Isnin, 11 April 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Tidak serik!

Posted: 10 Apr 2011 03:26 PM PDT

Wilayah

PEGAWAI Imigresen menyoal siasat wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di Johor Bahru.

PEGAWAI Imigresen menyoal siasat wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di Johor Bahru.

Rumah kedai terbabit kegiatan pelacuran terus aktiviti walaupun pernah diserbu

JOHOR BAHRU: Tidak sampai setahun selepas diserbu kerana menjalankan kegiatan pelacuran, sebuah rumah kedai dekat Jalan Dobi di sini, didapati kembali menjalankan operasi haramnya.

Dalam serbuan terbaru, Khamis lalu, 10 pelacur warga Indonesia yang menunggu pelanggan mereka terkedu apabila 'pelanggan' yang datang adalah penguat kuasa Jabatan Imigresen yang melancarkan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu di rumah berkenaan.

Ketika serbuan jam 10.20 malam diketuai Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Johor, Masri Adol, 10 wanita terbabit yang berpakaian seksi, sedang duduk di sofa disyaki menunggu pelanggan. Masri berkata, pemeriksaan di rumah kedai itu mendapati ia dilengkapi dua bilik tidur di tingkat bawah serta empat bilik di tingkat atas. Pelacur dipercayai bergilir menggunakan bilik berkenaan setiap kali melayan pelanggan.

Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati setiap bilik dalam premis itu menyediakan mangkuk dilekatkan pada dinding, berisi kondom belum dipakai, manakala di lantai pula bersepah dengan kondom yang sudah digunakan.

"Kami pernah menyerbu rumah kedai sama tahun lalu, namun didapati beroperasi kembali. Selepas mendapat aduan orang awam, kami melakukan risikan dan mendapati ia kembali beroperasi sejak enam bulan lalu.

"Siasatan juga mendapati kumpulan wanita terbabit dipercayai berulang alik keluar masuk negara ini dari Indonesia dengan memperbaharui pas lawatan sosial mereka.
"Kami menahan 10 wanita itu selepas siasatan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini.

"Malangnya, bapa ayam berusia 30-an yang 'menjaga' wanita terbabit melarikan diri menerusi lubang seluas kira-kira 0.24 meter dibuat khas sebagai laluan memboloskan diri ke rumah kedai bersebelahan premis itu.

"Kita percaya bapa ayam itu melarikan diri ketika serbuan, menerusi lubang khas di bawah katil salah sebuah bilik di tingkat atas, membolehkan lelaki ini menyusup ke bilik sebelah," katanya.

Semua pelacur terbabit berusia 25 hingga 36 tahun kini ditahan mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial, dan kini sudah dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk dihantar pulang ke negara mereka.

"Dua pelanggan yang diambil keterangan mengaku sudah beberapa kali melanggan pelacur di kedai itu pada kadar RM80 setiap seorang sejak beberapa bulan lalu. Malah, seorang daripada mereka mengaku sudah melanggan pelacur di situ sebanyak empat kali," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek RM5.2 bilion

Posted: 10 Apr 2011 03:25 PM PDT

Wilayah

Peruntukan majukan tenaga elektrik, air bersih dan jalan raya

LAWAS: Kira-kira 2.3 juta rakyat Sarawak, terutama di luar bandar akan menikmati limpahan projek bekalan tenaga elektrik, air bersih dan jalan raya bernilai RM5.2 bilion di bawah enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menjelang akhir 2012.

Ia sebahagian usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) memajukan infrastruktur di luar bandar, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan yang didakwa pembangkang sering diabaikan.

Daripada keseluruhan jumlah itu, RM2 bilion diperuntukkan bagi membina jalan raya di luar bandar seluruh Sarawak, manakala RM1.7 bilion bagi pembekalan tenaga elektrik dan RM1.5 bilion bagi membekalkan air bersih. Jumlah itu membuktikan kerajaan BN bukan sekadar berjanji memajukan infrastruktur, malah melaksanakannya demi rakyat di luar bandar yang kebanyakannya hidup di bawah paras kemiskinan.

Menjelaskannya, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Awang Tengah Ali Hassan, berkata projek berkenaan sudah dilaksanakan mulai awal tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan.

"Saya akui memang ada projek belum bermula, namun kebanyakannya sudah berjalan. Peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta pelbagai agensi kerajaan yang lain itu harus dihabiskan menjelang hujung tahun depan.

"Ia tidak termasuk peruntukan lain yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Inilah janji kerajaan BN. Kita janji, kita laksanakan," katanya ketika ditemui selepas menutup program Hari Permuafakatan di Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat, terutama pengundi supaya memahami bahawa BN tidak mahu melihat anggota masyarakat terpinggir daripada menikmati hasil pembangunan negara.

Isu infrastruktur sering digunakan pembangkang dalam kempen pilihan raya negeri dengan mendakwa kerajaan BN gagal menyediakan bekalan tenaga elektrik, jalan raya dan bekalan air bersih yang didakwa mereka menyebabkan rakyat ketinggalan berbanding di negeri lain.

Awang Tengah yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari menjelaskan, peruntukan seumpama itu tidak mungkin mampu disediakan kerajaan BN jika pentadbir negara dan negeri tidak adil kepada rakyat.

Diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya dua atau tiga kerusi PBB akan dirampas pada 16 April ini, Awang Tengah berkata, ia sebahagian taktik pembangkang untuk melemahkan semangat jentera BN.

"Setiap kali pilihan raya pembangkang melancarkan perang psikologi untuk melemahkan semangat kita, tetapi saya sudah memberi arahan kepada semua ketua jentera supaya tidak patah semangat," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan