Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Kayuh gerek cetus fenomena baru

Posted:

Kayuh gerek cetus fenomena baru

Kayuh gerek cetus fenomena baru

Oleh AZMAN MD. NOOR
utusankedah@utusan.com.my


peserta jelajah Kayuhan Cinta Negara ketika melalui kawasan sawah di Sungai Petani, baru-baru ini.


SUNGAI PETANI 20 April - Jom Kayuh Gerek!

Itu antara kata-kata dalam perbualan penduduk beberapa kawasan di negeri ini terutama Pendang, Sik dan Kuala Muda minggu lalu apabila seramai 200 peserta siri Jelajah Kayuhan Cinta Negara (KCN) 2011 berada di kawasan utara.

Bagi yang tidak mengetahui, gerek yang dalam loghat Kedah bermaksud basikal.

Kayuhan para peserta yang bermula di Pendang mencetuskan fenomena baru selain menyemarakkan lagi minat di kalangan masyarakat untuk berbasikal dalam kehidupan harian.

Bagi para peserta, program itu memberi pengalaman baru dan bermakna bukan sahaja untuk kesihatan badan dan mental malahan menyampaikan mesej tentang cara hidup sihat serta kepentingan menjaga alam sekitar.

Dari Pendang, peserta singgah di Felda Lubuk Merbau dan seterusnya ke Kampung Kura serta Tangga Batu untuk melihat kehidupan masyarakat setempat dari dekat lalu berhala ke Sik untuk menghirup udara nyaman di Ladang Anggur di Sik.

Bagi Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) selaku penganjur yang menggerakkan jelajah berbasikal itu, usaha menyebarkan kefahaman dan kepekaan tentang cara hidup sihat dan kepentingan menjaga alam sekitar ini perlu disahut oleh semua lapisan masyarakat.

Secara tidak langsung, kata Penasihat ACT, Ahmad Ruzizan Maphilindo Mohd. Isa, aktiviti jelajah berbasikal itu membolehkan peserta mendalami sepuasnya potensi negara dengan menanam semangat cintakan negara di kalangan peserta.

Selain itu menurutnya, ia menyemai semangat cintakan perpaduan, perdamaian sesama manusia dan meningkatkan lagi jati diri para peserta.

"Itulah yang menjadi matlamat kami di ACT untuk menjadikan kita semua warga negara yang cintakan tanah air dan mengerat hubungan perpaduan," katanya.

Peserta siri Jelajah KCN sejauh 108 kilometer itu adalah daripada pelbagai latar belakang kerjaya termasuk suri rumah, belia, doktor, peguam dan sebagainya.

Katanya, ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, polis dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan matlamat mencetuskan fenomena baru terhadap minat berbasikal di kalangan generasi muda dan menghindar aktiviti tidak sihat.

Tambah Ahmad Ruzizan, ACT menyampaikan mesej kesihatan manakala ahli-ahlinya adalah seratus peratus tidak merokok selain melibatkan diri dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Beliau berkata, program itu juga mahu mempopularkan semula basikal sebagai kaedah pengangkutan pilihan masyarakat kerana ia bukan sahaja menjimatkan belanja harian malahan membantu menjaga alam sekitar.

Menurutnya, lokasi untuk dilalui oleh KCN 2011 amat sesuai untuk membolehkan peserta merasai sendiri kehidupan masyarakat kampung yang hidup rukun damai.

"Bagi peserta, konsep kayuhan ini memerlukan mereka berdisiplin, berani, jujur, berhemah, cerdas, bertolak ansur dan menjunjung tinggi persaudaraan dan semangat setiakawan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peserta puas hati dapat berbakti sambil mengayuh

Posted:

Peserta puas hati dapat berbakti sambil mengayuh

Peserta puas hati dapat berbakti sambil mengayuh


SEBAHAGIAN peserta jelajah Kayuhan Cinta Negara bergambar kenangan bersama kanak-kanak di Sungai Petani, baru-baru ini.


SUNGAI PETANI 20 April - Peserta-peserta Kayuhan Cinta Negara (KCN) 2011 berasa puas hati kerana dapat berbakti kepada masyarakat dengan menyampaikan mesej kesihatan dan penjagaan alam sekitar di setiap lokasi yang disinggahi.

Sambil menyifatkan ia sebagai pengalaman berharga, mereka berkata, aktiviti berkenaan juga berjaya menanamkan minat orang ramai terhadap berbasikal yang menyihatkan mental dan fizikal.

Seorang peserta, Ali Imran Mohd. Nordin, 29, berkata, pengalaman yang paling berharga ialah dapat mengenal sikap sebenar rakyat berbilang kaum negara ini yang hidup harmoni.

Menurutnya, kayuhan itu bukan sahaja mendedahkan kaedah menjaga kesihatan diri tetapi juga meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar sebagai aset berharga dimiliki Malaysia yang perlu dipelihara.

"Kayuhan ini sungguh bermakna kerana dapat melihat kekayaan dan potensi alam sekitar dan keharmonian penduduk di lokasi-lokasi yang disinggahi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Peserta dari Cyberjaya, Norizan Farhana Fuzi, 24, turut berpendapat penyertaannya memberi pengalaman baru dalam usaha mendekati masyarakat pelbagai kaum bahasa dan agama.

Katanya, berkayuh bukan sahaja menjana pemikiran menjadi lebih sihat malah setiap lokasi yang disinggahi memberi peluang baru untuk mendekati masyarakat sekali gus membuktikan keramahan penduduk negara ini.

"Saya dapat mempelajari banyak pengalaman terutama dari segi bahasa penduduk yang berbeza," ujarnya.

Bagi Nornadia Ahmad Sulihi, 28, yang berasal dari Putrajaya, keramahan penduduk di kawasan pedalaman menaikkan semangatnya untuk menamatkan kayuhan sejauh 108 kilometer di utara Semenanjung ini.

"Selain itu, saya sangat teruja apabila melihat masih ada lagi nilai alam yang belum terusik dan setiap kali melihatnya akan hilang keletihan," katanya.

Ibu kepada lima orang anak, Siti Turiah Semerin, 46, pula berkata, dia menarik nafas lega apabila berjaya menamatkan perjalanan tersebut kerana sepanjang mengikuti jelajah itu banyak kenangan manis diukirnya.

"Sudah tentu sepanjang perjalanan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bahawa bumi Malaysia cukup istimewa," katanya yang berasal dari Shah Alam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rayu bantu biaya rawatan anak

Posted:

Rayu bantu biaya rawatan anak

Rayu bantu biaya rawatan anak

SUNGAI SIPUT 20 April - Seorang pelajar tingkatan empat terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Siput hampir setiap hari sejak lebih sebulan lalu untuk mencuci darahnya setelah menderita akibat apendiksnya pecah.

Sebelum ini, Amirul Isyraf Razali, 16, pernah koma dua kali kerana mengalami penyakit yang sama.

Pelajar Sekolah Menengah LKTP Lasah itu berkata, ekoran itu, pihak hospital terpaksa membuat pembedahan di bahagian perutnya.

''Saya terpaksa menangguhkan persekolahan hampir satu setengah bulan kerana terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Siput kira-kira 15 kilometer dari rumah untuk proses mencuci darah bagi mengelak jangkitan kuman.

''Saya tidak tahu berapa lama lagi perlu menjalani proses mencuci darah ini.

''Kini saya hanya tidur sepanjang hari di rumah dan saya sedih kawan-kawan telah pun memulakan persekolahan mereka dan saya tidak tahu bila proses pencucian darah ini akan habis,'' katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemiskinan Parlimen Sungai Siput, Meor Mah Dahari Kulop Baharom di rumahnya di Kampung Makmor kira-kira 10 kilometer dari sini semalam.

Amirul Isyraf berkata, dia bimbang sekiranya proses pencucian darah ini terpaksa dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun yang jaraknya 50 kilometer dari rumah kerana ia memerlukan perbelanjaan harian yang lebih besar.

Dengan keadaan yang dihadapinya setiap hari katanya, bapanya memerlukan antara RM60 hingga RM80 sehari untuk membawanya ke hospital untuk mencuci darah.

Tambahnya, itu pun belum lagi untuk perbelanjaan membeli lampin pakai buang dan peralatan lain.

''Saya rasa bapa saya tidak mampu lagi membiayai saya untuk pergi ulang-alik ke hospital kerana kehidupan kami sekeluarga yang susah," katanya.

Sementara itu, ayahnya, Razali Che Af @ Omar yang berniaga menjual lemang di pekan Sungai Siput merayu orang ramai membantunya membiayai rawatan anaknya kerana segala wang simpanannya habis digunakan untuk tujuan rawatan tersebut.

Katanya, dia juga sudah lebih sebulan tidak berniaga kerana menguruskan anaknya itu.

Razali memberitahu, dia pernah merayu bantuan daripada Tabung Persatuan Ibu Bapa Sekolah Menengah Felda Lasah dan insurans pelajar namun semuanya tiada jawapan.

''Saya merayu kepada orang ramai untuk menghulur bantuan bagi membiayai rawatan anak saya ini kerana saya kini sudah tidak berkemampuan lagi," katanya.

Razali dan anaknya menetap di No 71, Kampong Makmur, Sungai Siput Utara, Perak dan boleh dihubungi di talian 019 5627238.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan