Isnin, 30 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


BN kunci kejayaan kaum Cina

Posted:

BN kunci kejayaan kaum Cina

BN kunci kejayaan kaum Cina

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Nikmat keamanan dan kestabilan negara di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kunci utama kejayaan masyarakat Cina meraih kekayaan di negara ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Penganut Dewa Teoh Kong Seng, Roger Hia Lim Koaa berkata, mereka harus menghargai segala nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Berkat kestabilan dan keamanan yang berjaya dilaksanakan oleh kepimpinan BN, maka masyarakat Cina dan pelbagai kaum lain boleh hidup dalam keadaan makmur dan harmoni, sekali gus menjadi lubuk mencari rezeki serta meraih kekayaan tanpa sebarang halangan.

"Begitu juga dengan kecekapan kerajaan BN menarik pelaburan asing oleh menyebabkan segala peluang ekonomi dan peluang pekerjaan terbuka luas kepada rakyatnya untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya. Jadi, yang mendapat habuannya ialah kita semua," katanya kepada Utusan Malaysia semasa menghadiri Kempen Sayangi dan Mendoakan Kesejahteraan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Roger berkata demikian ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam perutusan Tahun Baru Cina baru-baru ini bahawa masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kegagalan kepimpinan BN dan menyeru orang ramai agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Kempen tersebut turut diisi dengan majlis pemberian sumbangan berupa katil, mesin basuh, lampin dan kerusi roda kepada badan-badan kebajikan sekitar Lembah Klang iaitu Rumah Kebajikan Care, Pertubuhan Kebajikan Wanita Ikhlas Selangor, Pertubuhan Belia Kristian (YMCA) Kuala Lumpur dan Rumah Orang Tua Ampang.

Turut hadir Naib Presiden Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Gary Chan Pin Wah; Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bukit Bintang, James Leow dan Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joo Zin.

Sementara itu, Gary berkata, pihaknya menolak segala tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba menghancurkan keharmonian di negara ini dan menyifatkan perhimpunan haram berunsur politik hanya menimbulkan pelbagai sentimen yang merugikan rakyat.

"Kami menyeru para graduan agar membalas segala jasa baik kerajaan yang memberikan kemudahan pendidikan termasuklah pinjaman melanjutkan pelajaran," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengundi penentu kemenangan - Musa Hitam

Posted:

Pengundi penentu kemenangan - Musa Hitam

Pengundi penentu kemenangan - Musa Hitam

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Hanya pengundi yang akan menentukan sama ada calon daripada sesebuah parti politik itu merupakan calon yang boleh menang atau sebaliknya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, antara kriteria yang perlu ada bagi seseorang calon boleh menang ialah merangkumi kebolehan memenuhi keperluan rakyat dan parti politik yang diwakili mereka.

Menurutnya, semua parti politik perlu melakukan senarai semakan calon bagi memastikan mereka adalah yang terbaik sebelum meletakkan individu berkenaan sebagai calon pilihan raya.

"Apa pun pandangan parti terhadap calon yang bakal dipilih, satu perkara yang pasti adalah mereka tidak akan dapat mencari calon yang sempurna tetapi memadai sekiranya mereka mampu memenuhi kehendak rakyat dan parti," katanya selepas merasmikan Bangunan Galleria Seri Alam, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMLand, Pee Tong Lim dan Pengurus Besar Seri Alam Properties, Frankie Tan Kiat How.

Musa berkata, rakyat kini kebanyakannya berpelajaran tinggi serta berfikiran kritikal dan mengetahui setiap perkara yang berlaku bukan sahaja di dalam parti politik serta individu di dalamnya, malah keadaan politik semasa, strategi dan ideologi yang dibawa parti berkenaan.

Beliau berkata, pemilihan calon boleh menang juga perlu diperluaskan dan perlu disokong oleh rakyat dan pengundi di kawasan mereka.

"Individu yang dipilih sebagai calon harus memenuhi aspirasi dan mampu berkomunikasi dengan masyarakat di semua peringkat.

"Mereka juga harus memberikan perhatian kepada golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Flat nyamuk

Posted: 29 Jan 2012 09:48 AM PST

KUALA LUMPUR: "Kami ibarat berkongsi tempat tinggal dengan nyamuk apabila ia memenuhi ruang rumah terutama dinding dan semakin lama makin bertambah.

"Lebih teruk, serangga ini tidak berganjak dan melekat di dinding walaupun dihalau berulang kali," kata Pengerusi PPR Cempaka, Pantai Dalam, dekat sini, Tarmizi Mat Amin.


Menurutnya, difahamkan kejadian serangan nyamuk di flat berkenaan berlarutan dua bulan lalu dipercayai berpunca dari loji kumbahan berhampiran selepas pemaju menutup pam bagi meneruskan pembinaan projek landskap.

Katanya, pelbagai cara dilakukan penduduk untuk menghalau nyamuk berkenaan, namun ia semakin bertambah serta melekat di dinding dan kenderaan di sekitar flat berkenaan.


"Penduduk tidak tahan kerana sejak 'kehadiran' nyamuk, ramai penghuni mengalami deman berulang terutama kanak-kanak dan warga emas manakala kulit berbintik merah.


"Meskipun kawasan ini belum ada kes denggi, tetapi jika dibiarkan tidak mustahil berlaku dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui.

Tinjauan Harian Metro mendapati serangga itu tidak hanya berterbangan sekitar flat, malah turut hinggap pada dinding dan siling seolah-olah tempat itu sarangnya.


Keadaan itu menimbulkan kerisauan penghuni kerana jumlahnya banyak dan tidak hanya muncul pada waktu malam, malah pada siang hari.

Penghuni, Abdul Razak Ili, 43, berkata sudah banyak kali aduan dikemukakan kepada pemaju namun hingga sekarang masih tiada tindakan dibuat menyebabkan penduduk buntu untuk menghalau serangga berkenaan.


"Sepanjang tiga tahun menetap di sini, masalah itu tidak pernah berlaku, ini kali pertama kami berdepan kehadiran nyamuk dan yakin ia berpunca dari loji terbabit.


"Sepatutnya pemaju meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik dalam loji bagi mengelakkan ia membiak dan semburan asap (fogging) dilakukan secara berkala selepas loji itu ditutup sejak enam bulan lalu," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Beijing Enterprises Water Group Limited China (BEWG), Amirul Rahman Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung masalah dihadapi penduduk dan langkah sewajarnya sudah diambil bagi mengatasi perkara berkenaan.


Katanya, BEWG akan meneliti perkara itu dan melakukan semburan asap dalam tempoh terdekat.



Full content generated by Get Full RSS.

KL Sentral ke Bangsar RM12

Posted: 29 Jan 2012 09:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Secara luaran, teksi menggunakan sistem kupon untuk mengambil penumpang sekitar bandar raya ini kelihatan tiada beza dengan teksi bermeter, namun berdasarkan tinjauan, harga tambang dikenakan kepada penumpang lebih mahal berbanding teksi bermeter.

Tinjauan Harian Metro di KL Sentral, semalam, mendapati kadar tambang dikenakan mengikut kawasan tidak seperti teksi bermeter yang bergantung kepada jarak dan masa apabila lebih mahal.


Seperti contoh, tambang RM12 dikenakan bagi destinasi ke Bangsar tanpa mengira jarak walaupun hanya sekitar Jalan Telawi.

Selain itu, tinjauan mendapati majoriti penumpang menggunakan perkhidmatan teksi berkupon itu pelancong dan golongan berkerjaya.


Jurujual, Masjuwita Sabruddin, 22, berkata sedangkan tambang teksi bermeter mahal, apatah lagi teksi berkupon yang hanya dinaiki golongan berkemampuan dan pelancong asing.


Bagaimanapun, katanya, dia tidak menolak kewujudan perkhidmatan teksi itu memandangkan ia mengelakkan pengguna ditipu gara-gara pemandu meletakkan harga tambang sesuka hati.

"Seeloknya teksi bermeter juga perlu disediakan di sini supaya orang ramai mempunyai pilihan dan mengenai persaingan sesama mereka, ia pasti dapat diselesaikan pihak berkuasa," katanya.


Pemandu teksi bermeter, Abdul Razak Ili, 43, berkata dia tidak setuju dengan sistem kupon itu disebabkan pemandunya masih boleh mengambil penumpang lain selain di stesen kupon dikeluarkan.

"Mereka mempunyai meter sama seperti teksi lain dan boleh mengambil penumpang lain pada bila-bila masa, justeru teksi berkupon itu tidak sepatutnya dilaksanakan. Ia tak adil," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Remaja dipenjara 12 tahun sebabkan kematian anak baru lahir

Posted: 30 Jan 2012 03:05 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19 menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan gadis berkenaan dipenjara lima bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu. Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pelacur Asia Barat intai Malaysia sebagai sasaran baru

Posted: 30 Jan 2012 02:59 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.

"Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta. "Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Bukti Anwar lidah bercabang

Posted:

Bukti Anwar lidah bercabang

Bukti Anwar lidah bercabang

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


PETIKAN kenyataan Anwar Ibrahim seperti disiarkan The Wall Street Journal, kelmarin.


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kenapa tidak dakwa The Wall Street Journal silap?

Posted:

Kenapa tidak dakwa The Wall Street Journal silap?

Kenapa tidak dakwa The Wall Street Journal silap?

PUTRAJAYA 29 Jan. - Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.

Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

"Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri.

"Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan," katanya.

Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

"Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sikap berdiam diri pemimpin Pas diselar

Posted:

Sikap berdiam diri pemimpin Pas diselar

Sikap berdiam diri pemimpin Pas diselar

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menyelar sikap pemimpin tertinggi Pas yang sehingga kini berdiam diri meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan negara Israel.

Beliau berkata, sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dalam isu tersebut nyata berbeza berbanding pertengahan 90-an dahulu apabila Pas menentang keras kehadiran pasukan kriket remaja Israel.

"Kenapa sampai sekarang pemimpin Pas berdiam diri? Mana perginya Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz ketika Anwar menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha untuk keselamatan negara Israel? Mana Mahfuz yang dahulu sanggup masuk penjara kerana prinsip menentang Israel? Apakah Pas setuju dengan Anwar?

"Bagi saya kalau Pas memilih untuk berdiam diri dalam isu ini, maknanya Pas yang mengangkat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memerintah juga menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap berdiam diri pucuk pimpinan tertinggi Pas terhadap kenyataan kontroversi Anwar sedangkan sebelum ini parti tersebut lantang mengkritik kerajaan berhubung isu Apco Worldwide yang dikaitkan dengan negara Yahudi itu.

Sehingga kini, hanya Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang tampil mengeluar kenyataan secara umum menolak sebarang usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkannya dilaknat oleh Allah.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli berkata, kenyataan terbaru Anwar adalah rentetan bukti amalan politik dua alam ketua pembangkang itu yang tidak pernah tetap pendirian jika berdepan khalayak berbeza dan ia dibuat bertujuan meraih kembali sokongan serta kepercayaan kumpulan pro-Yahudi di Barat.

"Rakyat perlu sedar hakikat ini. Anwar mempunyai hubungan rapat dengan kelompok individu yang pro-Yahudi. Hubungan beliau dengan Paul Wolfowitz (arkitek perang Iraq), William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Al Gore telah sekian lama menjadi rahsia terbuka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Jangan cuba bermain api - JHEAT

Posted:

Jangan cuba bermain api - JHEAT

Jangan cuba bermain api - JHEAT

Oleh radhuan hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba 'bermain api' dengan memurtadkan orang Melayu di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Mohd. Rozali Salleh berkata, mereka terbabit bakal dihadapkan ke muka pengadilan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau setahun penjara.

Beliau memberitahu, tindakan itu selaras dengan penguatkuasaan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam yang sedia ada dan diguna pakai di negeri ini.

"Jangan cuba bermain api dan jangan sekali-kali cuba memurtadkan orang Melayu beragama Islam di negeri ini dan jika ada, tindakan tegas akan diambil di bawah enakmen ini (Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam).

"Enakmen ini memang kita dah lama guna pakai tapi memandangkan tiada kes yang jelas, maka ia (enakmen) dilihat seolah-olah tidak wujud.

"Jadi, enakmen ini akan dikuat kuasakan dan kita tak akan biarkan gejala ini (murtad) berlaku di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah yang diumumkan penubuhannya Khamis lalu bagi memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada Orang Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) itu turut memantau pengembangan ajaran salah antara sesama umat Islam.

Malah, Jamil Khir turut meminta Jabatan Agama Islam negeri yang masih belum mewujudkan dan menguatkuasakan enakmen itu agar segera melakukannya.

Mohd. Rozali menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pengkuatkuasaan Undang-Undang Syariah itu sambil menyifatkannya langkah positif ke arah mewujudkan keharmonian, khususnya di kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau turut memberi jaminan pihaknya akan menguatkuasakan sepenuhnya enakmen berkenaan di Terengganu sekiranya wujud aktiviti atau perlakuan pihak tertentu yang cuba memurtadkan orang Melayu di negeri ini.

"Berdasarkan Perlembagaan Malaysia sudah jelas, sesiapa saja wajib menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.

"Tidak boleh sama sekali ada pihak yang cuba berdakwah atau mengajak orang Islam menganut agama mereka (selain Islam)," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

MAIK terima penafaran 4 bintang

Posted:

MAIK terima penafaran 4 bintang

MAIK terima penafaran 4 bintang


Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama plak penganugerahan 4 Bintang bagi Pengurusan Kewangan daripada Jabatan Audit Negara kepada MAIK pada majlis kesyukuran di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 29 Jan. - Kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) diyakini akan meningkat berikutan kejayaan jabatan itu mendapat penganugerahan '4 Bintang' dalam pengurusan kewangan daripada Jabatan Audit Negara dua tahun berturut-turut sejak 2009.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertitah, penganugerahan tersebut amat bermakna dan memberi impak besar kepada MAIK sebagai sebuah institusi yang diberi amanah melaksanakan tanggungjawab kepada umat Islam di negeri ini.

"Saya berharap semoga dengan penganugerahan '4 Bintang' dalam pengurusan kewangan ini, MAIK akan dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaannya dalam memegang amanah sebagai pengendali wang zakat dan harta Baitulmal serta wakaf tunggal di negeri ini," titah baginda.

Baginda yang juga Yang Dipertua Maik bertitah demikian pada Majlis Kesyukuran Penganugerahan 4 Bintang Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2010 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim; Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad; Timbalan Mufti negeri, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad; Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin.

Sementara itu, Kamaruddin dalam ucapan aluannya berkata, Jabatan Audit Negara telah mula mengaudit pengurusan kewangan MAIK berdasarkan indeks akauntabiliti sejak 2007 merangkumi sembilan elemen utama iaitu kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, pelaburan, akaun amanah, kumpulan wang amanah dan deposit, aset dan inventori, pinjaman serta penyata kewangan tahunan.

Beliau berkata, tahap prestasi pengurusan kewangan agensi kerajaan yang diaudit adalah berdasarkan sistem pemarkahan iaitu 4 Bintang untuk tahap sangat baik; 3 Bintang (tahap baik); 2 Bintang (tahap memuaskan) dan 1 Bintang (tahap tidak memuaskan).

Jelasnya, tahap prestasi pengurusan kewangan MAIK meningkat setiap tahun dan ini dinyatakan sendiri dalam Laporan Audit Negara 2010.

"Pada 2007, Jabatan Audit Negara memberi penarafan 2 Bintang kepada MAIK; 2008 (3 Bintang); 2009 (4 Bintang) dan sekali lagi pada 2010 kita mendapat 4 Bintang.

"Malah MAIK juga menduduki tempat pertama dari segi pemarkahan berbanding lain-lain agensi dan jabatan di negeri, ini merupakan hadiah bermakna bagi MAIK yang akan menyambut ulang tahun ke-100 pada 31 Disember akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penulis blog perlu hindari budaya fitnah

Posted:

Penulis blog perlu hindari budaya fitnah

Penulis blog perlu hindari budaya fitnah

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Para penulis blog dinasihati agar menghindari budaya fitnah kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah merugikan bangsa dan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata, paling teruk apabila penduduk tempatan terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah melibatkan pemimpin di negeri mereka yang dimuatkan dalam pelbagai blog.

Katanya, fitnah dan pembohongan dalam penulisan terutama berkaitan isu sosial dan politik mampu mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap sesebuah kerajaan.

"Saya mahu penulis blog lebih bertanggungjawab dengan apa yang dipaparkan iaitu melalui penyiasatan yang dibuat terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Justeru itu, bagi pihak kerajaan, saya sedia bekerjasama dengan penulis blog dalam memberi sumber-sumber dan maklumat yang tepat mengenai pembangunan negeri Terengganu untuk bahan blog anda," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Bersama Blogger di Kediaman Seri Iman dekat sini, semalam.

Pada majlis tersebut kira-kira 80 penulis blog dari seluruh negara termasuk pemilik blog popular http://papagomo.blogspot.com berkumpul atas jemputan khas Menteri Besar itu bagi bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin kerajaan negeri ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pengarah Unit Komunikasi negeri, Shamsuddin Sulong.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin politik sering menjadi mangsa fitnah dalam sesebuah kerajaan negeri, selain dipertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai mereka.

Jelasnya, akibat daripada penyebaran fitnah itu, sesebuah kerajaan boleh jatuh dan menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

"Apabila pemimpin politik dijatuhkan akibat fitnah, rakyat yang rugi kerana apa yang dirancangkan tidak dapat diteruskan di masa depan kerana mereka tidak lagi menjadi pemimpin," ujarnya.

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama penulis blog berkenaan, Ahmad turut menghargai sumbangan 300 daripada 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu merancakkan pembangunan di Terengganu.

Katanya, pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta untuk diagihkan kepada semua NGO bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Hukuman jalin cinta terlarang

Posted: 29 Jan 2012 10:04 AM PST

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.


Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tuah Awan Nano

Posted: 29 Jan 2012 10:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.


Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.


Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.


Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).

Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.


Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.

Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.


Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.



Full content generated by Get Full RSS.

Ahad, 29 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua nelayan maut, tiga masih hilang

Posted:

Dua nelayan maut, tiga masih hilang

Dua nelayan maut, tiga masih hilang

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF, SAFINA RAMLI dan RAFIDAH YA'AKOB
pengarang@utusan.com.my


CHIN Chin Kein (kiri), Amirul Anuar Fadzullah (tengah), dan Safuri Dahari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah selepas 30 jam terapung di laut akibat bot karam dipukul ombak di perairan Pulau Payar, Pulau Langkawi di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 29 Jan. - Fenomena angin kencang dan laut bergelora yang melanda perairan negara sejak beberapa hari lalu mengakibatkan empat kemalangan bot karam berlaku dan meragut nyawa dua nelayan.

Dua kematian membabitkan masing-masing nelayan tempatan dan seorang warga Indonesia berlaku di perairan Pulau Songsong, Kuala Kedah dan utara Pulau Tioman, Pahang semalam dan awal pagi ini.

Di KUALA KEDAH, seorang nelayan maut manakala 19 lagi terapung di laut selama setengah jam apabila bot pukat jerut mereka karam dipukul ombak besar berhampiran Pulau Songsong, kira-kira 20 batu nautika (37 kilometer) dari Kuala Kedah awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, Ahmad Radzi Ghazali, 56, tidak sempat memakai jaket keselamatan lalu tenggelam bersama bot yang karam itu.

Tekong bot, Mohd. Ismail Hashim, 55, berkata, dia bersama 19 awak-awak keluar dari jeti Kuala Kedah untuk menangkap ikan sejak pukul 2 petang semalam.

"Ketika kejadian, kami sedang bersiap-sedia untuk pulang, tetapi bot kami bergerak lambat sebab tangkapan ikan banyak iaitu kira-kira tujuh tan.

"Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghempas bot. Saya mengarahkan kesemua awak-awak duduk di depan bot dan memakai jaket keselamatan kerana bahaya jika mereka duduk di belakang bot," katanya selepas dikunjungi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom di Restoran Oasis, Kuala Kedah di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa berada di dalam kabin bot untuk mengambil dompetnya dan ketika itu satu ombak besar sekali lagi menghempas menyebabkan bot mereka terbalik dan karam.

Dia berkata, Ahmad Radzi tidak sempat keluar dari bot dan mayatnya ditemui terapung-apung tidak jauh dari kumpulan nelayan itu kira-kira 20 minit kemudian. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain setelah 30 minit terapung di lautan.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian, tiga nelayan dari Kuala Kedah terapung hampir 30 jam di perairan Pulau Payar, Pulau Langkawi setelah bot mereka karam dipukul ombak.

Chin Chin Kein, 49; Safuri Dahari, 37, dan Amirul Anuar Fadzullah, 18, keluar untuk menangkap ikan dari jeti Kuala Kedah sejak Khamis lalu dan bot mereka karam kira-kira pukul 2 pagi sehari kemudian.

Kesemua ditemui kira-kira pukul 10.20 pagi semalam oleh nelayan tempatan dalam keadaan selamat dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.

Di KUANTAN, seorang nelayan warga Indonesia maut, dua hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot yang mereka naiki karam akibat terlanggar batu di perairan Pulai Tulai dekat Pulau Tioman, Rompin Jumaat lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai La Mafi, 62, manakala dua lagi hilang dikenali La Lesi, 36, dan seorang lagi dikenali sebagai Syarifuddin, 32. Ketiga-tiga mereka berasal dari Buton, Indonesia.

Dua lagi mangsa iaitu tekong, dikenali sebagai Samsudin, 31, dari Buton, Indonesia dan Johari Jalil, 30, dari Kudat, Sabah berjaya diselamatkan.

Bot nelayan pukat tunda itu dikatakan keluar dari Jeti Endau, Johor untuk menangkap ikan sejak 22 Januari lalu.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, bot nelayan dinaiki lima mangsa terbabit dipercayai mencari tempat berlindung daripada ribut.

"Bagaimanapun, enjin bot nelayan terbabit mati dan hanyut ke kiri akibat dilanda ombak dan angin kuat sebelum ia terlanggar batu di sekitar pulau tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

Sementara itu di SANDAKAN, usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dipercayai lemas di Pantai Dandulit, Kilometer 19.2 semalam, masih diteruskan hari ini oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa, Itang Culali, 68, dipercayai lemas selepas turun ke laut petang semalam.

Menurutnya, mangsa yang telah turun ke laut untuk menangkap ikan bersama isteri dan seorang anaknya sekitar pukul 7 pagi namun ahli keluarganya terselamat.

Full content generated by Get Full RSS.

Salah guna BB1M: Polis masih jalankan siasatan

Posted:

Salah guna BB1M: Polis masih jalankan siasatan

Salah guna BB1M: Polis masih jalankan siasatan

JELI 29 Jan. - Polis Kelantan masih menyiasat dua buah kedai buku di Kota Bharu yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam pada itu turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan pihaknya.

"Kita ada maklumat. Kita sedang siasat perkara ini, siapa-siapa yang jadi mangsa sila beritahu polis," katanya pada Majlis Lawatan Kerja dan Penyampaian Sijil Ahli Jawatankuasa Komuniti Kepolisan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azhar Sheik Omar,

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka untuk mendakwa dua pemilik kedai buku di Kota Bharu yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli BB1M pada harga lebih murah.

Pemberian BB1M bernilai RM200 adalah salah satu insentif disediakan kerajaan untuk rakyat dan diberi kepada semua pelajar di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPT awam serta swasta yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin memberitahu, polis masih memburu seorang pemuda berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Edi berhubung insiden tembakan di Kampung Kuchelong, Jelawat Bachok, Jumaat lalu menyebabkan seorang remaja cedera di kaki kanan.

Beliau berkata, polis turut menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut serta tujuan dia memilikinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, Nik Mohamad Baihaki Nik Mahmud, 17, cedera di pergelangan kaki dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan selepas terkena tembakan.

Kes tersebut dilaporkan berpunca daripada perselisihan faham selepas mangsa menggadaikan motosikal jenis Honda EX5 miliknya kepada suspek dengan harga RM200, tetapi diminta membayar RM500 ketika cuba menebus kembali motosikal berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pemimpin, anggota BN diminta bekerja keras

Posted: 29 Jan 2012 01:16 PM PST

Nasional

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) diiringi Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Lee Chee Leong, Datuk Kong Co Ha, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Chua Soi Lek dan Datuk R Ganesan menggaul "Yee Sang" pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MCA Negeri Perak di Ipoh, pagi ini. - Foto Ikhwan Munir

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) diiringi Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Lee Chee Leong, Datuk Kong Co Ha, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Chua Soi Lek dan Datuk R Ganesan menggaul "Yee Sang" pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MCA Negeri Perak di Ipoh, pagi ini. - Foto Ikhwan Munir

IPOH: Datuk Seri Najib Razak meminta pemimpin dan anggota parti Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa bekerja keras dan merapatkan barisan bagi mendapatkan keyakinan serta mengekalkan mandat daripada rakyat.

Perdana Menteri berkata, hanya pasukan yang bersatu dan kuat mampu berdepan dengan cabaran serta ujian pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil memetik ungkapan Inggeris 'rumah yang retak akan runtuh', beliau mengingatkan semua parti komponen bahawa parti itu akan tumbang jika mereka berpecah-belah. "Untuk kita mendapatkan mandat yang sepenuhnya daripada rakyat, dua perkara amat penting yang perlu dilakukan, iaitu pertama, bekerja kuat dan menggunakan strategi yang betul... (tetapi) bekerja kuat itu adalah keperluan utama.

"Sebab itu, apabila ada majlis sambutan Tahun Baru Cina (peringkat Kebangsaan) di Sitiawan malam tadi (kelmarin), kehadiran hampir 60,000 orang itu adalah (salah satu) ukuran kerja kuat yang kita buat untuk menambahkan keyakinan rakyat kepada BN," katanya berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA Perak di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha serta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara kedua yang perlu dilakukan bukan saja kepada parti komponen tetapi juga negara ialah mereka mesti mengutamakan perpaduan pada semua peringkat dan percaya jika ia dapat dilaksanakan, parti akan menang dan berjaya pada masa depan.
Beliau juga berkata, apa yang penting bagi parti dan rakyat ialah berasa yakin kepada kerajaan di bawah pimpinan BN yang bukan saja mempunyai wawasan jelas untuk masa depan tetapi sudah terbukti menjadi sebuah kerajaan cekap yang boleh mencapai cita-cita dan impian besar untuk negara.

Katanya, ia tidak sama seperti agenda yang dibawa pembangkang kerana terlalu banyak janji yang sebenarnya tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata kerana mereka menjadikan janji kepada rakyat sebagai senjata utama untuk meraih sokongan.

"Satu perkara yang kita mesti sedar bahawa apabila menjadi pembangkang, senjata utama yang ada pada mereka ialah untuk membuat janji... tidak kisah sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak, apa yang diutamakan ialah mereka membuat janji bulan, bintang dan langit.. bagi mereka itu senjata penting yang mereka ada.

"Jadi, sebagai pengundi, kita jangan kena tipu dengan kaedah atau pendekatan demikian. Apa yang kita mahu bukan janji kosong tetapi kerajaan yang cekap dan boleh menunaikan serta menjanjikan masa depan semua rakyat Malaysia.

"Saya memberi komitmen kepada rakyat bahawa itulah yang BN boleh dan akan buat sekiranya (terus) mendapat mandat daripada rakyat," katanya.

Najib juga mahu semua parti komponen BN di Perak bekerja keras dan memberi kerjasama kepada Zambry selaku Pengerusi BN negeri supaya Perak terus kekal sebagai negeri BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dalam lawatan singkatnya ke Perak, Perdana Menteri berkesempatan mengunjungi tiga rumah penduduk miskin di Sitiawan serta merasmikan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 malam kelmarin dan pagi semalam meluangkan masa 30 minit pada majlis di sini sebelum beredar untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.

Full content generated by Get Full RSS.

PAS Kedah pertahan Azizan

Posted: 29 Jan 2012 01:15 PM PST

Nasional

ALOR SETAR: PAS Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang mahu Menteri Besar itu dipecat kerana tidak mahu campur tangan bagi menyelesaikan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Mereka juga berpendapat pihak luar tidak sewajarnya campur tangan dalam soal pentadbiran negeri itu dan KUIN.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata pihak terbabit sepatutnya memberi peluang dan kepercayaan kepada Azizan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan memahami kedudukan masing-masing dalam Pakatan Rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, adalah tidak wajar rakan dalam pakatan rakyat sendiri membuat teguran secara terbuka melalui media massa kerana ia boleh disalah erti oleh pihak lain.

"Pada saya tidak wajar ada pihak lain campur tangan dan jika hendak menegur pun, gunakan saluran yang betul dalam pakatan rakyat untuk memberi pandangan kerana tidak elok jika dibuat melalui media.

"Perlu ada rasa hormat-menghormati kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak, termasuk Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari supaya Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan yang juga Pengerusi KUIN berhubung penggantungan lima pelajar universiti itu pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asramanya di kediaman Ar-Razi, di sini.
Nik Nazmi dan Dr Abdul Aziz mahu tindakan itu dikenakan ke atas Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan AUKU, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Azizan dalam laporan akhbar semalam juga mempertahankan tindakannya untuk tidak campur tangan dalam keputusan KUIN mengambil tindakan ke atas pelajar terbabit dan dia sedia dipecat.

Selain itu, Azizan juga menjelaskan sebagai sebuah universiti, KUIN tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, selain terikat dengan peraturan menguatkuasakan AUKU.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Menilai kedudukan calon veteran

Posted:

Menilai kedudukan calon veteran

Menilai kedudukan calon veteran

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

DALAM satu taklimat pilihan raya, seorang ahli politik veteran bertaraf YB 'mengamuk' apabila mendapati namanya digugurkan dan digantikan dengan calon lebih muda untuk pilihan raya umum akan datang.

YB ini tidak mahu mendengar penjelasan pihak yang membuat laporan tersebut dengan menganggap ia 'mengarut' dan mahu berjumpa dengan pemimpin atasan untuk mengadu.

Apa yang dipaparkan ini hanyalah contoh kecil bagaimana ada pemimpin veteran yang sudah lagi tidak mampu membawa kemenangan kepada parti masih mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Biar pun pengguguran itu berlandaskan kepada fakta yang dibentangkan hasil kajian yang dibuat namun ramai pemimpin veteran tidak akan mudah menerima kenyataan tersebut.

Semua ini hakikatnya bukanlah satu sikap politik yang matang, sepatutnya ahli politik veteran yang merasakan masanya sudah tiba untuk berundur akan rela berbuat demikian tanpa paksaan.

Masalahnya, di dalam UMNO ramai pemimpin-pemimpin veteran merasakan hanya mereka sahaja yang layak dan tiada siapa yang boleh menggantikan mereka.

Atas sebab itulah sudah tiba masanya, pucuk pimpinan parti bertegas dalam soal ini, pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang perlu dibuat dengan teliti tanpa harus tunduk kepada sebarang tekanan atau ugutan.

Ia kerana pilihan raya umum akan datang cukup penting untuk survival politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO, ia dianggap 'ibu' kepada semua pilihan raya yang pernah diadakan.

Oleh itu sudah tentulah UMNO tidak harus menghabiskan masa melayan kerenah sesetengah pemimpin veteran yang masih mahu bertanding biar pun menyedari dia akan ditolak oleh rakyat.

Tumpuan utama perlu diberikan kepada negeri-negeri yang dianggap kritikal seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor.

Di negeri-negeri berkenaan, UMNO tidak boleh melakukan kesilapan dalam memilih calon kerana misi UMNO adalah menawan semula Kedah, Kelantan dan Selangor serta mempertahankan kekuasaan di Perak.

Begitu juga di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan yang dikatakan menjadi sasaran utama pembangkang untuk menambah kerusi.

Jika UMNO masih leka dengan melayan kerenah pemimpin-pemimpin tertentu yang merasakan diri mereka sahaja yang layak, maka UMNO perlu bersedia berhadapan dengan kekalahan.

Hakikatnya, fenomena ingin menjadi calon dan merasakan dirinya layak menjadi calon bukanlah perkara baru, apatah lagi apabila seseorang individu itu memegang jawatan di peringkat bahagian.

Pandangan kuno bahawa jawatan di peringkat bahagian adalah tiket untuk terpilih sebagai calon masih melumuri sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO.

Apa yang mengecewakan ada antara mereka awal-awal lagi sudah membuat kenyataan berbentuk ugutan, kalau dirinya tidak terpilih dia akan memastikan partinya juga akan kalah.

Individu seumpama ini tidak diperlukan oleh parti kerana perjuangan politiknya hanya semata-mata untuk dirinya bukan parti.

Kalau ahli politik itu ikhlas sudah pasti dia akan menyerahkan kepada parti untuk menentukan kedudukannya, jika terpilih bertanding Alhamdulillah, kalau tidak terpilih, dia akan bersungguh-sungguh membantu calon penggantinya untuk menang.

Tetapi senario ini acap kali sukar berlaku kerana sindrom merasakan dirinya sahaja layak dan berada dalam kategori 'calon boleh menang'.

Justeru sudah tiba masanya, pucuk pimpinan parti bertegas dalam soal ini dan tidak melayan kerenah politikus yang hanya mementingkan diri sendiri.

Tidak kiralah sehebat mana pun politikus berkenaan tetapi kalau di kawasan sendiri rakyat sudah tidak menerimanya maka dia perlu bersedia untuk digugurkan.

Sebab itulah penyenaraian semula calon atau pemimpin yang bertaraf veteran dalam pilihan raya umum akan datang perlu dilakukan dengan teliti.

Jika pemimpin veteran itu masih berpengaruh dan diterima oleh rakyat tidak mengapa tetapi kalau sebaliknya maka parti perlu memiliki keberanian menggugurkannya.

Tidak perlu ada simpati atau rasa bimbang terhadap tindak balas yang akan dilakukan oleh mana-mana pemimpin veteran yang tidak dipilih bertanding.

Ia kerana selagi rakyat di sesuatu kawasan itu mahukan perubahan, maka mereka sudah pasti akan memberi sokongan kepada mana-mana calon yang dipilih bagi menggantikan pemimpin yang mereka tolak.

Masalahnya, acap kali juga berlaku, parti tunduk kepada desakan sesetengah pemimpin veteran ini tetapi kesudahannya parti yang rugi. Berdasarkan hakikat itu adalah wajar semua pemimpin UMNO berpegang kepada akujanji yang mereka lafazkan ketika perhimpunan agung UMNO lalu.

Dalam situasi politik yang dianggap genting sekarang terutamanya dalam berhadapan pilihan raya umum, kepentingan parti harus mengatasi segala-galanya.

Perkara utama yang perlu diberi pertimbangan ialah meletakkan lebih ramai calon muka baru tanpa mengorbankan calon veteran yang menjadi aset kepada parti.

Kita perlu ingat, dalam pilihan raya umum akan datang, pengundi muda akan menjadi pengundi teramai, mereka mempunyai cita rasa dan pandangan politik yang berbeza.

Oleh itu, jika UMNO dan BN meletakkan calon bertaraf veteran yang tidak mampu membawa apa-apa faedah kepada parti adalah lebih baik mereka ini digantikan dengan calon lebih muda.

Bagaimanapun calon muda berkenaan biarlah yang popular di kalangan rakyat dan mempunyai karisma. Pada masa ini sama ada hendak diakui atau tidak, kebanyakan pemimpin muda di peringkat bahagian tidak begitu menonjol atau dihalang daripada menonjol.

Di bahagian-bahagian tertentu ada pemimpin-pemimpin muda yang mengetuai sayap parti bersikap seperti 'hidup segan mati tak mahu'.

Mereka tidak aktif melaksanakan agenda parti tetapi apabila datang musim pilihan raya barulah hendak tunjuk muka. Keadaan ini sudah tentulah tidak menguntungkan parti kerana apa yang lebih penting adalah penerimaan rakyat terhadap kehadiran mereka.

Seperkara lagi yang harus diberi pertimbangan serius oleh UMNO ialah menggugurkan mana-mana pemimpin yang sudah bertanding berkali-kali tetapi tetap kalah.

Tidak kiralah sama ada pemimpin itu berada di kubu kuat pembangkang atau tidak tetapi jika parti merasakan orang lain lebih layak bertanding maka pilihlah orang itu.

Apa pun adalah diharapkan akan ada sikap berkorban di kalangan sesetengah pemimpin veteran yang sudah tidak lagi diterima oleh rakyat. Mereka perlu bersedia memberi laluan kepada calon lain dan bukannya mengatur gerakan untuk memastikan pengganti mereka tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Janganlah merasakan kita sahaja hebat sedangkan yang sepatutnya membuat penilaian itu ialah rakyat. Merekalah yang akan menentukan hidup mati perjuangan sesebuah parti melalui pilihan raya yang bakal diadakan.

UMNO memerlukan barisan pemimpin dan ahli yang ikhlas, sedia berkorban dan melakukan pengorbanan demi perjuangan parti, bukannya peribadi.

Full content generated by Get Full RSS.

4 juta kawal 28 juta penduduk?

Posted:

4 juta kawal 28 juta penduduk?

4 juta kawal 28 juta penduduk?

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (dua dari kanan) bersalaman dengan seorang peniaga di Taman Tun Dr Ismail, ketika membuat lawatan ke kedai-kedai selepas Pelancaran Rondaan Bersama PDRM, RELA dan JPAM Bagi Kawasan Brickfield dan Damansara, baru-baru ini.


SEORANG pemandu teksi, Mohd. Norpiah Harun Arashid yang mencari rezeki di ibu negara ialah rakyat biasa yang peka dalam menilai keselamatan negara di sudut orang awam.

Bukan dia sahaja, malah hampir semua rakyat Malaysia mempunyai penilaian tersendiri mengenai tahap keselamatan negara ketika ini.

Rakyat Malaysia pasti akan membandingkan soal keselamatan itu sepanjang mereka mula mengenali peranan dan tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan yang sinonim dan paling awal disebut oleh sesiapapun, jika kita berbicara tentang keselamatan negara.

Bagi Mohd. Norpiah yang berusia lingkungan 50-an, beliau menganggap penglibatan anggota polis di tempat-tempat awam kini kian berkurangan.

"Kelibat anggota polis kini semakin berkurangan jika dibandingkan dengan tahun 80-an, Jadi, saya rasa cadangan untuk menambah bilangan mereka amat baik," katanya ketika diminta pendapat mengenai cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah bilangan anggota penguat kuasa dan sukarelawan di seluruh negara baru-baru ini.

Cadangan itu diusul bagi menurunkan kadar jenayah dan membentuk rasa selamat di kalangan rakyat.

Penambahan seramai 35,029 anggota berbanding 27,162 anggota sedia ada tahun lalu itu diumumkan oleh menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, baru-baru ini.

Pendekatan komprehensif itu sejajar dengan dua inisiatif utama KDN selain melibatkan lebih ramai rakyat dalam aktiviti mencegah jenayah sebagai usaha membanteras kegiatan itu di seluruh negara tahun ini.

Apabila kita mengambil kira pendapat Mohd. Norpiah itu tadi, atau rakyat Malaysia yang lain, satu harapan wujud dalam masyarakat iaitu supaya lebih ramai anggota penguat kuasa diletakkan supaya ia mampu menghadirkan rasa selamat kepada mereka.

Penulis yakin, kerajaan sebenarnya mempunyai sebab kenapa bilangan penguat kuasa ini harus ditambah. Peningkatan angka penduduk Malaysia yang kini semakin menghampiri 30 juta orang (28.7 juta seperti yang dipetik daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia) mungkin turut menjadi faktor kenapa kerajaan mencadangkan penambahan anggota penguat kuasa.

Ini kerana adakah mencukupi jika negara ketika ini hanya memiliki kira-kira 4 juta anggota penguat kuasa (pelbagai agensi) untuk mengawal keselamatan jumlah penduduk Malaysia yang semakin meningkat.

Perlu diingat, angka 28 juta penduduk Malaysia itu belum termasuk jumlah pendatang asing di negara ini.

Sekiranya dicampur dengan pendatang asing, pastinya sukar untuk penguat kuasa, baik PDRM mahupun lain-lain agensi untuk mengawal ketenteraman negara.

Malaysia ketika ini mempunyai kira-kira 4 juta anggota penguat kuasa yang ditadbir di bawah KDN. Bilangan 4 juta ini termasuk 3 juta kakitangan tetap dan sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), 120,000 anggota dan pegawai tetap dalam PDRM, 400,000 anggota dan sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 260,000 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jumlah itu belum termasuk mereka yang sukarela menyertai agensi-agensi lain di bawah KDN antaranya Wataniah dan sebagainya.

KDN baru-baru ini menyasarkan untuk mendapat penyertaan 100,000 anggota penguat kuasa daripada agensi-agensi di bawahnya untuk terlibat dalam rondaan bersama di seluruh negara bagi mengurangkan kadar peratusan jenayah menjelang Mac depan.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini seramai 20,000 sukarelawan terdiri daripada anggota JPAM dan Rela terlibat dalam rondaan bersama itu.

"KDN yakin dapat mencapai sasaran 100,000 anggota dalam tempoh tiga bulan untuk bertugas di dalam rondaan bersama," kata beliau.

Malah, kata Mahmood, KDN juga telah mewujudkan sistem rondaan bersama agensi keselamatan di bawah kementerian itu sejak awal tahun lalu membabitkan beberapa lokasi tumpuan di seluruh negara. Ini termasuk Sungai Pelek di Selangor; Alor Gajah, Melaka; Kampar, Perak; Johor Bahru, Johor, Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur, selain Kluang dan Pagoh di Johor serta Pekan, Pahang.

Menerusi sistem ini, kata beliau, anggota penguat kuasa daripada sekurang-kurangnya enam agensi seperti Imigresen, AADK, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Keselamatan Negara (BKN) akan menghantar wakil untuk bersama-sama melakukan rondaan.

"Buat masa ini, kerajaan belum ada perancangan untuk menambah bilangan anggota dan pegawai polis, namun apa yang akan ditambah adalah bilangan penguat kuasa dan sukarelawan lain-lain agensi dalam KDN.

"Kita yakin, penambahan bilangan anggota yang melakukan rondaan bersama cegah jenayah ini akan mewujudkan rasa selamat kepada masyarakat," katanya.

Kepada rakyat Malaysia seperti Mohd. Norpiah, langkah kerajaan ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan kepercayaan mereka terhadap pasukan keselamatan yang menjadi nadi kemakmuran sesebuah negara.

Tidak perlulah semua yang menjalankan rondaan itu memakai pakaian seragam polis, kerana bagi kita, asalkan ada pasukan penguat kuasa, sekurang-kurangnya rakyat akan merasa selamat dari pelbagai bentuk jenayah yang kian mencabar pada zaman serba moden kini.

Cuma bagi penulis, rakyat janganlah hanya mengharapkan polis atau pasukan penguat kuasa sahaja yang muncul untuk mengawal keamanan kerana sebagai individu prihatin, tanggungjawab mencegah jenayah adalah kerja bersama.

Full content generated by Get Full RSS.