Khamis, 7 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Dua pegawai SPRM ditahan tugas

Posted:

Dua pegawai SPRM ditahan tugas

Dua pegawai SPRM ditahan tugas

Oleh ATIKAH DALI, AISHAH AMIN,
NOR SHAFAWATI YUP
dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur ditahan tugas ekoran kematian seorang pegawai Kastam berpangkat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat itu di sini kelmarin.

Tindakan terhadap kedua-dua pegawai termasuk seorang pegawai pengiring Ahmad Sarbani itu dibuat bagi tujuan siasatan selepas mereka disyaki melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi di pejabat SPRM.

Kedua-dua pegawai itu juga dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika individu tersebut berada di dalam premis SPRM.

"Proses tahanan kerja tersebut dilakukan bagi membantu melicinkan proses siasatan (dalaman)," kata SPRM dalam satu kenyataan semalam.

Menurut SPRM, tindakan penggantungan tersebut dibuat di bawah Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi penyiasatan.

Tempoh penggantungan kerja bagi kedua-dua pegawai terbabit berjalan sehingga proses siasatan dalaman SPRM selesai.

Kelmarin, Ahmad Sarbani yang bertugas di Unit Import dan Eksport Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini selepas masuk ke bangunan tersebut untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Beliau merupakan salah seorang daripada 62 kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang disiasat oleh SPRM dalam Operasi 3b melibatkan salah laku rasuah serta penggubahan wang haram.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air mata sambut jenazah Sarbani

Posted:

Air mata sambut jenazah Sarbani

Air mata sambut jenazah Sarbani


Maziah (tiga dari kiri) menyiram air di atas pusara suaminya, Ahmad Sarbani di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR - Ketibaan jenazah Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed disambut dengan linangan air mata dan penuh hiba oleh kira-kira 300 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya dekat sini semalam.

Ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Aishah, 70-an, pengsan beberapa minit sebaik menatap wajah anaknya itu.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Ia tiba di surau itu pada pukul 5.10 petang untuk disolatkan.

Imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu turut mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Kuarters Kastam di Kelana Jaya berkata, kerajaan negeri Selangor turut berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Yang penting sekarang kita perlu mencari kebenaran dan penyiasatan terhadap kematian Allahyarham bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu," katanya.

Turut hadir untuk menyempurnakan solat jenazah ialah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang tidak layak ganti BN

Posted:

Pembangkang tidak layak ganti BN

Pembangkang tidak layak ganti BN


NAJIB diserbu oleh para pelajar yang ingin mendapatkan tandatangan beliau sempena lawatannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong, dekat Kuching semalam.


KUCHING - Pertembungan calon parti-parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini menunjukkan mereka tidak ada persefahaman dan seterusnya tidak layak menjadi alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan kepada BN, akhirnya ia tidak menjadi kenyataan kerana tiada persepakatan.

"Persefahaman yang kononnya wujud sudah berkecai apabila mereka terpaksa bertanding sesama sendiri di banyak kawasan pilihan raya semata-mata untuk menentang calon BN,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Santubong dekat sini semalam.

Najib yang menamatkan lawatan dua hari ke Sarawak semalam memberitahu, terdapat terlalu banyak pertandingan lebih daripada satu lawan satu, malah terdapat di beberapa kawasan melibatkan lima dan enam calon.

"Kalau pembahagian kerusi pun bertelagah, apatah lagi nak tubuh kerajaan,'' ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan