Isnin, 11 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar berang

Posted:

Anwar berang

Anwar berang

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my



KUCHING 10 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut.

Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.

"Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,'' katanya.

Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.

Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.

Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.

''Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peralihan kuasa KM pasti berlaku

Posted:

Peralihan kuasa KM pasti berlaku

Peralihan kuasa KM pasti berlaku

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak, malam tadi.


KUCHING 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju untuk berundur daripada jawatan itu pada masa sesuai selepas pilihan raya negeri akan datang.

Perdana Menteri berkata, perubahan kepimpinan negeri itu akan dilakukan secara terancang demi menjamin kestabilan politik di negeri berkenaan dan seluruh negara secara amnya.

Namun, katanya, rakyat perlu bersabar dengan pelan peralihan kuasa itu dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memainkan isu kepimpinan Abdul Taib yang kononnya terlalu lama mentadbir negeri ini.

"Saya sudah berunding dengan Ketua Menteri Sarawak, memang dia sudah bersetuju untuk melakukan perubahan kepimpinan di negeri Sarawak.

"Percayalah kepada saya, pada waktu sesuai, perkara (peralihan kuasa) ini akan kita lakukan," katanya ketika berucap pada Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di sini malam ini.

Dalam pada itu, katanya, isu pentadbiran yang terlalu lama sebenarnya mencerminkan corak kepimpinan di kalangan ketua beberapa parti pembangkang di negara ini.

Sebagai contoh, katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini telah 42 tahun berada dalam politik sementara pengerusi parti itu, Karpal Singh pula telah berusia 72 tahun.

Selain itu, katanya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan kini sudah berumur 80 tahun.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) juga sudah tua tetapi tidak mahu mengaku tua, mana boleh seorang yang banyak masalah mahu menjadi Ketua Pembangkang atau Perdana Menteri.

"Beliau (Anwar) juga banyak menipu rakyat dengan pelan membentuk kerajaan pada 16 September (2008), sebenarnya Yang di-Pertuan Agong juga tidak tahu mengenai hal itu, penipu tidak boleh jadi pemimpin," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penambahan anggota SPRM diteliti

Posted:

Penambahan anggota SPRM diteliti

Penambahan anggota SPRM diteliti

KUALA LUMPUR 10 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mempertimbangkan penambahan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mengkaji keperluannya.

Begitupun, kata Perdana Menteri, kerajaan juga tidak boleh menolak perubahan atau pembaharuan lain yang mungkin lebih sesuai untuk meningkatkan kekuatan SPRM tanpa melibatkan penambahan anggota.

''Mungkin ini yang harus dilihat terlebih dahulu yang mana dengan program dan perubahan yang kita lakukan serta kekuatan yang sedia ada sudah pun memadai untuk kita melakukan apa yang dihasratkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC-JFL) di Pusat Penyelidikan Getah, Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Najib berkata demikian bagi mengulas permintaan SPRM yang memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, sebagai permulaan pihaknya mengemukakan permohonan fasa pertama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengisi 134 jawatan yang diperlukan.

Najib menjelaskan, sekiranya penambahan anggota itu amat diperlukan, kerajaan juga boleh melihat sama ada boleh dibuat penugasan semula anggota seperti yang dilakukan dalam penambahan kira-kira 30,000 anggota polis ketika ini.

''Namun sekiranya tiada pilihan lain, barulah penambahan anggota SPRM akan dibuat," ujarnya.

Jelas beliau lagi, kerajaan perlu mengambil langkah lebih kreatif sebelum membuat keputusan yang sebaiknya kerana ia melibatkan usaha untuk mewujudkan sebuah agensi awam yang cekap dan produktif.

''Kita tidak boleh terus menambah anggota kerana ia melibatkan sebuah birokrasi yang terlalu besar dan ini memerlukan perbelanjaan wang rakyat yang juga besar.

''Dengan ini, kita tidak dapat menggunakan wang rakyat itu untuk membuat program kebajikan rakyat yang lebih penting," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen