Selasa, 5 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Peluang keemasan pembangkang

Posted:

Peluang keemasan pembangkang

Peluang keemasan pembangkang

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 April – Penubuhan suruhanjaya diraja merupakan satu lagi peluang keemasan untuk pembangkang menawan Putrajaya dan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, jika siasatan suruhanjaya tersebut menunjukkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu memang satu konspirasi menjatuhkannya.

Beliau berkata, peluang itu hadir kerana pihak pembangkang boleh memilih meletakkan 'orang kuat' mereka dalam suruhanjaya tersebut selain ia akan disertai pakar dari luar negara untuk mencari kebenaran.

"Mengapa mereka menolak peluang keemasan ini? Mereka boleh memilih untuk meletakkan lima wakil terdiri daripada Karpal Singh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai suruhanjaya itu.

"Pakar-pakar pula, mereka boleh ambil dari negara mana saja yang pastinya bersikap berkecuali. Ini peluang keemasan tetapi mereka menolak dengan alasan isu ini tidak penting.

''Adakah keperibadian bakal Perdana Menteri ketujuh seperti didakwa mereka, tidak penting diketahui rakyat Malaysia?" soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa Ahli Parlimen pembangkang di lobi Parlimen hari ini yang mendakwa akan menentang sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja kerana ia tidak perlu dan perkara itu remeh.

Choo Keong dalam pada itu turut membidas Karpal yang disifatkannya tampak 'konsisten bersikap tidak konsisten' dalam berpolitik.

"Pada 1997 di Hotel Federal, dengan lantang Karpal mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam kes sodomi. Tetapi kini beliau membelanya pula.

"Dalam hal ini juga sama, beliau sebelum ini sering mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja tetapi video seks ini tidak mahu pula. Mengapa pilih-pilih isu? Sebab itu saya katakan beliau terus konsisten bersikap tidak konsisten. Sayang, perkara inilah yang menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri lebih cepat," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, melalui pemerhatiannya, beliau boleh mengatakan individu dalam video berkenaan 80 peratus menyerupai Anwar.

"Saya harap mereka boleh tentukan dengan teknologi lebih baik. Saya lihat rakan-rakan dalam Pas dan DAP pun mereka bukannya menyokong, mereka hanya nafikan itu Anwar.

"Kalau ada bukti itu adalah Anwar, saya mahu tengok apa reaksi mereka. Tetapi saya pasti ia akan memporak-perandakan pakatan pembangkang kerana PKR bertindak sebagai orang tengah yang menyatukan Pas dan DAP. Tanpa PKR, habis semuanya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah

Posted:

Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah

Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah

KUALA LUMPUR 5 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu dalam rakaman video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Bagaimanapun pada sidang akhbar khas di kediamannya di Segambut, di sini, Wan Azizah yang ditemani anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat agak emosi apabila menjawab soalan daripada wartawan terutamanya berkaitan jam Omega yang didakwa ada dalam simpanannya.

Menurut Wan Azizah, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga percaya lelaki dalam video tersebut yang mirip suaminya, bukan Anwar.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berbeza daripada susuk badan Anwar.

"Sejak lebih setahun lalu, anak-anak sering menemani bapa mereka (Anwar) melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi. Ia sebahagian aktiviti pemulihan kesihatan tulang belakangnya.

"Anwar ketika ditahan dalam lokap sering bersenam, jadi badannya tegap. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami," katanya.

Media hari ini melaporkan rakaman video itu yang dimuat naik ke laman sosial YouTube dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, baru-baru ini.

Wan Azizah berkata, walaupun polis mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video tersebut.

Ditanya berhubung jam tangan Omega milik Anwar yang dikatakan berada dalam simpanannya, Wan Azizah enggan menunjukkan barang bukti itu sebaliknya mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap cuba bertindak seperti polis.

"Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan), awak semua bukan pendakwa," katanya.

Jam tangan Omega dipercayai milik Anwar diserah trio Datuk T kepada polis bagi membantu siasatan rakaman video seks tersebut.

Dalam pada itu, Wan Azizah ketika ditanya mengenai kesediaan pihaknya untuk melakukan sumpah secara Islam atau dibukti secara saintifik menggunakan mesin poligraf menegaskan, kedua-dua kaedah itu tidak relevan kerana ia taktik UMNO.

Beliau turut menolak cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan suruhanjaya diraja bagi siasatan terperinci skandal video seks tersebut atas alasan rakaman video itu sudah tersebar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen