Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


MDJL kompaun 102 premis

Posted:

MDJL kompaun 102 premis

MDJL kompaun 102 premis

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Anggota penguat kuasa Majlis Daerah Jempol memeriksa sebahagian pengusaha premis perniagaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Bandar Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 20 April - Sebanyak 63 kompaun dan 12 notis dikeluarkan terhadap 102 premis atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan oleh penguat kuasa Majlis Daerah Jempol (MDJL) baru-baru ini.

Penolong Pegawai Penguatkuasanya, Shamsul Kamarudin berkata, operasi berkenaan dijalankan di sekitar bandar Bahau, Bandar Seri Jempol, Batu Kikir serta beberapa lokasi tumpuan orang ramai.

''Operasi itu diadakan untuk menyedarkan dan mengingatkan peniaga tentang kepentingan mematuhi arahan yang ditetapkan. Walaupun pelbagai arahan dikeluarkan namun masih terdapat peniaga yang ingkar pada undang-undang tersebut.

''Antara kesalahan yang dilakukan meliputi pemasangan kain rentang secara haram, penjaja-penjaja tanpa lesen, halangan tempat letak kereta seperti meletakkan meja dan kerusi serta meletakkan barang jualan di kaki lima," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Shamsul, dalam operasi yang dilancarkan itu, pihaknya turut mendapati segelintir peniaga bertindak meletakan barang jualan di kaki lima premis perniagaan mereka.

Katanya, operasi tersebut turut memeriksa kebersihan premis, lesen, pembinaan tambahan dan tong sampah.

''Berdasarkan kepada pemeriksaan yang dilakukan, kita turut mendapati pemilik premis

perniagaan yang gagal menyediakan tong sampah bersesuaian sehingga menyebabkan sampah bertaburan.

''Malah, ada yang pemilik premis yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan tong cat dan baldi sebagai tong sampah," katanya.

Sehubungan itu kata Shamsul, operasi berkenaan akan diadakan secara berterusan dan bukan untuk memberikan beban kepada pemilik premis supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan di Site A Lukut uzur ditutup mulai 14 Mac

Posted:

Jambatan di Site A Lukut uzur ditutup mulai 14 Mac

Jambatan di Site A Lukut uzur ditutup mulai 14 Mac


Ismail Lasim (tengah) bersama Roslan Md. Taha (kanan) melawat jambatan yang rosak di Site A, Lukut, semalam. - utusan/Shahjehan Maamin


TELUK KEMANG 20 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri mengambil tindakan menutup jambatan di Site A, Lukut dekat sini berikutan keadaan yang bahaya dan kritikal kepada semua jenis kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, jambatan itu ditutup kepada semua kenderaan mulai 14 Mac lalu.

''Kita dapati jambatan di situ dilalui kenderaan berat termasuk lori tangki minyak daripada syarikat petroleum berdekatan dan lainnya yang berurusan antara Port Dickson ke Pelabuhan Klang," katanya di Lukut dekat sini hari ini.

Tambah Ismail, jambatan yang dibina pada tahun 1950 itu kini mengalami pengaratan yang kritikal ke atas kebanyakan rasuknya yang telah diperbuat daripada besi keluli.

''Lagipun permukaan jambatan itu telah mengalami mendapan kerana 'plate' besi keluli di bawahnya turut berkarat berikutan kedudukan hampir dengan laut dan air sungai yang pasang surut dua kali sehari," katanya.

Katanya lagi, kerja kecemasan menyiapkan jalan sementara sedang dilakukan sebelum jambatan 'balley' dipasang dalam masa terdekat oleh syarikat konsesi yang dilantik JKR negeri.

''Jambatan ini akan dibuka semua apabila jambatan 'balley' ini siap dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.

Kata Ismail, jambatan baru akan dibina selepas peruntukan diluluskan kerajaan persekutuan dan ia memang menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Mengenai Jalan Kuala Sawah-Rantau di Batu 8 dekat Seremban yang kerap berlaku kemalangan, Ismail memberitahu, buat masa ini laluan itu telah dilengkapi dengan papan tanda dan lampu amaran.

''Kawasan ini juga telah disenaraikan dalam program keselamatan jalan negeri di mana JKR daerah Seremban akan memasang penghadang jalan bagi mengawal kenderaan yang terbabas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Negeri Sembilan tidak bankrap

Posted:

Negeri Sembilan tidak bankrap

Negeri Sembilan tidak bankrap

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Seorang pemimpin masyarakat mengajukan soalan kepada Mohamad Hasan dalam sesi soal jawab bersama pemimpin pada program bersama pemimpin masyarakat di Dewan Dato' Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah, semalam.


KUALA PILAH 20 April - Kerajaan negeri tidak pernah bankrap serta berhadapan kesulitan membayar gaji kakitangannya seperti mana yang didakwa pemimpin pembangkang.

Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rezab kerajaan negeri ketika ini hampir RM500 juta, malahan pengurusan kewangan kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM74 juta pada 2009 dan RM61 juta pada tahun lalu.

''Kerajaan negeri mempunyai kedudukan kewangan yang mantap," katanya kepada pemberita selepas program bersama pemimpin masyarakat di Dewan Dato' Bahaman Shamsudin, dekat sini hari ini.

Katanya, laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri apabila Pejabat Kewangan negeri mendapat penarafan empat bintang.

''Saya juga ingin menjelaskan hutang RM2.1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, yang mana RM1.8 bilion berkaitan air itu juga dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Tegas Mohamad, hutang RM1.8 bilion itu dilupuskan melalui perjanjian pengambilalihan aset air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas semua kerja pembinaan Empangan Triang serta loji rawatan air Ngoi-Ngoi dapat diselesaikan awal tahun 2013.

''Kerajaan negeri setuju pinda Enakmen Air Negeri Sembilan 1929 dengan syarat kerajaan persekutuan setuju melupuskan hutang RM1.8 bilion itu. Persetujuan ini dicapai dan kita tandatangan perjanjian itu pada 2008.

''Ketika ini, ia belum dilaksanakan kerana kerja pembinaan Empangan Triang dan loji yang menelan kos RM850 juta itu masih dibuat. Kita tidak berkeupayaan menguruskan aset air ini tanpa bantuan kerajaan Persekutuan," katanya.

Menurutnya, untuk menukar semua paip lama di negeri ini juga menelan kos RM800 juta dan ia juga diluar kemampuan kerajaan negeri.

''Baki RM250 juta hutang lagi kepada kerajaan Persekutuan dibuat dalam menyelesaikan pakej penduduk Felda Sendayan, di mana ia dipinjam melalui Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

''Ini juga kita akan jelaskan semua pinjaman tersebut pada akhir tahun ini. Dengan pengurangan ini, ia akan menjadikan negeri ini yang paling sedikit berhutang dengan kerajaan Persekutuan," katanya.

Mohamad juga memberitahu, baki sekitar RM50 juta ke RM60 juta lagi merupakan pinjaman jangkamasa panjang untuk tempoh 25 tahun, di mana membabitkan kos pembinaan rumah rakyat seluruh negeri ini.

''Terdapat lebih 120 projek keseluruhannya, di mana ketika itu kerajaan negeri sediakan tapak perumahan dan kos pembinaannya ditanggung kerajaan persekutuan. Sebab itulah, mana yang telah selesai bayaran kos rumah itu, kita segera berikan geran hak milik mereka," jelasnya.

Jadi, Mohamad menegaskan, tohmahan yang dibuat pembangkang hanya untuk memburukkan kerajaan negeri yang terbukti berjaya menguruskan kewangan dengan baik, sekali gus dapat mensejahterakan rakyat, terutamanya dalam soal keperluan air bersih ini dan kemudahan tempat tinggal ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan