Khamis, 7 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Masih kena bayar parkir

Posted:

Masih kena bayar parkir

Masih kena bayar parkir

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


KAWASAN letak kereta di stesen LRT Cheras yang didakwa penduduk sekitar dikenakan bayaran oleh pihak tertentu walaupun terdapat papan tanda mengatakan ia adalah percuma. - utusan/ Mohd. Arif Rameli


KUALA LUMPUR 6 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meletakkan papan tanda di kawasan tempat letak kereta di stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Cheras di sini sebagai kawasan tempat letak kereta percuma, namun kegiatan mengutip bayaran oleh pihak tertentu didakwa muncul semula sejak beberapa minggu lalu.

Keadaan itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang tetapi turut menimbulkan tanda tanya kepada pengguna apakah kegiatan itu dilakukan secara haram atau mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Tinjuan Utusan Malaysia di situ baru-baru ini tidak melihat kegiatan itu berlaku seperti didakwa pengadu kepada kami. Bagaimanapun, beberapa pemandu teksi dan penjaja berhampiran di situ mengakui telah menyaksikan kegiatan itu.

Saadah Abdullah, 43, berkata, kegiatan mengutip bayaran sudah dihentikan selepas pihak berkuasa tempatan mengesan kegiatan haram berkenaan tahun lalu.

Katanya, sebelum itu pengguna dikenakan caj bayaran sebanyak RM3 untuk meletak kenderaan di situ.

"Kejadian berlaku pada waktu pagi ketika orang ramai keluar bekerja dan menggunakan LRT. Ketika itu keadaan di situ agak kecoh apabila pengguna menunjukkan papan tanda yang dikeluarkan DBKL, tetapi pemungut wang berkeras dengan menunjukkan surat kebenaran mengutip bayaran," ujarnya.

Seorang pemandu teksi J. Jaya, 54, mengakui dakwaan Saadah itu sememangnya berlaku.

Katanya, selepas papan tanda diletakkan di situ hampir setahun lalu, kegiatan mengutip bayaran sudah tidak ada lagi sehinggalah ia muncul kembali beberapa minggu lalu.

"Bagi yang sudah biasa, tentu ia bukan masalah kepada mereka, tetapi bagi yang pertama kali mereka mungkin perlu lebih berhati-hati," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat, DBKL Anwar Mohd. Zain ketika dihubungi mengakui DBKL turut menerima aduan mengenai perkara sama.

Katanya, mengikut status semasa, meletak kereta di kawasan berkenaan tidak dikenakan sebarang bayaran.

"DBKL sendiri telah memasang papan tanda di kawasan itu sebelum ini, bagaimanapun telah dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang meminta bayaran meletak kereta di kawasan berkenaan sebaliknya diminta menunjukkan papan tanda yang dipasang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL arah tutup seminggu

Posted:

DBKL arah tutup seminggu

DBKL arah tutup seminggu

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Dr. Sallehudin Abu Bakar menampal notis arahan tutup pada dinding kedai makan semasa Ops Bersih di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 6 April - Kedai makan yang beroperasi di kompleks beli-belah terkemuka belum tentu bersih.

Dan, jangan pula mereka fikir kedudukan mereka di situ akan terlepas daripada pandangan pihak berkuasa, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ini terbukti apabila sebuah kedai makan di MidValley Megamall telah diperintah tutup seminggu oleh DBKL baru-baru ini berikutan keadaannya yang menjijikkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Sallehudin Abu Bakar berkata, Ops Bersih itu dilakukan ke atas premis berkenaan berikutan aduan yang dikemukakan orang ramai berkaitan tahap kebersihannya yang tidak memuaskan.

Menurutnya, sebelum ini pihak berkuasa tempatan itu pernah mengeluarkan lebih empat kali notis dan kompaun terhadap pemilik premis berkenaan berikutan kesalahan yang sama.

"Bagaimanapun arahan tutup pada kali ini dilakukan berikutan tidak ada sikap atau keinginan untuk berubah oleh pemilik restoran selain DBKL masih terus menerima aduan daripada orang ramai mengenai keadaan premis kotor dan tidak memuaskan hati pelanggan," katanya kepada media selepas operasi itu.

Beliau berkata, pemilik kedai itu disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Makanan, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Pindaan 1981, dan selain diarahkan tutup minimum seminggu, juga boleh dikompaun sehingga RM1,000.

"Antara kesalahan termasuk penyimpanan makanan yang tidak betul, masalah lalat dan lipas, lantai serta dinding kotor dan berminyak serta pengendali makanan tidak memakai apron dan topi," katanya.

Operasi itu disertai kira-kira 10 pegawai jabatan terlibat.

Sallehudin menambah, tindakan itu turut membayangkan orang ramai tidak seharusnya terpedaya dengan premis makanan yang mempunyai ramai pelanggan, selain kedai yang beroperasi di pusat beli-belah belum tentu mengamalkan kebersihan.

"DBKL sendiri tidak berkompromi tentang soal kebersihan melibatkan premis makanan di ibu kota. Operasi akan diteruskan lagi melibatkan lokasi yang juga menjadi tumpuan ramai," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SJKT Jalan Fletcher dapat perhatian Zulhasnan

Posted:

SJKT Jalan Fletcher dapat perhatian Zulhasnan

SJKT Jalan Fletcher dapat perhatian Zulhasnan

SETIAWANGSA 6 April - Masalah kemudahan asas yang dihadapi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Fletcher akan terus diberi perhatian serius sebagai bukti kerajaan sentiasa cuba menyediakan kemudahan pendidikan sempurna untuk kaum India di negara ini.

Ini termasuk menaik taraf bangunan stor perabot, memindahkan rumah sampah ke tempat lebih sesuai, membaiki bumbung bangunan makmal komputer yang telah dimakan anai-anai serta pemasangan intercom di setiap bilik darjah dan kantin untuk menyelaraskan sistem perhubungan.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, pihaknya berkeyakinan segala permohonan tersebut dapat ditunaikan dalam masa terdekat demi keselesaan pelajar.

Menurutnya, tindakan selanjutnya akan diambil bersama Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pelajaran untuk menyelesaikan segala masalah yang dibangkitkan.

"Saya difahamkan sekolah ini sudah berusia 50 tahun dan di antara sekolah Tamil tersohor di Kuala Lumpur yang memiliki nostalgianya tersendiri.

"Sejak 2004 lagi saya sering mengambil berat mengenai perkembangan dan pembangunan sekolah ini dan kami sering membantu permohonan yang dihantar dari semasa ke semasa kerana ia merupakan satu-satunya sekolah Tamil yang berada di kawasan Parlimen Setiawangsa," ujarnya selepas mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SJKT Jalan Fletcher, B. Valarmathi; Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), S. Ramakrishnan; timbalannya, M. Jayamohan serta beberapa ahli jawatan kuasa.

Zulhasnan berkata, pihaknya akan turut mencari pendekatan terbaik bagi membantu PIBG sekolah itu yang memohon dana untuk membina dewan terbuka dan pentas perhimpunan berbumbung.

"Demi masa depan sekolah ini, saya berharap pihak PIBG dan sekolah dapat menjalinkan kerjasama bagi merangka pelan strategik merangkumi aspek pembangunan, pendidikan dan prestasi," ujarnya lagi.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 bagi membantu sekolah itu menjalankan aktivitinya dengan lebih lancar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan