Ahad, 10 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95

Posted:

Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95

Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95


Najib Tun Razak lancar minyak baru Petronas Primax 95 Extra diperhatikan Rosmah Mansor, Shamsul Azhar Abbas dan Amir Hamzah Azizan pada majlis pelancarannya di KLCC Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 9 April - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini melancarkan Primax 95 Xtra, minyak baru diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter.

Minyak baru itu bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas sedia ada.

Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi.

Primax 95 Xtra diperkenalkan hari ini bersempena dengan majlis pengumuman slogan terbaru jenama PDB iaitu 'All The Way' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pelancaran Primax 95 Xtra membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dalam membangunkan produk inovatif yang memenuhi serta menjangkau jangkaan pelanggan.

"Pelancaran Primax 95 Xtra hari ini menunjukkan betapa pentingnya kajian dan peningkatan yang berterusan terhadap barisan produk Primax dalam mengembangkan perniagaan runcit kami.

"Kami percaya pertumbuhan PDB bukan hanya terletak pada bilangan stesen minyak Petronas yang ada tetapi juga dari segi peningkatan mutu bahan api," katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Gabungan mantap bahan pembaik pembakaran dan pengubah geseran dalam Primax 95 Xtra memberi tindakan pembakaran yang cekap dan mengurangkan geseran dalaman untuk mencapai prestasi maksimum bagi setiap titik minyak yang dibakar.

Secara keseluruhannya, Primax 95 Xtra dengan pakej bahan penambah berbilang fungsi benar-benar terbukti dapat memberikan lebih kuasa, lebih pecutan dan lebih menjimatkan minyak berbanding minyak gasolin komersial yang biasa di Malaysia.

Pada majlis sama, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan bernilai RM7.5 juta daripada anak syarikat Petronas, Kumpulan Syarikat LNG Malaysia kepada Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM sedia jumpa persatuan kastam

Posted:

PM sedia jumpa persatuan kastam

PM sedia jumpa persatuan kastam

PEKAN 9 April - Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia bertemu Persatuan Pegawai Kanan Kastam bagi menyelesaikan segala isu terutama rasuah yang memberi imej buruk kepada Kastam Diraja Malaysia pada masa ini.

Tegas Perdana Menteri, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pertemuan itu dalam usaha merungkai isu tersebut.

"Tidak ada masalah, saya boleh jumpa pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat (CMC) Taman Industri Automotif Pekan di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Presiden persatuan itu, Ibrahim Ahmad untuk menemui Perdana Menteri berikutan pelbagai laporan negatif berkaitan pihak berkuasa itu akhir- akhir ini selepas penahanan ramai pegawai kanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ibrahim berkata, moral dan kredibiliti pegawai serta anggota kastam kini terjejas berikutan laporan media berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan RM108 bilion.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, isu rasuah yang sedang melanda kastam pada masa ini mungkin tidak berlaku jika semua pihak menjalankan tugas mengikut peraturan.

''Jika kita mengikut peraturan, tiada masalah. Jika kita mengimport apa-apa produk dan kita mengisytiharkan ia mengikut peraturan, tiada masalah.

''Sebaliknya jika kita tidak mematuhi peraturan, itu ada masalah," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kartel dalangi rasuah kastam?

Posted:

Kartel dalangi rasuah kastam?

Kartel dalangi rasuah kastam?

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 April – Kementerian Dalam Negeri diminta memberi perlindungan sewajarnya kepada para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas kerana dipercayai terdapat kartel besar di sebalik kegiatan rasuah yang melibatkan kakitangan Kastam Diraja Malaysia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, secara logiknya pasti terdapat sindiket besar di belakang kegiatan rasuah itu kerana ia melibatkan jumlah wang yang begitu banyak iaitu RM108 bilion setahun.

"Saya khuatir dengan keselamatan pegawai SPRM dan kerana itu saya berharap mereka dapat diberikan perlindungan yang sewajarnya.

"Kita juga sedar terdapat pihak ketiga yang cuba memutarbelitkan usaha SPRM dan mengelirukan rakyat. Mereka mahu menjadi pembela kepada penjenayah rasuah serta sindiket dan bukan pembela kepada pembayar cukai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga yakin masyarakat boleh menilai tentang kebenaran mengenai kes tersebut.

Zahrain menambah, rakyat mengagumi tindakan SPRM yang berjaya membongkar kegiatan rasuah bernilai RM108 bilion itu kerana jumlah wang berkenaan boleh membina beberapa ratus buah sekolah dan hospital.

''Dengan pembongkaran itu, perasuah mula takut dengan SPRM dan kita mohon Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed akan terus bersikap tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap usaha membanteras rasuah,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen