Khamis, 14 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pelajar tajaan YPM dinasihat jauhi Fukushima

Posted:

Pelajar tajaan YPM dinasihat jauhi Fukushima

Pelajar tajaan YPM dinasihat jauhi Fukushima

14/04/2011 7:38pm

KUALA LUMPUR – Seramai 84 pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT), yang akan meneruskan pengajian mereka di beberapa universiti di Jepun, dinasihati supaya tidak mendekati kawasan bencana loji nuklear di Fukushima.

Pelajar berkenaan, yang akan menuntut dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kinki, Osaka, Universiti Ritsumeikan (Siga) Universitu Sains Okayama (Okayama) dan Universiti Yamaguchi (Yamaguchi) dihantar ke negara itu setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, MKN telah memberi garis panduan kepada para pelajar agar menjauhi kawasan bencana dalam lingkungan 80km radius dari Pusat Kuasa Nuklear Fukushima, menurut YPM dalam kenyataan di sini.

Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9 pada skala Richter pada 11 Mac lepas yang turut mencetuskan tsunami dan kerosakan loji nuklear. Menurut YPM seramai 29 pelajar berlepas ke negara itu pada Ahad lepas diikuti 38 pelajar hari ini dan bakinya pada Sabtu ini.

Mereka akan diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPM Abdul Shariff Hamid dan Malaysian Airlines (MAS) sebelum berlepas.

DPPT merupakan Projek Pendidikan Tinggi Jepun-Malaysia yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur sejak 1993 dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Geran Pengurusan Projek dan Pinjaman kerajaan Malaysia dari kerajaan Jepun. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua beradik lecur dibedah, bapa kritikal

Posted:

Dua beradik lecur dibedah, bapa kritikal

Dua beradik lecur dibedah, bapa kritikal

14/04/2011 5:17pm

ALOR SETAR – Dua beradik yang melecur ketika cuba menyelamatkan bapa mereka yang dipercayai membakar diri akibat kemurungan di rumahnya di Kampung Raut, Yan dekat sini pagi semalam akan menjalani pembedahan pemindahan kulit pada minggu depan.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kedua-dua beradik itu, Amirul Hadi Zinol, 12 dan abangnya Badrul Amin Zinol, 14 akan menjalani pembedahan itu bagi menggantikan kulit yang telah terbakar.

Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Kebakaran HSB sementara bapa mereka, Zinol Ismail, 51, yang membakar diri, dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemerhatian yang serius.

Zinol yang melecur 100 peratus yang kini dirawat di Unit Rawatan Kebakaran di HSB pada mulanya dihantar ke Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSB petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi semalam, Amirul Hadi dan Badrul Amin melecur di bahagian tangan dan kaki selepas cuba menyelamatkan bapa mereka yang cuba membakar diri. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khalid Abu Bakar Timbalan KPN baru

Posted:

Khalid Abu Bakar Timbalan KPN baru

Khalid Abu Bakar Timbalan KPN baru

14/04/2011 3:44pm

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Khalid akan menggantikan Hussin Ismail yang bersara hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan