Khamis, 7 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Restoran dikompaun sembilan kali

Posted:

Restoran dikompaun sembilan kali

Restoran dikompaun sembilan kali

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelak@utusan.com.my


Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya memberi penerangan kepada tukang masak mengenai penjagaan kebersihan di salah sebuah restoran pada Operasi Kebersihan Bersepadu di Melaka, semalam.


MELAKA 6 April - Sebuah restoran 24 jam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini seolah-olah sengaja mengabaikan aspek kebersihan apabila dikompaun sebanyak sembilan kali dalam tempoh empat bulan.

Terbaru semalam, restoran ini dikenakan tiga kompaun oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setelah melakukan beberapa kesalahan tidak mempunyai perangkap minyak selain lantai dan longkang yang kotor.

Lebih memeranjatkan, tempat penyimpanan kerusi di bahagian belakang restoran berkenaan menjadi sarang pembiakan tikus.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Harun berkata, selain restoran itu, terdapat sebuah lagi restoran 24 jam berhampiran dikenakan tiga kompaun atas kesalahan lantai kotor, kuku pekerja panjang dan pinggan kotor yang diletakkan di dalam tong sampah,

"Turut dikenakan dua kompaun, sebuah restoran makanan segera di Ayer Keroh atas kesalahan tandas kotor dan belakang dapur yang berminyak," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, kesemua restoran berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM250 di bawah Undang-undang Kecil Kebersihan Makanan MPHTJ 2010.

Tambahnya, operasi tersebut akan dilakukan dari semasa ke semasa dalam memastikan kesemua restoran di bawah MPHTJ mementingkan tahap kebersihan.

"MPHTJ tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan tindakan yang tegas akan dikenakan kepada peniaga yang degil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PBT perlu tingkat mutu perkhidmatan

Posted:

PBT perlu tingkat mutu perkhidmatan

PBT perlu tingkat mutu perkhidmatan


Mohamad Hasan bersama sebahagian penerima anugerah pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010, Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Minum Petang Bersama Pengilang, Pemaju dan Perunding di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.


SEREMBAN 6 April - Pentadbiran setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) serta majlis daerah tempatan perlu meningkatkan lagi tahap kecekapan dan mutu perkhidmatan sekali gus dapat menambahkan lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana kedua-dua agensi terbabit dilihat sebagai tulang belakang bagi mengatur gerakan pembangunan serta perubahan besar terhadap sesebuah kawasan.

''Untuk itu apa yang kita mahu lihat supaya mereka memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu kerajaan negeri untuk memacu kejayaan serta hala tuju pembangunan setempat.

''Apa yang dapat kita lihat bahawa kedua-dua agensi ini kini dilihat sebagai penggerak kepada pembangunan setempat yang akan menjadi penentuan kepada kemajuan sesebuah bandar kelak," katanya.

Mohamad berucap pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010, Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Minum Petang bersama Pengilang, Pemaju dan Perunding di Dewan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dekat sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan dan Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latif.

Dalam pada itu, Mohamad turut menggesa kakitangan awam supaya terus memberikan perkhidmatan berkualiti bagi mengoptimumkan kepuasan pelanggan dalam usaha melahirkan kakitangan awam yang cemerlang.

''Keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sudah pastinya akan memberikan impak kepada kerajaan negeri sekali gus mengharumkan nama baik negeri ini kepada orang ramai.

''Justeru apa yang kita mahukan supaya kakitangan awam ini membuat satu perubahan ke arah budaya kerja yang mapan, strategik dan inovatif," kata Mohamad.

Pada majlis berkenaan, Mohamad turut menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 kepada 27 kakitangan MPN yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tali air di Kg. Bukit Salleh dicemari sisa minyak

Posted:

Tali air di Kg. Bukit Salleh dicemari sisa minyak

Tali air di Kg. Bukit Salleh dicemari sisa minyak

MELAKA 6 April - Beberapa penduduk di Kampung Bukit Salleh, Batu 9, Tangga Batu di sini menggesa pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencari punca berlakunya pencemaran sisa minyak di sebatang tali air di kawasan itu.

Menurut mereka, masalah itu dikatakan berlaku sejak kita-kira tiga minggu lalu menyebabkan tali air di belakang Sekolah Kebangsaan Tangga Batu yang membekalkan air ke kawasan pertanian berhampiran dilitupi dengan sisa-sisa minyak dan bahan buangan.

Seorang penduduk, Noradly Safar, 30, berkata, keadaan tersebut berlaku sejak tiga minggu lalu tetapi menjadi semakin teruk seminggu lalu.

"Saya syak, minyak berbau diesel yang memasuki tali air ini mungkin berpunca daripada sebuah bengkel membaiki jentera berat yang terletak kira-kira satu kilometer dari sini

"Saya harap, pihak berkuasa dapat menyiasat masalah ini kerana pencemaran ini telah menjejaskan kualiti kehidupan penduduk termasuk dikhuatiri menyebabkan penyakit ekoran pencemaran sungai itu yang juga sumber air untuk aktiviti pertanian," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan di kawasan terbabit hari ini mendapati, keadaan tali air itu turut menyebabkan bau busuk akibat air yang tidak mengalir selain tebing tali air yang berwarna hitam.

Menurut Noradly, dia ada menghubugi JPS negeri untuk memberitahu masalah itu, namun jawapan yang diberikan amat mengecewakannya.

"Tengah hari tadi, saya menelefon mereka dan jawapan yang diberikan ialah hanya akan melawat tempat itu sekiranya mereka menerima banyak laporan," katanya.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali berkata, pencemaran tali air tersebut turut memberi kesan kepada penduduk di kawasan itu yang menjadikan hasil hidupan di dalam tali air itu dan sungai berhampiran sebagai sumber makanan.

"Jika dahulu penduduk boleh menangkap ikan dan belut di tali air ini, sekarang tidak boleh kerana ia sudah tercemar.

"Pihak berwajib harus mengambil tindakan keras kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab mencemarkan sungai ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan