Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Nipah cruise di Seberang Takir

Posted:

Nipah cruise di Seberang Takir

Nipah cruise di Seberang Takir

Oleh FAUZI MOHD
utusanterengganu@utusan.com.my


Pembinaan jeti memudahkan pengunjung menyusuri sungai di Seberang Takir. – utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 20 April – Seberang Takir lebih dikenali sebagai kawasan penempatan nelayan, keropok lekor dan juga tanah kelahiran penyair ternama Terengganu, Allahyarham J.M Aziz.

Ia dipisahkan dengan pusat bandar raya oleh Sungai Terengganu namun, penduduknya dihubungkan dengan jambatan dan juga bot penambang.

Rimbunan pohon-pohon nipah meliar melatari tebing, mencorakkan alam semula jadinya dan tumbuhan itu lazimnya mampu menyumbang ke arah kegiatan sosio ekonomi tradisional.

Tumbuhan itu boleh digunakan untuk menghasilkan atap nipah, tikar, nira dan rokok daun dan ia menjadi habitat semula jadi pelbagai spesies hidupan lain seperti ikan, ketam, biawak, tuntung dan kera.

Tentunya, Seberang Takir boleh dieksploit sebagai salah satu daya tarikan pelancong dan sehubungan itu, bagi memangkin potensinya dan menarik penglibatan masyarakat setempat, usaha yang lebih meyakinkan diambil.

Sebuah taman rekreasi dan jeti Tebing Tinggi diwujudkan untuk kemudahan dan keselesaan yang sudah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos RM290,000.

Perasmian kedua-dua kemudahan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman, kelmarin.

Ahmad Razif berkata, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan satu produk pelancongan yang dilihat 'mundur' tetapi sebenarnya cukup berpotensi termasuk bagi kegiatan menyusuri kawasan hutan nipah dengan bot pengusaha setempat.

"Langkah memperkenalkan keunikan hutan nipah serta pendedahan terhadap kepentingannya bertujuan memperkenalkan pilihan destinasi berbeza bagi mereka yang suka aktiviti rekreasi dan lasak.

"Dengan memasukkan aktiviti 'nipah cruise', ia mampu memberi pulangan kepada masyarakat setempat melalui perjalanan sejauh lebih satu kilometer," katanya.

Taman dan jeti yang dibangunkan telah menukarkan kawasan yang dahulunya dikatakan tempat terpencil kepada lokasi pelancongan dan riadah.

Taman di pinggir jeti itu turut dilengkapi dengan jeti, parkir, gerai dan kawasan lapang yang sesuai untuk pelbagai aktiviti masyarakat setempat.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri mempelawa agensi pelancongan, pengusaha penginapan dan inap desa menjadikan lokasi itu sebagai produk baru untuk dikunjungi.

Katanya, pelbagai produk pelancongan boleh diterokai di sepanjang laluan teduhan nipah itu seperti demonstrasi dan penjualan produk berasaskan nipah di samping makanan hasil laut.

Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat aktiviti harian masyarakat terdahulu seperti menganyam atap daun nipah, membuat manisan dari air nira serta memproses daun rokok.

Tambah Ahmad Razif, kerajaan negeri turut menambah peruntukan sebanyak RM700,000 lagi bagi membina dua buah restoren terapung berhampiran taman berkenaan sedikit masa lagi.

Apabila siap kelak katanya, pengunjung diberi pilihan untuk menikmati makanan laut seperti sotong, udang dan ikan bakar di atas bot sambil menyusuri sungai itu.

Di samping itu, pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran negeri turut memperuntukkan RM100,000 bagi membina laluan pejalan kaki yang lebih selesa dan selamat untuk kanak-kanak.

"Masyarakat setempat perlu menghargai keindahan alam semula jadi yang masih belum tercemar dan inilah cara terbaik untuk kita lakukan agar ia mampu menjadi tatapan generasi akan datang.

"Begitu juga dengan aktiviti ternakan ketam nipah turut boleh dikomersialkan menjadi tarikan pelancongan serta pakej memancing, berkayak dan mendayung sampan tradisional," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petani terima RM200 seorang

Posted:

Petani terima RM200 seorang

Petani terima RM200 seorang

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

Che Ali Idris (kanan) berbincang dengan petani mengenai cili yang ditanam di Kangkong, Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.


PASIR MAS 20 April - Seramai 28 peserta e-Kasih Program Tanaman Cili Fertigasi yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong di sini akan menerima insentif tanaman sebanyak RM200 seorang berikutan kejayaan projek tersebut.

Pengurus Besar PPK, Che Ali Idris berkata, pemberian insentif itu dibuat di bawah Projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bertujuan membantu kos sara hidup harian peserta.

Beliau berkata, sebelum ini peserta terbabit telah menyertai projek tanaman tembikai rock melon sebelum dilibatkan dalam tanaman ciri fertigasi bermula Oktober lalu.

"Cili yang ditanam itu terdiri daripada dua jenis iaitu Cili Kulai dan Cili Solok yang boleh mencapai harga RM4 sekilogram," katanya di sini, semalam.

Menurut Che Idris, projek tanaman cili itu kini mampu memberikan pulangan sebanyak RM30,000 dengan 20 peratus daripadanya akan dimasukkan ke dalam tabung kas untuk kos projek.

"Selebihnya adalah untuk kos mengurus dan pemberian insentif kepada para peserta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TH serah zakat RM2.9 juta

Posted:

TH serah zakat RM2.9 juta

TH serah zakat RM2.9 juta


Mohd. Hisham Harun (kiri) menyerahkan zakat milik MAIDAM Terengganu kepada Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud (tiga dari kiri) yang turut dihadiri Ahmad Said di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 20 April - Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2.931 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.

Sumbangan zakat itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM153,665 berbanding RM2.778 juta pada tahun lalu.

Cek disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat & Perkhidmatan TH, Mohd. Hisham Harun kepada Tengku Sri Bendahara Raja, Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud bagi pihak MAIDAM di Istana Tetamu di sini, hari ini.

Anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services turut menyerahkan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM150,000 kepada MAIDAM yang disampaikan oleh Pengurus Wilayah Timurnya, Ahmad Zawawee Mohd. Noor.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.

Mohd. Hisham dalam sidang akhbar selepas itu berkata, sumbangan zakat perniagaan tahun ini adalah hasil kutipan daripada 428,852 pendeposit di negeri ini bagi tahun 2010.

Beliau juga memberitahu, TH sedang mengkaji untuk menyediakan perkhidmatan bagi kemudahan para jemaah haji di tiga negeri pantai timur sejurus Kompleks TH Wilayah Timur di Kuala Nerus siap pada Julai 2012.

Jelasnya, buat masa ini, pembinaan projek yang menelan belanja RM70.3 juta itu kini baru lima peratus siap.

''Apabila siap kelak, ia turut menempatkan 182 bilik, bilik persidangan untuk kapasiti 1,000 orang selain hotel dan kolam renang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan