Khamis, 14 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Simpang tiga undang maut

Posted:

Simpang tiga undang maut

Simpang tiga undang maut

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Persimpangan Jalan Sungai Choh-Rawang yang didakwa merbahaya. - utusan/Yazid Mustafa (pelatih cybernetic)


HULU SELANGOR 13 April - Semata-mata kerana enggan membuat pusingan U, pemandu van sekolah sanggup menggadaikan keselamatan penumpangnya dengan memandu menentang arus di Jalan Sungai Choh-Rawang di sini.

Perbuatan itu turut dilakukan oleh pengguna kenderaan lain, termasuk penunggang motosikal tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Mereka memulakan aksi berbahaya itu dengan memandu menentang arus Jalan Sungai Choh-Rawang dari simpang Jalan Sungai Choh- Sungai Buaya.

Ini dilakukan kerana mereka enggan menghabiskan sedikit petrol untuk berpatah balik ke laluan berkenaan dan masuk ke kampung berdekatan melalui pusingan U yang terletak kira-kira 500 meter dari persimpangan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi itu baru-baru ini mendapati tindakan pengguna 'berani mati' itu jelas mengundang risiko kemalangan memandangkan kenderaan sentiasa bertali arus.

Selain itu, pelajar yang berjalan kaki turut melintas jalan yang sibuk itu sedangkan hanya kira-kira 50 meter daripada persimpangan tersebut terdapat sebuah jejantas yang boleh mereka gunakan.

Tindakan berani mati mereka melintas jalan untuk di waktu kenderaan lain berpusu-pusu pergi dan balik kerja sama ada dari arah Sungai Buaya, Serendah mahupun pusat

Bandar Rawang didakwa berlaku terutama pada waktu puncak.

Tinjauan mendapati selain tidak ada laluan khas pejalan kaki di persimpangan tersebut, jarak yang terpaksa mereka lalui daripada sekolah ke persimpangan itu agak jauh dan tidak menolak kemungkinan mereka sudah keletihan.

Lebih-lebih lagi apabila hendak menggunakan jejantas mereka terpaksa pula melencong jauh sebelum berpatah balik ke rumah yang terletak di kawasan perkampungan berhampiran persimpangan itu.

Alias Omar, 35, yang sering menggunakan laluan itu tidak menafikan sering berhadapan kesesakan di persimpangan itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buaya untuk ke tempat kerjanya di Cheras Baru mengakui melalui jalan itu seawal pukul 7 pagi ketika pelajar-pelajar-pelajar hendak ke sekolah.

"Keadaan jalan di sini memang sesak, kerana pertembungan pelajar-pelajar ke sekolah dan mereka yang berkenderaan untuk ke tempat kerja," katanya.

Seorang penduduk berhampiran, Naksabandi Taib, 49, mengakui persimpangan jalan tersebut memang sibuk kerana menjadi laluan utama kepada mereka yang tinggal di Sungai Buaya dan Serendah untuk ke Rawang, begitu juga sebaliknya.

Katanya, dia lebih melihat faktor saiz jalan sebagai punca kepada kesesakan di situ dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan agar kerja-kerja melebarkan jalan di kawasan berhampiran dilaksanakan demi memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Selangor laksana persempadanan semula

Posted:

Polis Selangor laksana persempadanan semula

Polis Selangor laksana persempadanan semula


A. THAIVEEGAN (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Majlis Perbarisan Kor Kadet Polis Ke-41 negeri Selangor di Klang, semalam.


KLANG 13 April - Polis negeri ini sedang merancang melakukan persempadanan semula kawasan pentadbiran setiap balai polis di negeri ini.

Proses persempadanan semula itu bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pasukan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan jenayah.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, dengan persempadanan semula itu pihaknya akan mengenal pasti mana-mana kawasan yang boleh ditambah balai dan pondok polis baru.

"Pembinaan balai dan pondok baru ini memerlukan peruntukan kewangan dan lokasi sesuai sebelum boleh dibina.

"Pihak polis telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu yang melibatkan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Kor Kadet Polis Ke-41 peringkat negeri 2011 yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar di Stadium Sultan Suleiman, di sini hari ini.

Pada majlis sama, Thaiveegan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi platun perbarisan terbaik, pegawai kadet terbaik dan johan keseluruhan terbaik.

Hadir sama semua ketua-ketua polis daerah negeri dan pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Mahmod Karim.

Mengulas mengenai surat pembaca di ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini dari Morib yang memohon agar diwujudkan sebuah balai polis atau pondok polis di Morib, Thaiveegan menjelaskan ia akan ditentukan selepas persempadanan semula kelak.

Jelasnya, buat masa ini kadar jenayah di Morib adalah terkawal dan pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada penduduk jika melihat kegiatan mencurigakan di sekeliling mereka.

"Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan orang ramai, sebagai contoh hari ini kami bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri mengadakan pertandingan perbarisan kor kadet.

"Kerjasama kali Ke-41 ini menunjukkan kami benar-benar mahu mewujudkan modal insan yang baik dan mematuhi Rukun Negara di kalangan pelajar sekolah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

7 buah motosikal ‘naik lif’ disita

Posted:

7 buah motosikal 'naik lif' disita

7 buah motosikal 'naik lif' disita

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


DUA orang anggota Penguat Kuasa DBKL merekodkan butiran sebuah motosikal untuk disita dalam Operasi Angkut di PPR Muhibbah, Puchong, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak tujuh buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah, Puchong, awal pagi semalam.

Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas rumah PPR tersebut.

Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk.

Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Kamel Idham Ibrahim berkata, tindakan yang dilaksanakan itu bukan bertujuan menyusahkan penduduk tetapi untuk memberi peringatan kepada mereka.

Katanya, pihaknya telah banyak kali menerima aduan mengenai tindakan sesetengah penduduk membawa motosikal mereka ke tingkat atas sehingga menyusahkan penghuni lain.

Selain itu, katanya, motosikal yang dibawa naik menggunakan lif juga menjadi antara punca kerosakan kemudahan itu sekali gus menyusahkan penduduk terutama golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

"Tindakan mereka juga telah memberi kesan kepada DBKL kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki lif yang rosak," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut di Blok A, PPR Muhibah.

Turut menyertai operasi tersebut adalah Ketua Inspektor Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Julia Thamby bersama 40 anggota kedua-dua jabatan itu.

Kamel Idham berkata, motosikal yang disita itu dibawa ke Depot Kenderaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan di Jinjang dan pemiliknya hendaklah membuat tuntutan di depot tersebut.

"Mereka (pemilik motosikal) perlu membawa dokumen kenderaan dan dokumen insurans di samping membayar kompaun sebanyak RM155," jelasnya.

Beliau menambah, operasi itu akan diadakan dari semasa ke semasa di semua PPR di ibu negara bagi membendung tindakan penghuni yang mementingkan diri sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen