Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Baiki segera bahu jalan

Posted:

Baiki segera bahu jalan

Baiki segera bahu jalan


BAHAGIAN bahu jalan yang runtuh antara laluan Kuala Tembeling ke Jerantut ini masih belum dibaiki dan ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.


Saudara Pengarang,
SAYA merupakan penduduk Kampung Mela, daerah Lipis yang kerap berulang alik menggunakan jalan raya antara Kuala Tembeling ke Jerantut untuk menziarahi anak di sebuah asrama sekolah menengah di Jerantut.

Saya mahupun pemandu lain menerima hakikat bahawa struktur jalan Kuala Tembeling ke bandar Jerantut yang berbukit dan berlubang di sana sini mengubah mentaliti kami supaya berhati-hati ketika memandu.

Perkara berkenaan sewajarnya diberi perhatian oleh kerajaan supaya segera menaik taraf jalan berkenaan kerana ia adalah laluan alternatif untuk ke Maran dan Kuantan.

Apa yang merisaukan saya adalah keselamatan pengguna iaitu terdapat kesan runtuhan tanah akibat hakisan di laluan berkenaan berdekatan Kampung Besul, betul-betul di hadapan sebuah kilang kayu getah.

Terdapat kesan tanah runtuh itu sejak akhir Mac lalu, tetapi masih belum ada tanda-tanda usaha untuk membaikinya oleh pihak berwajib.

Cuma diletakkan kon refleksi cahaya dan plastik menutupi runtuhan itu. Pada anggapan saya ia tidak relevan apatah lagi bagi jaminan keselamatan pengguna jalan raya.

Keadaan itu boleh mengundang kecelakaan dan membabitkan nyawa manusia pada bila-bila masa jika kenderaan boleh terbabas. Tidak terkecuali juga kepada penunggang motosikal pada waktu malam.

Senario itu lebih menakutkan khususnya pada waktu malam dan apabila hujan lebat kerana runtuhan berkenaan berdekatan jalan berbukit dan selekoh dari dua hala laluan itu.

Saya berharap pihak berwajib segera memulihkan secara tebatan konkrit atau membaiki bahu jalan itu dengan segera walaupun ingatan pihak tertentu meminta pemandu perlu berhati-hati ketika menghampiri laluan tersebut.

ABDUL NASIR PARDJOKampung Mela, Lipis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mohon parkir kereta di kawasan lapang

Posted:

Mohon parkir kereta di kawasan lapang

Mohon parkir kereta di kawasan lapang


KAWASAN lapang berhampiran pasar raya The Store di Bandar Temerloh ini perlu ditar untuk dijadikan parkir kereta.


Saudara Pengarang,
PENINGKATAN jumlah kenderaan di bandar Temerloh menyebabkan pemilik kenderaan sukar mencari parkir kereta dalam menjalani urusan harian di situ.

Walaupun terdapat beberapa kawasan lapang yang tidak dibangunkan ia boleh dijadikan kawasan parkir supaya masalah tersebut dapat diatasi sepenuhnya.

Tumpuan perlu diberikan di kawasan parkir berdekatan pasar raya The Store bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka.

Kawasan itu amat sesuai ekoran petak letak kenderaan di bandar itu masih belum mencukupi sehinggakan pengguna mengambil masa lama mencari petak kosong untuk berbuat demikian.

Cadangan pemilihan itu dibuat kerana ia memudahkan orang ramai berurusan di bandar ini, tambahan pula kawasan itu berbecak terutama selepas hujan.

Sekiranya dinaik taraf, kawasan itu amat sesuai dijadikan tempat letak kenderaan sekali gus mengurangkan kesesakan di bandar ini.

Selain itu, aliran trafik di bandar ini lebih sistematik dan berjalan lancar jika kawasan parkir di bandar Temerloh mencukupi.

Langkah tersebut penting kerana jumlah kenderaan kian bertambah terutama pada cuti hujung minggu kerana orang ramai keluar bersama keluarga mencari barangan keperluan.

Justeru, saya mencadangkan Majlis Perbandaran Temerloh membangunkan kawasan kosong terbabit dengan mewujudkan petak letak kereta di situ.

WARGA BANDARTemerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atasi masalah banjir kilat dekat balai bomba

Posted:

Atasi masalah banjir kilat dekat balai bomba

Atasi masalah banjir kilat dekat balai bomba


LALUAN yang menghubungkan Mentakab - Temerloh ini dikatakan sering mengalami banjir kilat dan boleh mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.


Saudara Pengarang,
JALAN raya antara Mentakab ke bandar Temerloh berhampiran balai bomba perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib kerana kawasan itu sering mengalami banjir kilat setiap kali musim hujan.

Kawasan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya terutama apabila banjir kilat berlaku dan mengundang risiko kemalangan.

Dipercayai keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna dan memerlukan tindakan segera pihak berwajib mengatasinya.

Selain itu, jalan tersebut telah dinaik taraf menjadi empat lorong tetapi ramai pengguna memandu laju dan tidak menyedari bahawa laluan tersebut sering banjir apabila hujan.

Saya sebagai pengguna berasa bimbang terutama orang luar yang melalui jalan tersebut kerana mereka tidak mengetahui laluan itu sering dinaiki air.

Memandangkan Mentakab semakin maju dengan pelbagai pusat perniagaan, sekali gus mengalami peningkatan jumlah kenderaan dan seharusnya pihak terbabit mengatasi masalah tersebut dengan segera.

Saya berharap semoga pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat setempat memberi perhatian serius terhadap laluan tersebut dalam memastikan keadaan jalan raya memberi keselesaan kepada pengguna.

ZULAIKA ABIDINMentakab

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen