Sabtu, 20 April 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


DAP tetap tolak hudud Pas - Karpal

Posted: 20 Apr 2013 12:14 PM PDT

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
utusanpenang@utusan.com.my

Karpal Singh

PULAU PINANG 20 April - DAP tetap menolak dasar Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar Pas.

Sebaliknya, jelas beliau, tindakan tersebut hanya melambangkan kerjasama utuh kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini.

"Namun, itu semua adalah tidak penting kerana matlamat kita sekarang memastikan pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor, hari ini.

Selain itu, Karpal menambah, pihaknya lega memandangkan DAP dibolehkan untuk menggunakan simbol roket dalam pilihan raya umum ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat watikah yang dikeluarkan parti. Jadi DAP akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi identiti parti sejak lebih 40 tahun lalu," ujarnya.

Anwar perlu jelaskan 'pelanduk dua serupa'

Posted: 20 Apr 2013 12:14 PM PDT

SD Johari Yasin

KUALA LUMPUR 20 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat terutama di Permatang Pauh mengenai pelanduk dua serupanya yang gagal dibawa ke Madrasah An-Nahdhoh semalam.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, kegagalan tersebut dikatakan berikutan tindakan 'personaliti' itu meminta bayaran yang lebih.

Semalam, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kami ingin bertanya kepada Anwar, apakah kegagalan membawa pelanduk dua serupa di Madrasah An-Nahdhoh malam tadi berkaitan dengan permintaan 'personaliti' itu yang meminta bayaran lima kali ganda lebih tinggi daripada bayaran asal.

2. Kami difahamkan personaliti itu meminta bayaran berkenaan kerana sekarang adalah musim pilihan raya dan mendapat maklumat bahawa pihak Anwar mempunyai wang bagi mengelirukan rakyat Malaysia dengan menggunakannya.

3. Kami tidak membuat tuduhan melulu, cuma mahu Anwar tampil memberi penjelasan sebenar kerana rakyat terutama pengundi di Permatang Pauh mahu tahu perkara sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan