Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Saksi didakwa reka cerita

Posted:

Saksi didakwa reka cerita

Saksi didakwa reka cerita

KUALA LUMPUR 6 April - Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah dikatakan memberi keterangan tidak benar berhubung dakwaan didera secara fizikal dan mental oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa disoal siasat pada malam 15 Julai 2009.

Peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saksi suruhanjaya itu bukan sahaja tidak menyaman SPRM atas sebab tersebut, malah dakwaan didera itu tidak langsung disebut dalam afidavit sokongan bagi saman yang difailkan untuk menghalang SPRM menyoal siasat saksi di luar waktu pejabat pada 19 Julai 2009.

Menurut beliau, dakwaan Boon Wah bahawa dia diarah berdiri selama empat jam, ditunjuk penumbuk, diugut dan diejek dua pegawai SPRM juga tidak terdapat dalam kenyataan beramaran yang dirakamkan oleh pihak polis daripadanya serta laporan polisnya bertarikh 18 Julai 2009.

Boon Wah yang mengesahkan dakwaan itu tidak terdapat dalam afidavit sokongan, rakaman percakapan dan laporan polis bagaimanapun menafikan kejadian itu tidak berlaku serta sengaja diada-adakan bagi meraih simpati.

''Saya saman SPRM bukan kerana mahu membalas dendam tapi sebab sebagai saksi, saya tidak dilayan sewajarnya. Memang tiada kekerasan fizikal, tetapi tiada rehat, saya didera dan diugut.

''Saya tidak masukkan tentang penderaan dalam afidavit sebab saman itu fokus kepada masa soal siasat SPRM sahaja. Saya juga tidak terfikir sejauh itu pada masa tersebut,'' jelas beliau.

Semasa ditanya sama ada beliau telah menjelaskan kos RM20,000 selepas samannya ditolak, Boon Wah yang pada mulanya menjawab ''ya'' kemudiannya memberitahu dia tidak berbuat demikian dan tidak tahu kemungkinan ia telah dibayar oleh peguamnya, Karpal Singh.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Raymond Nion Anak John Timban yang turut berada di pejabat pada malam kejadian memberitahu, dia melihat Beng Hock sebanyak dua kali iaitu semasa lelaki itu berada di ruang tamu Bahagian Pendidikan Masyarakat dan ketika sedang tidur di sofa depan bilik pegawai perakam, Mohd. Nazri Ibrahim.

Raymond yang kerap memberi jawapan "tidak ingat" dan "tidak pasti" menyebabkan pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen menegur saksi itu bahawa tindakannya bukan sahaja tidak membantu prosiding malah membantutkan usaha untuk membaik pulih SPRM secara keseluruhan.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Prosiding suruhanjaya hari ini turut dikejutkan dengan berita penemuan mayat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang disiasat dalam 'Operasi 3b' di pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini apabila ia diumumkan oleh Cheng Yuen sejurus sebelum berhenti rehat pada pukul 1 tengah hari.

Prosiding tersebut yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muslim bebas tuduhan komen hina Sultan Perak

Posted:

Muslim bebas tuduhan komen hina Sultan Perak

Muslim bebas tuduhan komen hina Sultan Perak

KUALA LUMPUR 6 April – Seorang peniaga dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan menulis komen menghina Sultan Perak di laman web rami kerajaan negeri, dua tahun lalu.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan terhadap Muslim Ahmad, 55.

Muslim didakwa atas tiga pertuduhan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di laman web http:// www.perak.gov.my dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis beralamat No. 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai Setapak di sini antara pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari 2009 diikuti pada pukul 4.39 petang, keesokan harinya di alamat yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun.

Pada 21 Jun tahun lalu, mahkamah yang sama memutuskan untuk membebaskan Muslim yang diwakili peguam K. Periasamy, daripada ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Namun, pada 8 Disember 2010, kes itu diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Sesyen dan lelaki itu memberi keterangan membela diri setelah Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan pembebasan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen