Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Tiada bukti daftar kahwin

Posted:

Tiada bukti daftar kahwin

Tiada bukti daftar kahwin

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 April - Suruhanjaya hari ini memaklumkan, tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock akan mendaftarkan perkahwinan dengan tunangnya, Soh Cher Wei pada keesokan hari selepas dia ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, tiada sebarang pendaftaran berkaitan ditemui apabila dakwaan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu akan berkahwin disiasat oleh penyiasat bebas yang diupah oleh Suruhanjaya, Michael Leslie Squires.

"Saya tidak tahu siapa yang bagi impression (tanggapan) bahawa Beng Hock akan berkahwin pada keesokan hari. Tidak ada pendaftaran sedemikian, penyiasat persendirian kami telah buat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hafiz Azhar Idris memberitahu, Beng Hock mengatakan dia masih belum berkahwin tanpa menyebut bahawa dia akan berkahwin keesokan hari semasa mereka berbual di dalam pejabat SPRM Selangor pada pukul 6.30 petang, 15 Julai 2009.

Sementara itu, pegawai SPRM, Bulkini Paharuddin yang menyoal siasat Tan Boon Wah pada hari yang sama berkata, dia boleh mereka cerita bagi menguatkan dakwaan bahawa berlaku pergaduhan antara Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu kerana beliau boleh berbahasa Cina.

Bagaimanapun katanya, tiada untungnya beliau berbohong kerana dia hanya mendengar suara seperti orang bergaduh dalam bahasa Cina 'ni lo' atau 'engkau lah' yang bermaksud 'Kau punya pasal lah ni' selepas melihat kedua-dua lelaki itu masuk ke tandas di pejabat SPRM.

Menurut saksi, dia tidak menyedari Beng Hock adalah orang yang dilihatnya sehingga dia menonton televisyen dan terpandang seluar panjang putih dipakai lelaki yang ditemui mati sama warna dengan seluar lelaki yang masuk ke tandas sebelum Boon Wah pada pukul 2.15 pagi, 16 Julai 2009.

Kata Bulkini, dia kemudiannya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk mengingati apa yang dilihat bagi memastikan tidak berlaku kesilapan sebelum memberitahu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dan memberi kenyataan kedua kepada pihak polis.

Bulkini kemudiannya turut diuji oleh anggota suruhanjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom apabila dia disuruh menutup mata selama 60 saat sebanyak dua kali dengan lampu bahagian depan bilik bicara dipadamkan bagi menggambarkan tempat yang paling disukai sebelum beralih kepada kejadian di tandas serta berita di televisyen.

"Saya nampak seorang lelaki Cina berseluar putih masuk di dalam tandas atau bilik air. Dia membuka pintu dengan tangan kanan sambil tunduk kepala dan berbaju hitam.

"Seorang lelaki terbaring di atas lantai berkeadaan ngeri, berbaju hitam dan berseluar putih," kata Bulkini sambil membacakan nota yang diarah ditulis berhubung dua insiden tersebut sebaik sahaja dia membuka mata.

Dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili SPRM, Datuk Dr. Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan sikap anggota suruhanjaya yang hanya menegur beliau kerana mengemukakan soalan memimpin (leading question) kepada saksi tetapi berdiam diri apabila peguam-peguam dari Majlis Peguam Malaysia berbuat demikian.

Prosiding suruhanjaya bagi Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Isnin ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya bukan suami dayus' - Jalani Sidek

Posted:

'Saya bukan suami dayus' - Jalani Sidek

'Saya bukan suami dayus' - Jalani Sidek

KUALA LUMPUR 21 April - "Saya tidak mahu dilabelkan sebagai suami dayus membiarkan isteri mempunyai hubungan dengan orang lain."

Ini luahan bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek, 48, yang juga suami penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, yang selama ini berdiam diri sehingga menyebabkan anak-anaknya mempersoalkan tindakannya itu.

"Kerana hal ini anak-anak saya diejek oleh guru dan rakan-rakan yang mengatakan bapa mereka dayus," kata Jalani ketika ditemui pemberita di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jalani yang ditemani isterinya hadir pada sesi soal siasat berhubung dakwaan khalwat, tiba di Bangunan Pusat Islam di sini pada pukul 9.45 pagi, manakala Roslin Hashim, 35, menyusul dua jam kemudian.

Jalani mengulas dakwaan Nurhayati Othman, bekas isteri Roslin yang menuduh Raja Azmi berkhalwat dengan pemain badminton negara itu di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, 7 Ogos tahun lalu.

Mengulas lanjut, Jalani menegaskan, dakwaan itu tidak berasas bahkan, beliau dan isterinya berhasrat untuk menyaman Nurhayati dan pihak-pihak yang menabur fitnah serta memburukkan nama mereka setelah berbincang dengan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili mereka.

Roslizam kemudian mengesahkan Roslin dan Raja Azmi dikehendaki hadir pada 19 Mei depan bagi menentukan sama ada mereka akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

Roslin pula menjelaskan, beliau tidak serik berkahwin lagi namun bimbang tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas dilanda pelbagai kontroversi.

Pemain badminton itu mengakui sedih kerana gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan Faezah Mohamad, 35, dan Nurhayati, 40, namun nalurinya tetap menanti kehadiran seorang isteri.

Kegagalan tersebut menjadikan beliau lebih berhati-hati pada masa depan dan berharap kebenaran akan muncul suatu hari nanti.

Perkahwinannya dengan Faezah hanya bertahan selama 12 hari manakala tempoh ikatan pernikahan dengan Nurhayati dalam masa sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan