Berita Harian: Mutakhir |
Kewangan Islam harus babitkan kumpulan berpendapatan rendah bagi pertumbuhan seimbang Posted: 27 Nov 2012 01:11 AM PST KUALA LUMPUR: Kewangan Islam harus bersifat merangkumi dan boleh dinikmati oleh semua, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil untuk mencapai pertumbuhan ekonomi global yang lebih seimbang dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini. Katanya, untuk mencapai matlamat ini, institusi kewangan Islam mesti berusaha untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan perkhidmatan kewangan masing-masing kepada semua segmen masyarakat dengan memenuhi permintaan bagi lebih banyak produk mikro kewangan Islam.
Mikro kewangan Islam, jika disokong oleh mikro takaful, berpotensi untuk menyediakan penyelesaian perlindungan dan pembiayaan yang lebih menyeluruh, lestari dan mudah diperoleh bagi kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil. Zeti berkata Pelaburan Tanggungjawab Sosial (SRI) dijangka menjadi kelas aset arus perdana menjelang 2015, dengan aset yang diuruskan diunjurkan berjumlah lebih US$26 trilion, dan menguasai 15 hingga 20 peratus pasaran global. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh permintaan daripada pelabur-pelabur institusi yang semakin memberikan keutamaan kepada pertimbangan kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam perniagaan dan sistem nilai institusi masing-masing. "SRI telah mengetengahkan soal perlunya sistem kewangan dikaitkan kepada ekonomi dan perlunya dipertingkatkan tahap ketelusan, keadilan, etika dan tanggungjawab sosial dalam kewangan moden," tegas beliau.
Sebagai sebuah pangkalan data pengetahuan, portal itu memusatkan ketetapan syariah dan justifikasinya, perundangan serta syarat-syarat kawal selia. Ini diperkaya dengan koleksi penyelidikan dan pembangunan dalam kewangan Islam. "Pangkalan data ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting bagi pengamal syariah dan industri, pembuat dasar, penyelidik dan ahli akademik," kata Zeti, sambil menambah bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam, malah juga rasa saling hormat dan pengiktirafan terhadap kewangan Islam. - BERNAMA |
5 maut, 4 cedera MPV rempuh lori di Slim River Posted: 27 Nov 2012 01:05 AM PST SLIM RIVER: Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi. Kemalangan jam 7.28 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar belakang sebuah lori yang di tepi jalan disebabkan tayar pecah. Semua lima mangsa terbabit maut di tempat kejadian akibat tersepit. Timbalan Ketua Polis Tanjung Malim, Deputi Superintendan R. Supramaniam, berkata ketiha nahas MPV terbabit membawa 11 orang yang sedang dalam perjalanan dari Muar ke Pulau Pinang. "MPV berkenaan terbabas lalu merempuh lori yang diletakkan di tepi lorong kecemasan," katanya. Empat daripada lima mangsa yang maut dikenali sebaga Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Tanjung Piandang; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dari Nibong Tebal dan Pang Lee Si, 35, dari Kedah. Sementara itu, jumlah mereka yang cedera meningkat kepada enam orang petang ini. Mereka ialah Chong Soon Choy, 61, dari Bukit Mertajam; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Bu Wei Hong, 50-an; Lim Tau Hong,5; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal dan Heng Ah Lee, 60, dari Bagan Selatan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan