kegiatan penipuannya disiarkan di facebook," katanya. Bimbang keselamatannya, Mohd Khairil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengenai penipuan dan ugutan yang diterima daripada Jeffry.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Bayi terselamat daripada api

Posted: 26 Nov 2012 03:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Bayi lapan bulan antara yang terselamat dalam kebakaran lima rumah di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, petang semalam, yang menyebabkan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Datuk bayi berkenaan, Mohd Rais Dahlan, 57, berkata, ketika kejadian dia keluar bersama isterinya berniaga pisang goreng di kawasan berhampiran apabila mendapat panggilan telefon daripada anaknya yang berada di rumah memberitahu mengenai kebakaran itu, lalu bergegas pulang.


"Bagaimanapun, sebaik sampai di pekarangan rumah, semuanya sudah terbakar. Nasib baik tiga anak dan dua cucu yang berusia lapan bulan dan tujuh tahun berjaya menyelamatkan diri," katanya yang tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang dan empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian.


Beliau berkata, 35 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Sentul, Gombak, Titiwangsa dan Hang Tuah berjaya mengawal api yang marak jam 4.20 petang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Isnin, 26 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


KL inspirasi Palestin

Posted: 26 Nov 2012 04:53 PM PST

Kejayaan Malaysia selesai konflik dengan negara jiran secara aman dipuji

Kuala Lumpur: Pemimpin Palestin mengiktiraf dan menjadikan Malaysia inspirasi untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian di negara yang diancam Yahudi itu.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Parti Hamas, Usamah Hamdan, berkata Malaysia bersama masyarakat dunia sentiasa mendesak israel menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin.

"Kami bangga Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Segala usaha Malaysia wajar dicontohi," katanya ketika ditemui pada Forum Antarabangsa UMNO 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat - Menoleh Ke Belakang atau Memandang Ke hadapan? sempena Persidangan Agung UMNO 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Ambil iktibar

Sementara itu, Ahli Parlimen Niger, Assoumana Malam Issa berkata, negara lain boleh mempelajari pendekatan Malaysia menyelesaikan konflik yang pernah dihadapi dengan negara jiran, secara aman tanpa mencetuskan peperangan.

"Malaysia adalah negara aman contoh yang banyak mencapai kemajuan. Banyak boleh dipelajari daripada Malaysia.
"Saya akan menjemput pihak dari Malaysia seperti Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) untuk berkongsi pengalaman mendekati belia dan memberi perhatian serius kepada suara golongan itu, termasuk membabitkan soal dasar.

"Penyelesaian konflik secara aman sangat penting. Peperangan hanya membawa kemusnahan, kematian, penderitaan dan kesedihan, tiada pembangunan, aktiviti, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Lihatlah peperangan di Darfur dan Somalia," katanya.

Cermin imej Malaysia

Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim berkata, Forum Antarabangsa UMNO jelas melangkaui perspektif politik domestik untuk mencerminkan imej Malaysia menghormati ummah serta menunjukkan persahabatan dalam hubungan asing.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang pengamal transformasi.

"Saya juga mengambil perhatian dengan minat terhadap pendekatan kesederhanaan beliau dalam menangani krisis pada mesyuarat pemimpin dalam Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.

Puji keterbukaan Kabinet

"Kita boleh terima pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN sebagai relevan kepada forum ini," katanya sambil menegaskan UMNO boleh dipuji secara terbuka atas keputusan Kabinet memberi sokongan untuk Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina.

Naib Presiden Partai Demokrat Indonesia, Max Sopacua, pula menyifatkan Najib sebagai pentadbir kerajaan yang baik kerana melaksanakan pelbagai langkah untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini.

Dunia wajar contohi Malaysia selesai konflik

Posted: 26 Nov 2012 02:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Dunia wajar mencontohi Malaysia dalam menyelesaikan konflik dengan lima negara jiran sebelum ini tanpa sebarang peperangan atau pertumpahan darah.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Bicara fasakh A. Aida Januari

Posted: 26 Nov 2012 11:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kes cerai melalui tuntutan fasakh oleh penerbit drama, A. Aida terhadap suaminya akan mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 21 Januari tahun hadapan. Hakim Syarie...

Keputusan permohonan Anwar, 17 Dis.

Posted: 26 Nov 2012 11:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 26 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Disember depan keputusan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan...