Khamis, 7 April 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Siasat rapi kes pegawai kastam'

Posted: 07 Apr 2011 01:52 PM PDT

Nasional

Najib mahu SPRM lakukan siasatan komprehensif supaya rakyat tahu

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi, telus dan profesional berhubung kes kematian seorang pegawai kastam di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, kelmarin supaya rakyat tahu apa sebenarnya berlaku.

"Kerajaan tidak akan berselindung atau menutup apa-apa. Rakyat berhak mengetahui segala-galanya dan saya mahu siasatan komprehensif dilakukan," katanya selepas pelancaran dan penyerahan Skim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kelmarin, Penolong Pengarah cawangan import, eksport dan kawalan sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan.

Najib berkata, setakat ini apa yang dimaklumkan kepada beliau ialah Allahyarham datang ke pejabat SPRM secara sukarela untuk menukar kenyataan yang diberikan kepada SPRM, bukannya SPRM memintanya datang.

"Dia sendiri datang dan memohon supaya kenyataannya ditukar. Ketika anggota SPRM sedang memanggil pegawai penyiasat kes itu, dalam sekelip mata... beberapa minit saja perkara itu berlaku. Maknanya tak ada apa-apa soal siasat dilakukan terhadap mangsa ketika itu... berbeza dengan kes Teo Beng Hock. Bagaimanapun, saya harap siasatan yang komprehensif, rapi dan telus supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Diminta mengulas cadangan menubuhkan suruhanjaya khas bagi menyiasat kes berkenaan, Najib berkata, biarlah polis menjalankan siasatan terlebih dulu.
Menjawab soalan sama ada kejadian itu akan menghakis kepercayaan umum terhadap SPRM memandangkan ini kali kedua kejadian seumpamanya berlaku, Perdana Menteri berkata: "Kalau kita pandang sekali imbas... mungkin, tapi sebenarnya SPRM bertindak untuk menyelamatkan wang negara. Jangan lupa apa yang berlaku dalam penyelewengan ini, ia adalah sesuatu yang amat serius dengan kerajaan ingin membersihkan nama pihak Kastam dan menjimatkan wang rakyat.

"Kalau kita dapat membanteras, ini, maka yang untung ialah rakyat. Tujuan siasatan dilakukan ialah untuk menjimat wang rakyat yang mana kejadian ini sudah berlaku bertahun-tahun lamanya. Kita perlu hentikan demi kepentingan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut sama ada kejadian itu menjejaskan usaha murni kerajaan membanteras penyelewengan dan gejala rasuah, Najib berkata, mungkin ada sedikit gangguan, tetapi kerajaan tetap meneruskan usaha itu untuk kebaikan rakyat.

"Kita mahu menjimatkan hasil negara dan apabila hasil negara bertambah, kita boleh melaksanakan banyak lagi program bagi kepentingan rakyat," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sri siantan

Sokong 1000%. Jgn KDRM je, lain2 agensi pun ada. walau ketirisan kewangan kecil tetapi kesan ketirisan ancaman keselamatan negara, kesejahteraan sosial pun perlu diambil kira krn kesan jangka pjg lbh teruk daripada hilang RM.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KDRM syor tubuh badan penasihat pantau jabatan

Posted: 07 Apr 2011 01:51 PM PDT

Nasional

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mencadangkan penubuhan sebuah badan penasihat kastam yang berfungsi untuk memantau prestasi dan gerak kerja jabatan berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf, berkata pelbagai pihak termasuk tokoh akademik, korporat dan politik dicadangkan menganggotai badan berkenaan yang akan bertindak menasihat dan memberi teguran yang perlu untuk penambahbaikan jabatan berkenaan.

Beliau berkata, cadangan berkenaan antara strategi jangka pendek dalam usaha meningkatkan integriti yang dirumuskan dalam Mesyuarat Pengarah Kastam Se-Malaysia ke-65 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, berakhir kelmarin. "Dalam mesyuarat semalam (kelmarin) kita meneliti draf pindaan undang-undang Akta Kastam 1967 dan akta berkaitan dengan jabatan ini yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada penyelewengan.

"Kita mencadangkan 82 undang-undang sedia ada dipinda dan menambah 49 peruntukan baru yang akan dikemuka kepada kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara bagi pertimbangan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Beliau berkata, kajian penambahbaikan dan pindaan akta berkenaan perlu dibuat kerana ia sudah lama dan tiada kaitan dengan penahanan 63 kakitangannya dalam Operasi 3B yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Mohamed Khalil berkata, mesyuarat berkenaan turut memutuskan untuk membangunkan sistem dikenali sebagai e-Penempatan (e-Rotation) sebagai langkah meningkatkan tahap integriti pasukan itu.
Beliau berkata, e-Penempatan dibangunkan untuk membolehkan pemindahan pegawai ke tempat baru dibuat secara sistematik berdasarkan penentuan secara elektronik, sekali gus membolehkan jabatan memindahkan pegawai dan anggota mengikut keutamaan serta mengelak kronisme.

Selain itu katanya, KDRM juga bersetuju menjadikan unit tatatertib jabatan itu sebagai badan pemantau terhadap pemilikan harta pegawainya.

"Mengikut arahan kerajaan, pegawai kerajaan perlu mengisytiharkan harta mereka, tetapi soalnya adakah ia dipantau teliti setiap perisytiharan harta yang dimaklumkan dan adakah ada badan yang memantaunya?

"Justeru, unit ini akan lebih berkesan jika anggotanya diberikan kuasa tidak hanya untuk memantau pengisytiharan harta, tetapi juga melakukan pemeriksaan. Jika ada perbezaan berlaku, maka unit ini harus diberi mandat untuk menyiasat lebih lanjut," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen