Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


MUIP proaktif bangunkan Orang Asli

Posted:

MUIP proaktif bangunkan Orang Asli

MUIP proaktif bangunkan Orang Asli

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


KEHADIRAN golongan pendakwah MUIP di perkampungan Orang Asli membolehkan masyarakat mendalami Islam dengan berkesan.


LANCHANG 6 April – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sentiasa melaksanakan pelbagai program kebajikan kepada saudara baru Orang Asli yang baru memeluk agama Islam.

Antaranya termasuk memberi ganjaran kepada mereka untuk menunaikan umrah secara percuma.

Program itu adalah beberapa kaedah susulan yang diambil MUIP dalam usaha menjaga kebajikan saudara baru supaya mereka sentiasa dibela dan tidak ditinggalkan selepas memeluk Islam.

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, bagi memastikan pelaksanaan program itu berkesan, guru pembimbing mereka juga akan diberikan elaun selain saudara baru menerima bonus kehadiran ke pusat latihan yang disediakan.

"Ini antara usaha terbaru yang diperkenalkan MUIP pada tahun ini dan sebagai permulaan seramai lima saudara baru terpilih mengikuti umrah," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Pemantapan Akidah dan Ziarah Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Orang Asli Sungai Enggang di sini baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu turut disertai 40 pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang bertindak sebagai pendakwah.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin; Kadi Daerah, Saharudin Mohd. Nor; Penghulu Mukim Semantan 2, Wan Ahmad Zabri Wan Mat Alam dan Ketua Kampung Bolok Hulu, Sokmik Mohamed Jantan.

Pada program itu, seramai empat keluarga Orang Asli berjaya diislamkan oleh Wan Abdul Wahid.

Selain ganjaran kepada saudara baru itu, menurut Wan Abdul Wahid, MUIP akan menambah bilangan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli di Pahang bagi membangunkan mereka dari segi agama dan sosial.

Beliau berkata, penggerak terbabit yang diambil dalam kalangan masyarakat Orang Asli akan diberi latihan selama setahun sebelum dihantar ke kampung-kampung terpilih.

Apabila tamat latihan ujarnya, mereka akan dihantar semula ke kampung halaman masing-masing untuk memberikan ajaran agama dan membangunkan kehidupan sosial mereka.

"Sehingga kini, kerajaan negeri mempunyai 60 Penggerak Masyarakat Orang Asli dan 35 daripadanya dibiayai MUIP," katanya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Sungai Enggang, Bak Raja Ting atau nama Islamnya, Bakri Abdullah, 74, berkata, hampir semua daripada 380 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Enggang semakin mengenali agama Islam.

Ini kerana katanya, banyak program berkaitan keagamaan dilaksanakan di perkampungan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, usaha berterusan MUIP menyebar ajaran Islam kepada penduduk Orang Asli di kawasan itu menarik suku kaum Che Wong itu memeluk Islam.

Sehubungan itu katanya, lebih banyak program keagamaan melibatkan institut pengajian tinggi (IPT) perlu diadakan bagi menarik minat Orang Asli mendekati Islam.

Seorang penduduk, Zakaria Abdullah berkata, selain MUIP, beberapa syarikat korporat juga banyak membantu memberi pelbagai kemudahan seperti bangunan yang dijadikan pusat aktiviti mereka yang digunakan semua penduduk yang berlainan agama.

Dengan wujudnya bangunan itu, katanya, pelbagai sosial dapat diadakan sekali gus berjaya menarik minat penduduk untuk bersosial seterusnya memahami lebih mendalam tentang Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gandakan usaha Islamkan Orang Asli

Posted:

Gandakan usaha Islamkan Orang Asli

Gandakan usaha Islamkan Orang Asli


GENERASI baru Orang Asli akan diberi perhatian dalam mendalami ajaran Islam dan bimbingan daripada pendakwah bertauliah bagi mereka menghayati ajaran agama itu.


LANCHANG 6 April - Lebih banyak pihak perlu menggandakan usaha untuk mengislamkan Orang Asli Kampung Sungai Enggang dekat sini berikutan sambutan menggalakkan kaum minoriti itu di perkampungan tersebut.

Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli Sungai Enggang, Zawiyah Ali berkata, sehingga kini, kira-kira dua peratus daripada 380 penduduk Orang Asli di kawasan itu telah memeluk Islam.

Menurutnya, semakin banyak pendedahan mengenai Islam diterima penduduk terbabit sejak akhir-akhir ini yang berjaya menarik minat mereka memeluk Islam.

''Pergaulan dengan masyarakat Melayu berhampiran juga berjaya menarik minat mereka mendekati Islam," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian Program Pemantapan Akidah dan Ziarah Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Orang Asli Sungai Enggang, di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Pada program itu, seramai empat keluarga Orang Asli berjaya diislamkan oleh Wan Abdul Wahid.

Zawiyah berkata, antara usaha yang perlu dilakukan secara berterusan adalah dengan mengadakan lebih banyak program ziarah ke penempatan Orang Asli.

Sepanjang lebih 10 tahun bersama masyarakat Orang Asli di perkampungan itu, ujarnya, suku kaum Che Wong mempunyai sifat pemalu dengan pihak luar yang berkunjung di kampung mereka.

"Kebanyakan mereka juga malu untuk belajar, jadi, pendekatan terbaik adalah dengan bergaul mesra bersama mereka dengan lebih kerap.

"Orang Asli di sini semakin menerima baik agama Islam dan jumlah yang memeluk Islam semakin bertambah walaupun nisbahnya masih rendah berbanding penduduk keseluruhannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan biar anak tidak sekolah

Posted:

Jangan biar anak tidak sekolah

Jangan biar anak tidak sekolah

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 6 April - Masyarakat Orang Asli khususnya ibu bapa perlu memandang serius masalah anak-anak mereka yang tidak mahu ke sekolah kerana boleh menjejaskan masa depan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, pihaknya mendapat laporan bahawa segelintir pelajar golongan itu tidak mahu ke sekolah kerana membantu ibu bapa mereka mencari hasil di hutan.

Menurutnya, masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan memberi kesan ketika waktu peperiksaan.

"Saya difahamkan sejak awal tahun ini sehingga 10 Mac lalu sebanyak 28 surat amaran diberikan kepada pelajar Orang Asli dan perkara tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Permuafakatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dan Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) bersama masyarakat Orang Asli sekitar Kuala Krau di sini baru-baru ini.

Mohamed berkata, pelajar tersebut adalah sama dengan pelajar lain dan mereka telah membuktikan mampu berjaya dalam pelajaran.

Tambahnya, kesedaran ibu bapa Orang Asli itu penting kerana ada antara golongan tersebut berjaya memasuki universiti dan menjawat jawatan dalam sektor kerajaan serta swasta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan