Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Tolak lima kali rayuan UUM

Posted:

Tolak lima kali rayuan UUM

Tolak lima kali rayuan UUM

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


Mohamed Khaled Nordin bermesra bersama para penerima sijil pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Kelayakan Malaysia 2010 di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 21 April - Tindakan kerajaan Pas Kedah menolak lima kali rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyambung semula pemberian rebat cukai tanah menggambarkan sikap sebenar kepimpinan negeri itu dalam memberi sumbangan ilmu kepada rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi pengajian tinggi merupakan satu keperluan untuk rakyat dan ia perlu dipastikan terus beroperasi.

Dalam konteks itu jelasnya, Kerajaan Pusat sedaya upaya memberi bantuan supaya UUM dapat bergerak serta diuruskan dengan baik dan kini tiba giliran kerajaan negeri memberi sedikit bantuan.

"Kalau kerajaan Pas Kedah tidak mahu (bantu), kita hendak buat macam mana, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan Pas Kedah). Kita tidak minta banyak, cuma sumbangan mereka untuk memberi ilmu kepada rakyat. Ini ujian kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 24 kakitangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada universiti itu bagi membiayai segala keperluan dan perbelanjaan pengurusannya.

Justeru itu katanya, penyelesaian rebat cukai tanah itu tidak harus dibebankan kepada Kerajaan Pusat kerana perkara itu adalah antara universiti tersebut dengan kerajaan negeri.

"Ini soal UUM yang kena bayar (cukai tanah) kepada kerajaan negeri, bukan bererti boleh diberi tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Soalnya sekarang sama ada kerajaan Pas Kedah hendak beri (rebat) atau tidak," jelas beliau.

UUM semalam sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.

Surat itu meminta kerajaan negeri menimbang agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat iaitu dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun kesemuanya tidak dilayan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO desak DAP disiasat

Posted:

NGO desak DAP disiasat

NGO desak DAP disiasat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF dan SALEHUDEN dan AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 21 April -Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.

Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.

Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.

Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan