Utusan Online - Selatan |
Wanita diseru berniaga - Ahmad Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT Oleh LUQMAN HAZIQ Ahmad Maslan PONTIAN 24 April - Golongan wanita di daerah ini digesa mencontohi isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah dengan menceburi bidang perniagaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Calon Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kerusi Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, Siti Khadijah boleh dianggap sebagai bendahari pertama pergerakan Islam di dunia. "Bendahari pergerakan Islam yang pertama adalah seorang wanita dan kita mahu golongan wanita mencontohi kegigihan Siti Khadijah ini dalam berniaga. "Malah, dalam hadis Nabi pun disebut, sembilan daripada 10 punca kekayaan adalah datangnya daripada aktiviti perniagaan. Dan Rasulullah sendiri sejak berusia enam tahun sudah mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga ke serata tempat," katanya semasa pertemuan dengan golongan wanita dan ibu tunggal di Lorong Abdullah, di sini hari ini. Beliau bersama isteri, Datin Noraini Sulaiman turut menemui para pengundi di beberapa kawasan di bandar ini. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, golongan wanita khususnya ibu tunggal boleh menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah untuk menambah pendapatan keluarga. "Kita harus tahu bahawa kemiskinan bukan sesuatu untuk diwarisi. Kerajaan BN sentiasa membantu dengan menyediakan pelbagai peruntukan dan modal seperti yang diberikan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional dan sebagainya. "Jadi, kita perlu keluar dari 'putaran ganas' kemiskinan ini dengan berusaha gigih dan salah satu caranya menerusi bidang perniagaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan