Isnin, 11 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pengusaha bas tuntut janji

Posted:

Pengusaha bas tuntut janji

Pengusaha bas tuntut janji

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Pengusaha bas mengharapkan bantuan kerajaan negeri untuk menggantikan bas-bas yang uzur di Melaka Sentral, Melaka. – utusan/AZLI AHAD


MELAKA 10 April – Persatuan Pengusaha Bas Melaka menuntut janji kerajaan negeri yang dibuat kira-kira dua tahun lalu untuk menyalurkan bantuan RM36 juta bagi menaik taraf operasi perkhidmatan bas mereka yang berusia lebih 15 tahun.

Presidennya, Razali Endun berkata, janji kerajaan negeri mahu membantu pengusaha menaik taraf bas awam yang semakin uzur perlu ditunaikan segera kerana operasi syarikat bas di Melaka Sentral kini semakin tenat ekoran dihimpit masalah kewangan yang serius.

Katanya, ia disebabkan operasi bas milik anak syarikat kerajaan negeri iaitu bas Panorama dan Rapid yang didakwa mengganggu laluan bas henti-henti dalam bandar.

Malah beliau mendakwa kedua-dua bas itu beroperasi seperti 'raja' dengan mengambil penumpang pada laluan pengusaha bas henti-henti.

''Bas Panorama dan bas Rapid telah menjejaskan pendapatan pengusaha bas henti-henti kerana beroperasi di laluan bas henti-henti berbanding sebelum ini.

''Kedua-dua bas tersebut sepatutnya mengambil penumpang untuk ke destinasi pelancongan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Razali, operasi bas Panorama dan Rapid menyebabkan pengusaha bas henti-henti kerugian sehingga 40 peratus dan keadaan itu menyebabkan sebahagian besar 10 syarikat bas henti-henti akan menamatkan operasi mereka pada tahun depan.

Katanya, keadaan itu ditambah dengan keengganan pihak bank memberi pinjaman menyebabkan pengusaha tiada pilihan selain menghentikan operasi perkhidmatan bas mereka ekoran ketiadaan sumber kewangan.

Jelas beliau, pengusaha juga semakin resah kerana sepanjang dua tahun menunggu bantuan kewangan kerajaan negeri itu, pengusaha ditekan dengan pelbagai kompaun dan saman oleh pihak berkuasa kerana keadaan fizikal bas yang tidak sesuai untuk beroperasi.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk memperbaharui permit bas milik syarikat saya tahun depan kerana bas sedia ada uzur dan permit hanya boleh diperbaharui jika bas berusia lebih 15 tahun diganti baru atau dinaik taraf.

''Bagaimana pengusaha mahu menaik taraf bas jika tiada sumber kewangan malah pihak bank mengakui bimbang untuk memberi pinjaman kerana kedudukan kewangan syarikat yang teruk," katanya.

Razali berkata, pihaknya bimbang dengan kemelut kewangan yang melanda 10 syarikat bas kerana kesannya seramai 2,000 kakitangan kemungkinan terpaksa gulung tikar pada masa terdekat ini.

Sehubungan itu, beliau merayu bantuan dan keprihatinan kerajaan negeri untuk campur tangan dan tidak hanya melihat operasi bas henti-henti di Melaka Sentral gulung tikar seperti berlaku di Negeri Sembilan dan Muar sebelum ini.

''Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab juga dalam perkara ini kerana kewujudan syarikat bas Panorama dan Rapid oleh anak syarikat kerajaan negeri secara tidak langsung membunuh operasi syarikat bas henti-henti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nelayan teroka penternakan udang RM5 juta

Posted:

Nelayan teroka penternakan udang RM5 juta

Nelayan teroka penternakan udang RM5 juta

JASIN 10 April - Nelayan Kuala Sebatu di sini akan meneroka projek penternakan udang menerusi peruntukan RM5 juta daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, projek itu adalah sebahagian daripada usaha memajukan lagi aktiviti akuakultur khusus untuk nelayan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, peruntukan itu akan digunakan bagi pembinaan beberapa kolam udang di kawasan seluas 30 hektar.

Beliau menambah, kira-kira 87 nelayan di kawasan tersebut berpeluang meneroka bidang penternakan udang selepas aktiviti penternakan dan pembiakan kupang berhampiran perairan Kuala Sebatu gagal.

''Ternakan udang adalah aktiviti baru yang akan menggantikan ternakan kupang. Saya harap ini adalah peluang terbaik untuk nelayan terlibat sama dalam aktiviti ini bagi menambah pendapatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menara Tinjau dan Medan Selera bernilai RM500,000 berhampiran jeti nelayan Kuala Sebatu, Sungai Rambai di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah LKIM negeri, Baharin Omar dan Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali.

Hasan berkata, pembinaan Menara Tinjau dan Medan Selera itu bertujuan menaik taraf jeti nelayan selain memberi kemudahan untuk mendaratkan ikan yang ditangkap.

Menurut beliau, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf infrastruktur di jeti terbabit.

''Saya sedang berusaha untuk mendapat peruntukan tambahan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membangunkan jeti di Kuala Sebatu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasar besar capai tahap kebersihan, imej lebih baik

Posted:

Pasar besar capai tahap kebersihan, imej lebih baik

Pasar besar capai tahap kebersihan, imej lebih baik

SEREMBAN 10 April - Pasar Besar Seremban di sini mencapai tahap kebersihan yang ketara serta imej lebih baik selepas ia dinaik taraf dengan kos sebanyak RM3.5 juta.

Malah, masalah pencemaran di Sungai Temiang yang berpunca daripada kegiatan penyembelihan ayam di pasar berkenaan juga sudah dapat diatasi sebaik saja kerja menaik taraf pasar itu siap hujung tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja-kerja menaik taraf melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menjadikan ruang niaga tingkat bawah pasar itu lebih teratur, tersusun, cantik dan bersih.

Beliau melahirkan rasa amat berpuas hati dengan perkembangan itu dan berharap para peniaga dan pengunjung bekerjasama meningkatkan tahap kebersihan di pasar berkenaan.

"Berdasarkan perbualan saya dengan para peniaga dan pengunjung pasar ini, mereka gembira dan berpuas hati dengan imej baru itu," katanya kepada para pemberita selepas melawat pasar itu semalam.

Turut serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif.

Pasar tersebut dibina pada 1975 mempunyai 892 lot niaga dengan 450 lot terletak di tingkat bawah dan selebihnya gerai di tingkat satu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52 petak disediakan untuk pemborong sayur di tingkat bawah.

Tingkat bawah menempatkan peniaga sayur-sayuran, ikan, barangan kering, daging dan ayam manakala tingkat satu menempatkan ruang niaga pakaian, bunga dan gerai makan.

Mohamad memberitahu, kerja-kerja penyembelihan ayam tidak lagi dibenarkan dilakukan di pasar tersebut kerana ia menyumbang kepada pencemaran Sungai Temiang.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memohon peruntukan baru daripada KPKT bagi menaik taraf tingkat satu pasar berkenaan untuk melengkapkan imej baru Pasar Besar Seremban.

Beliau berkata, rundingan juga akan diadakan bagi memindahkan pasar borong yang terletak di bangunan sama ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan