Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 Nov 2012 12:48 PM PST GOMBAK: Hujan lebat tanpa henti petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir termasuk kampung di sekitar daerah ini ditenggelami air lebih dua meter. Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Kampung Ulu Yam Bharu menyebabkan tiga jentera bomba dan bot selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikejarkan ke lokasi berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, lebih enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan air naik.
Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, operasi mengeluarkan mangsa banjir dari rumah mereka masih dijalankan dan JKM turut membuka pusat pemindahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28 |
DBKL kenal pasti tapak baru Uptown Posted: 27 Nov 2012 08:28 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengenal pasti satu tapak baru yang lebih sesuai untuk menempatkan lebih 300 peniaga Uptown Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini. Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian tapak terbabit yang terletak berhampiran Puspakom Jalan Genting Kelang.
Tapak baru itu terletak 1.4 kilometer dari tapak asal Uptown Danau Kota Setapak yang beroperasi hampir tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim mendesak DBKL membenarkan mereka berniaga tujuh hari seminggu sempena cuti sekolah pada November dan Disember ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan