Sabtu, 30 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sumpah kecoh

Posted: 29 Apr 2011 05:39 PM PDT

MukaDepan

Penyokong PKR buat kacau dalam masjid elak Eskay lafaz pengakuan

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam mengotakan janjinya apabila melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, di hadapan sebahagian penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum itu mencetuskan kekecohan bagi menggagalkan majlis berkenaan.

Ditemani dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, Shazryl Eskay melafazkan sumpah itu jam 4.15 petang, bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, mereka bertiga yang tiba melalui pintu belakang masjid dengan tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jam 4.05 petang, turut mengenakan jaket kalis peluru bagi tujuan keselamatan selain dikawal ketat beberapa pengawal peribadi dan anggota polis.

Sebaik tiba, trio terbabit menunaikan solat sunat di bahagian depan dewan masjid berhampiran mimbar dengan kawalan ketat sambil disaksikan puluhan wakil media serta penyokong pembangkang yang menunggu kehadiran mereka sejak selesai solat Jumaat.

Selesai menunaikan solat sunat, ketiga-tiga mereka berpaling dan duduk berdepan dengan wakil media dan belum sempat melafazkan sumpah, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Syamsul Firdaus, duduk di hadapan mereka sebelum menasihati bahawa sumpah laknat bagi menuduh zina tiada dalam hukum syarak kecuali membabitkan suami isteri.

Kira-kira lima minit selepas itu, Shazryl Eskay yang memakai kemeja merah hati, memegang al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum melafazkan sumpah disaksikan Timbalan Imam masjid berkenaan, Ezhan Shahril.
Lafaz sumpah Shazryl Eskay adalah seperti berikut:

"Pada hari ini 29 April 2011, saya Shazryl Eskay Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismilahirahmanirahim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku, assalamualaikum," katanya.

Sebaik selesai lafaz itu, ketiga-tiga mereka bangun sebelum diserbu wakil media yang bertanyakan soalan dan pada masa sama, beberapa penyokong PKR kelihatan menyerbu mereka menyebabkan trio terbabit segera dibawa keluar oleh pengawal peribadi serta anggota polis.

Ketika menuju ke kenderaan, berlaku tolak-menolak antara penyokong PKR dengan pengawal peribadi trio berkenaan sehingga mengakibatkan keadaan menjadi tegang sebelum ketiga-tiga mereka memasuki kenderaan dan bergegas meninggalkan perkarangan masjid.

Terdahulu, sebaik selesai solat Jumaat, orang ramai dan penyokong PKR yang menyangkakan trio berkenaan berada di dewan masjid mula berasak ke bahagian depan sebelum keadaan menjadi kecoh apabila sebahagian mereka bersorak sambil melaungkan kata-kata kesat terhadap Datuk Trio.

Tanpa menghiraukan kesucian masjid, sebahagian mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'mana setan tu', 'hidup macam orang putih, undang-undang orang putih, tapi nak sumpah guna al-Quran dan beberapa penyokong PKR bukan Islam turut memasuki dewan masjid berkenaan bagi menimbulkan kekacauan.

Turut kedengaran laungan 'qazaf, bukan sumpah' dan 'Anwar zina' sebelum berlaku kekecohan apabila penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, enggan keluar dari dewan masjid walaupun diminta berbuat demikian oleh ahli jawatankuasa masjid bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Kira-kira jam 2.30 petang, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin, naik ke mimbar dan menggunakan alat pembesar suara meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid bagi mengelak kesucian rumah ibadat tercemar.

Ketika petugas media sedang melakukan persiapan untuk merakam majlis berkenaan, beberapa penyokong PKR sekali lagi cuba menimbulkan kekecohan dengan mempersoal tindakan pihak polis, membuatkan sebahagian wakil media berang dan meminta mereka bertenang.

Sementara di pekarangan masjid, enam penyokong PKR membawa sepanduk tertulis 'qazaf, bukan sumpah' sambil beberapa lagi lelaki melaungkan reformasi dan 'Hidup Anwar'.

Keadaan kembali tenang jam 3 petang apabila Shamsul Iskandar bersama puluhan penyokong PKR mula meninggalkan perkarangan masjid, namun mereka masuk semula sebaik mendengar cakap-cakap yang Datuk Trio akan tiba pada bila-bila masa untuk melafazkan sumpah.

Selepas itu, polis dilihat menutup pagar utama masjid bagi mengelak orang yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan itu selain anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengambil tempat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beberapa minit sebelum ketibaan Datuk Trio, anggota polis turut berkawal dalam dewan masjid termasuk menutup pintu bagi mengelak lebih ramai pihak yang tidak berkenaan berada di dalam kawasan itu.

Teks penuh sumpah laknat

Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim (mengucap dua kalimah syahadah 3 kali), pada hari ini 29 April 2011 saya Shazryl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismillahirahmanirahim...wallahi, wabillahi, watallahi aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku, Assalamualaikum.

URUTAN PERISTIWA

  • 2.00 petang – Persiapan untuk majlis lafaz sumpah laknat. Sekumpulan penyokong PKR memasuki bahagian depan masjid untuk membantah majlis berkenaan sehingga berlaku ketegangan.
  • 2.30 petang – Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin membuat pengumuman meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
    – Enam lelaki mengangkat sepanduk yang tertulis 'qazaf, bukan sumpah' sambil melaungkan reformasi serta kata-kata kesat terhadap Datuk Trio dan TV3.
  • 2.50 petang – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa lagi penyokong PKR keluar dari dewan masjid dan membuat sidang media, sebelum itu mereka menunaikan solat hajat.
  • 3 petang – Keadaan kembali terkawal apabila penyokong pembangkang mula keluar dari kawasan masjid. Cakap-cakap Datuk Trio sedang dalam perjalanan ke masjid mula tersebar di kalangan wakil media.
  • 3.10 petang – Polis menutup pagar utama masjid bagi mengelak lebih ramai pihak tidak berkenaan memasuki kawasan terbabit.
  • 3.40 petang – Keadaan sekali lagi kecoh apabila wakil media mula mengambil tempat di bahagian depan dewan masjid dan menunggu ketibaan Datuk Trio.
    – Polis menutup pintu masuk ke dalam dewan masjid bagi mengelak terlalu ramai orang berada di dalam masjid.
    – Sesekali terdengar laungan takbir di kalangan beberapa lelaki dipercayai penyokong pembangkang.
  • 4.10 petang - Datuk Trio tiba dengan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV
    – Mereka dibawa masuk ke dalam dewan masjid dengan kawalan ketat oleh beberapa pengawal peribadi serta anggota polis.
    – Mereka terus menunaikan solat sunat dengan kawalan pengawal peribadi serta anggota polis.
  • 4.25 petang – Lafaz sumpah selesai.

    – Wartawan cuba mendapatkan ulasan Shazryl Eskay namun tidak berjaya apabila penyokong pembangkang mula berasak-asak ke arah mereka bertiga.
    – Kedengaran seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi Shazryl Eskay berkata: "bawa mereka keluar sekarang."
    – Ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari dewan masjid dengan kawalan ketat pengawal peribadi serta polis.
    – Beberapa lelaki kelihatan berasak-asak ke arah mereka dan berlaku tolak menolak.
    – Datuk Trio meninggalkan masjid melalui pagar belakang dengan tiga kenderaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    Artikel lain:

  • Islam benarkan sumpah laknat
  • Najib anggap urusan peribadi
  • Tak sumpah atas nasihat Nik Aziz
  • Lewat sampai kerana berlaku kekecohan

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    budak baru

    Masjid adalah rumah Allah yg suci...tempat umat Islam beribadat...bukan tempat bergaduh pasal politik duniawi...MasyaAllah...umat akhir zaman...

    naslo

    buat apa nak sumpah sumpah ni...tak payah.kalau tak betul bagi nasihat saja.

    pelengaed

    orang yang telah buta hati akan terus menyokong dan menyokong sampai ke akhir hayatnya, walau apapun dilakukan untuk membimbingnya kembali ke jalan yang benar!!..Kita cuma mampu berdoa untuk mereka agar mereka cepat sedar dari tidur yang panjang!!!!

    Abang Aji

    Tahniah Eskay...anda telah tunaikan janji anda.Sekarang kita tunggu babak selanjutnya dari pihak sana.Kata orang melayu....Berani kerana Benar, Takut kerana Salah......Insaflah bagi mereka yang terlanjur kata dan perbuatan tu....terutama yang menyokong membabi buta.

    di mana kesucian masjid?????????? apa fungsi masjid?????? tak yah la dibawa..politik nie di dlm masjid....

    Arif

    Hanya Allah saja yang maha mengetahui akan segala yang benar dan yang salah. Yang salah akan merasa takut yang benar tetap dengan berani.

    anak rantau

    Ye lah..ini 'urusan peribadi' diorang jangan campur lah..nak sibuk2 buat apa.

    Mohd Raskam bin Md Saman

    Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. melarang para-para Sahabat meninggikan suara mereka ketika berada di dalam masjid.Sekarang ini apa punya cerita?Ikut nafsu dan terlampau memuja seseorang.Baliklah ke pangkal jalan dan bersederhanalah dalam apa juga tindakan,wahai sahabat-sahabatku sekalian.

    orang kampung

    teruskan perjuangan. pemerintah tetap bersama anda.

    ayun

    dah buta hati gamaknya penyokong pkr ni..biarlah eskay nak bersumpah pun..dilaknat atau tidak, ALLAH yg tentukan..kenapa nak halang??takut dgn kebenaran ke??dalam masjid pun nak buat kecoh dan huru-hara..tak hormat langsung rumah ALLAH..jangan harap nak dapat sokongan rakyat kalau macam ni gayanya..

    sgthasan

    walau apa pun alasan,haram mendedahkan keaiban muslim yg lain, ke mana para alim ulama kita?

    Ross

    Bersumpah tidak berdosa. Mengapa menganggu hak kebebasan orang lain dan membuat onar didalam masjid? Perbuatan tidak bertamadun mesti dihentikan.

    ahmad

    bangga sangat bersumpah, didalam masjid. rumah allah tempat ibadat tempat muzakarah untuk kebaikan rakyat, ini tempat untuk membetulkan perut sendiri.

    seefu alloy

    nampaknya isu main pakai sumpah laknat ni dah menjadi trend terkini untuk menyakinkan rakyat. namun adakah rakyat ambil peduli? ada sahaja cerita sumbang mahram bersangkutan pada diri anwar ibrahim. mulanya rakyat ingin percaya, namun setelah banyak kali ianya dilaungkan sebagai modal untuk menjatuhkan peminpin yang dikatakan lidah bercabang ini, timbul persoalan di benak saya, adakah ini sahaja modal para pemimpin kerdil di dalam parti kerajaan untuk menyakinkan rakyat? berbanding turun padang ke kawasan masing-masing serta menyelesaikan masalah rakyat daripada sibuk untuk menjatuhkan seseorang ini? rakyat Malaysia sekarang sudah bijak memilih dan menilai, cukup2 lah mencari silap anwar. cuba bawa2 balik ke kampung halaman dahulu wahai Yang berhormat serta Datuk2 sekalian. banyak sangat rasanya permasalahan yang berlaku di kawasan anda. ini bukan untuk membela sesiapa baik kerajaan mahupun pembangkang. tapi inilah realiti nasib rakyat! umpama gajah sama gajah berganyang, kancil habis rata terpijak di tengah-tengah. fikir-fikirkanlah...

    mummyucu

    Dah ramai yg bersumpah dgn nama Allah, msh xsedar2 lg kah wahai anak bangsa ku.Jgn sok kt melukut d ngra sndiri. Ikhtibar dr apa yg brlaku d negara orng.

    Yangretibase

    Macam main-main saja nampak! Telo saja 'bunyinya'. Tolong muhasabah dirilah wahai mereka yang beriman.

    Ramzi Abdollah

    Allah swt saje yg tahu akan kebenarannya & kita berada di akhir hari khiamat-Nya..

    Yangretibase

    Saya nasihatkan Eskay (Rahim dan Shuib juga)supaya bertaubat nasuha. Dan dalamilah sedikit mempelajari ilmu Islam. Belajarlah membaca al-Quran dan menghayatinya. Seterusnya beramallah dengan al-Quran.

    Yangretibase

    Majlis Fatwa Negara bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkenaan sumpah si laknat ini; kalau tidak, saya bimbang banyak lagi kes kejahilan umat Islam Malaysia seumpama ini akan berlaku yang akhirnya berkembang menjadi budaya yang sesat.

    Hussin Kamdol

    Tahniah kepada Datuk Trio kerana berani bersumpah laknat. Orang yang dituduh pun kena berani balas sumpah tu. Tak payahlah anta geng untuk buat kecoh.

    PakCU

    Saya berpendapat ada perkara tersurat dan tersirat dari peristiwa ini.Perkata tersurat ialah kita tidak boleh mempercayai seseuatu perkara dengan terlampau taksud.Ini hal politik, sebagai pengundi perlu bijak menilai secara matang dan membuat pilihan amat bijak untuk menentukan siapa patut meneraju kerajaan untuk memberikan jaminan kehidupan terbaik. Tidak bagus jika kita kita terlalu taksud kepada seorang individu sahaja. Pilihlah sistem terbaik yang kita yakin. Perkara tersirat pulak kita dapat terbukti kebanyakkan pemimpin atau bekas pemimpin yang ada mempunyai rekod2 tidak baik yang amat merbahaya jika diberi peluang memerintah.Tidak kiralah dari pembangkang atau kerajaan.KIta patut dedahkan dan hukum pelakuan buruk mereka untuk mengelakkan rakyat tersilap undi.Tidak kiralah dari parti mana.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Mutakhir

    Harian Metro: Mutakhir


    Ijazah palsu dalam talian

    Posted: 29 Apr 2011 12:22 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Dengan harga semurah AS$80 atau kira-kira RM240, seorang penipu sudah boleh membeli segulung ijazah atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara dalam talian tanpa perlu mengikuti pengajian yang mengambil masa bertahun atau menyediakan tesis.

    Mereka bebas memilih apa saja bidang atau universiti untuk diisi di dalam ijazah palsu itu sebelum menggunakan gelaran doktor untuk memperdaya orang ramai sama ada ketika memohon pekerjaan, menjadi pakar motivasi, menceburi bidang politik, perniagaan atau sekadar berlagak sebagai bijak pandai akademik.

    Tidak perlu menunggu lama sehingga mengambil tempoh empat ke lima tahun pengajian, sebalik dengan cara sedemikian ijazah atau PhD yang ditunggu boleh sampai ke tangan selepas tujuh hari pembayaran dilakukan, malah jika mahu menjimatkan masa, pembeli boleh mencetak sendiri sijil yang dibeli itu.

    Ditambah sikap orang ramai yang mudah percaya dengan kepetahan seseorang individu bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah orang yang memohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa.


    Mendedahkan perkara itu, Pakar Kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, pihaknya menerima aduan antara 40 hingga 50 kes ijazah dan PhD yang diragui ketulenannya sejak 2004.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Terima hidayah dalam lif

    Posted: 29 Apr 2011 12:22 PM PDT

    JOHOR BAHRU: "Saya berniat terjun bangunan dari tingkat 14 kerana tertekan dengan tindakan suami berhutang RM100,000 daripada along hingga kehidupan saya diganggu setiap hari.

    "Ketika itu saya sarat mengandung tujuh bulan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu, tetapi ketika berada di dalam lif hati berdetik supaya Tuhan tunjukkan jalan sebelum terlintas satu cahaya putih dan bisikan menasihati saya pulang ke rumah serta minum air kosong, tidur dan masalah akan selesai," kata mualaf, Nurul Hidayah Abdullah, 40.

    Dia yang juga ibu tunggal lima anak itu berkata, selepas itu niat untuk terjun bangunan dilupakan, sebaliknya keajaiban berlaku apabila fikirannya kosong manakala hati tenang sebaik terjaga daripada tidur keesokannya.

    "Sejak itu hati bertambah yakin mengenai kebesaran Tuhan kerana sewaktu meminta petunjuk, saya menyebut nama Allah kerana sejak kecil mengetahui sedikit sebanyak mengenai Islam melalui pelajaran di sekolah.


    "Selepas yakin dengan jalan yang dipilih saya nekad memeluk Islam walaupun ibu dan ayah serta adik-beradik menentang keras," katanya.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online

    Kosmo Online


    Seludup syabu guna penerbangan domestik

    Posted:

    Seludup syabu guna penerbangan domestik

    Seludup syabu guna penerbangan domestik

    30/04/2011 6:25pm

    JOHOR BAHARU - Polis berjaya mematahkan cubaan dua lelaki warga Iran menyeludup 4.55 kilogram dadah jenis syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, dekat sini, Rabu lepas.

    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, hari ini berkata kedua-dua lelaki yang menaiki penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ditahan sebaik tiba di sini pada pukul 4.30 petang.

    Kedua-dua suspek berusia 22 dan 27 tahun itu, yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa, ditahan selepas polis menemui dadah tersebut disorok dalam ruang khas sebuah beg troli milik kedua-dua lelaki itu.

    Katanya hasil tangkapan itu dilakukan oleh gerakan bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Johor dan Bukit Aman.

    "Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM1.2 juta di pasaran tempatan dan boleh dibekalkan kepada 15,000 penagih," katanya pada sidang media di sini. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiga kereta polis remuk

    Posted:

    Tiga kereta polis remuk

    Tiga kereta polis remuk

    30/04/2011 6:25pm

    KUALA LUMPUR - Tiga kereta peronda polis rosak dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek pecah rumah yang bertindak nekad untuk meloloskan diri daripada ditahan di Taman Mutiara, Cheras, dekat sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata, dalam kejadian 7.30 pagi itu, ketiga-tiga kereta peronda polis cuba menghalang kereta suspek di kawasan perumahan itu selepas lelaki itu dilaporkan cuba memasuki sebuah rumah dua tingkat di taman itu.

    Bagaimanapun, polis berjaya menahan suspek berusia 52 tahun itu selepas dikejar selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan itu, katanya pada sidang media di di sini.

    Mohan berkata polis turut menemui pelbagai jenis peralatan dalam kereta suspek antaranya pemutar skru dan tukul yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah.

    Katanya kejadian itu bermula apabila sebuah kereta peronda polis dihantar ke Taman Mutiara setelah polis menerima panggilan daripada seorang wanita bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan mencurigakan berada di perkarangan rumahnya.

    Katanya suspek yang terkejut dengan kehadiran polis segera melarikan diri dari perkarangan rumah itu dengan menaiki sebuah kereta sebelum anggota polis mengekori kereta tersebut.

    Menurutnya anggota polis dalam kereta peronda itu kemudian meminta bantuan dua kereta peronda lain apabila suspek enggan memberhentikan kereta dan cuba melarikan diri dari kawasan taman perumahan itu.

    Mohan berkata suspek kemudian melanggar kereta peronda ketika cuba disekat tetapi anggota polis berjaya memberkasnya.

    Beliau berkata suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gangguan bekalan air di Wilayah

    Posted:

    Gangguan bekalan air di Wilayah

    Gangguan bekalan air di Wilayah

    30/04/2011 1:21pm

    KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada 9, 11 dan 12 Mei ini.

    Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata gangguan pada 9 Mei (Isnin) membabitkan kawasan Wilayah Petaling yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya ekoran kerja-kerja pengalihan paip sedia ada bersaiz 600MM dan 200MM di tapak pembangunan Setiawalk, Bandar Puchong Jaya Fasa 1. Kawasan yang terlibat ialah Koi Tropika Puchong, Puchong Indah, Puchong Perdana, Puchong Permai, Puchong Prima, Taman Industri Puchong, Perindustrian Puchong Utama, Tasik Prima, Perindustrian Maju Jaya, Jalan Puchong Batu 13, Puchong Permata, Pusat Bandar Puchong dan Sri Puchong, katanya dalam kenyataan hari ini.

    Abdul Halem berkata gangguan pada 11 Mei (Rabu) dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya pula membabitkan kawasan Wilayah Sepang iaitu seluruh Taman Putra Perdana dan Taman Nusa Putra.

    "Gangguan ini disebabkan kerja-kerja membekal dan memasang injap serta pemasangan dalam zon penyediaan injap keruk," katanya.

    Gangguan pada 12 Mei (Khamis) pula membabitkan kawasan Pusat Bandar Puchong dan Perindustrian Pusat Bandar Puchong dalam Wilayah Petaling yang juga bermula dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya berikutan kerja-kerja pengalihan paip sedia ada bersaiz 500MM di Tapak Pembangunan Setiawalk.

    Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut, katanya.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada Pusat Khidmat Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

    Informasi berhubung perkara itu juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan di laman facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Utara

    Utusan Online - Utara


    Bukit Mertajam dilanda banjir

    Posted:

    Bukit Mertajam dilanda banjir

    Bukit Mertajam dilanda banjir

    Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
    utusanpenang@utusan.com.my


    BANJIR kilat melanda kawasan perumahan dan rumah kedai di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam, semalam.


    BUKIT MERTAJAM 29 April - Hujan lebat kira-kira empat jam sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan termasuk pusat perniagaan dan taman perumahan sekitar bandar ini dilanda banjir.

    Paling teruk terjejas ialah penduduk di Kebun Sireh, Permatang Batu, Taman Desa Damai, Permatang Rawa dan Taman Sri Rambai yang menyaksikan lebih 60 buah rumah ditenggelami air sehingga 1.5 meter.

    Jalan Permatang Rambai dan Jalan Desa Damai yang menempatkan deretan premis perniagaan turut dinaiki air sejak pukul 8 pagi, menyebabkan ramai peniaga menanggung kerugian kerana terpaksa menutup premis mereka.

    Banjir turut menyebabkan beberapa laluan menuju ke pusat bandar mengalami kesesakan luar biasa pada sebelah pagi terutamanya di persimpangan masuk ke taman-taman perumahan sekitar Taman Desa Damai dan Kebun Sireh.

    Bagaimanapun, sehingga pukul 2 petang ini, belum ada penduduk yang dipindahkan ekoran paras air yang mula menampakkan tanda-tanda akan pulih.

    Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu, agensi dan jabatan kerajaan termasuk bomba dan polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku lagi hujan lebat dalam masa terdekat.

    Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk serta peniaga yang mula sibuk membersihkan rumah dan premis masing-masing yang dipenuhi lumpur.

    Penduduk Permatang Batu, Ramli Usman, 58, berkata, banjir kali ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku ekoran hujan lebat luar biasa sejak awal pagi ini.

    ''Kejadian banjir memang menjadi lumrah setiap kali hujan lebat tetapi kali ini agak luar biasa kerana ia (air bah) melimpah sehingga ke jalan-jalan raya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Bagi penduduk Solok Nangka, Taman Desa Damai, yang hanya mahu dikenali sebagai Khor, 48, pula mendakwa, kejadian banjir kali ini berpunca ekoran kerja-kerja membina rumah pam di kawasan berhampiran yang belum siap sepenuhnya.

    ''Kerja-kerja tersebut dihentikan sementara sehingga menyebabkan terdapat sistem saliran yang tertutup dengan tanah. Saya percaya jika ia tidak disiapkan secepat mungkin, banjir menjadi lebih buruk jika hujan lebat melanda dalam masa terdekat," katanya.

    Kakitangan swasta, Saidin Omar, 57, pula merayu pihak berkuasa supaya segera menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kerajaan DAP Pulau Pinang diingat martabatkan agama Islam

    Posted:

    Kerajaan DAP Pulau Pinang diingat martabatkan agama Islam

    Kerajaan DAP Pulau Pinang diingat martabatkan agama Islam

    PULAU PINANG 29 April - Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan supaya terus memantapkan usaha bagi memartabatkan agama Islam di negeri ini dengan menggiatkan dan melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti.

    Harapan itu disuarakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas ketika berucap merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang di sini hari ini.

    Dalam ucapannya itu, Abdul Rahman turut menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya membelanjakan secara berhemah peruntukan yang disediakan untuk hal ehwal Islam yang berjumlah RM33.33 juta bagi tahun ini.

    ''Hasrat kerajaan negeri dalam mengembangkan syiar Islam juga diteruskan dengan pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang mana pelaksanaan projek ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan RM36 juta.

    ''Saya sendiri sudah mendapat taklimat daripada Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung reka bentuk kompleks ini. Tawaran tender bagi projek ini akan dibuka pada Jun 2011 dan surat tawaran kepada kontraktor terpilih serta majlis pecah tanah dijadualkan Oktober 2011," katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

    Turut hadir isterinya, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Farizan Darus, barisan exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari barisan penyokong serta pembangkang dan ketua agensi kerajaan.

    Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, faktor paling penting dalam kejayaan negeri ini mencatatkan pelaburan berjumlah RM12.2 bilion pada tahun lalu yang merupakan tertinggi di antara negeri di Malaysia adalah kerana sumber manusianya.

    ''Sumber manusia iaitu daya kepakaran, daya tenaga dan daya usahasama sama rakyat Pulau Pinang adalah tarikan utama kepada pelabur.

    ''Selain disebabkan faktor lain seperti kemudahan infrastruktur dan komunikasi yang baik, urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih dan amalan CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus," katanya.

    Sementara itu, Abdul Rahman berkata, kerajaan Persekutuan telah memberikan pelbagai geran untuk dilaksanakan di negeri ini.

    Kata beliau, ia termasuklah geran berjumlah RM1.2 bilion bagi pelaksanaan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang yang akan dilaksanakan Satikat China International Water & Electric Corporation (M) Sdn. Bhd. bagi menjamin bekalan air mencukupi kepada penduduk negeri ini.

    Selain itu, kata Abdul Rahman, sebuah lagi agensi Kerajaan Pusat iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM236 juta pada tahun ini bagi melaksanakan 230 projek merangkumi projek bekalan elektrik sedia ada serta memperkukuhkan sistem bekalan sedia ada.

    ''Kerajaan negeri berterima kasih kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana meluluskan semula peruntukan asal berjumlah RM57 juta bagi pelaksanaan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Dalam Kawasan Perindustrian Perai oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

    ''Sehingga 28 Mac lalu, projek ini mencapai kemajuan sebanyak 64.79 peratus dan dijangka siap 14 Ogos 2011," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dua ADUN lewat duduk di kerusi awam

    Posted:

    Dua ADUN lewat duduk di kerusi awam

    Dua ADUN lewat duduk di kerusi awam

    PULAU PINANG 29 April - Gara-gara terlewat masuk ke dalam dewan semasa Majlis Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini, dua wakil rakyat pembangkang terpaksa 'duduk' menumpang di bahagian galeri awam.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan ADUN Sungai Bakap, Makhtar Shapee yang masuk selang beberapa minit antara satu sama lain dilihat duduk di bahagian tersebut yang menempatkan golongan pemerhati dan wartawan sebaik menyedari majlis telah bermula.

    Ketika itu, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas sedang berucap merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Sidang DUN Pulau Pinang di sini hari ini.

    Terdahulu, sebaik membuka pintu dewan untuk masuk, kedua-dua mereka dilihat dalam keadaan teragak-agak. Gelagat mereka ini menyebabkan beberapa wakil rakyat lain yang berada dalam dewan tersenyum.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Selatan

    Utusan Online - Selatan


    Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

    Posted:

    Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

    Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

    Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
    utusanN9@utusan.com.my


    Mohamad Hasan dan Idris Haron serta sebahagian daripada kontraktor melaungkan '1Malaysia' selepas majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.


    SEREMBAN 29 April - Pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) dinasihatkan supaya tidak menjual ataupun menyewa rumah mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan melalui bantuan perumahan yang disediakan kerajaan itu.

    Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap segelintir pemilik RMR di negeri ini yang didapati menyalahgunakan 'hadiah kerajaan' itu kerana ia bertentangan dengan objektif dan hasrat pelaksanaannya.

    ''Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi bukan semua pemilik yang berbuat demikian, seperti kata pepatah sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

    ''Mereka tidak sepatutnya menjual atau menyewa rumah mereka kerana tujuan utama RMR diwujudkan adalah berasaskan keperluan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri," katanya.

    Mohamad berkata demikian pada majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Sembilan di Dewan Besar, Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ir. Idris Haron dan Pengarah Urusan SPNB, Datuk Prof. Dr. Kamarul Rashdan Salleh.

    Jelas Mohamad, meskipun pemilik RMR perlu membayar RM150 sebulan, tetapi rumah berkenaan boleh dianggap hadiah kerana kerajaan telah memperuntukkan subsidi 30 peratus terhadap setiap rumah RMR yang dibina.

    ''Tidak ada kerajaan dalam dunia yang memberikan kemudahan sebegini, oleh itu, saya harap pemilik RMR menghargai pemberian ini dengan mendiami rumah yang telah dibangunkan oleh SPNB melalui amanah kerajaan," katanya.

    Dalam pada itu, Mohamad turut memberitahu, SPNB telah meluluskan pembinaan 90 lagi buah rumah jenis RMR untuk dibina di sekitar negeri ini sepanjang 2011.

    ''Hari ini, kita telah menyerahkan sebanyak 90 inden kerja kepada kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja pembinaan rumah RMR yang bernilai hampir RM5.8 juta bagi Negeri Sembilan pada tahun ini.

    ''Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 179 permohonan RMR pada 2010 yang telah diluluskan oleh SPNB untuk dibina di negeri ini bagi tahun ini," katanya,

    Sementara itu, Mohamad menambah, sehingga Mac tahun ini, SPNB telah menerima permohonan sebanyak 4,260 dan telah meluluskan hampir 1,782 permohonan pembinaan RMR di negeri ini melalui peruntukan sebanyak RM110.9 juta.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

    Posted:

    Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

    Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

    MELAKA 29 April - Mana-mana syarikat kontraktor yang didapati menjalankan kerja tanpa mengikut undang-undang sedia ada akan disenaraihitam dari mendapat sebarang projek pembangunan di negeri ini.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang cuba merosakkan produk-produk sejarah di negeri ini terutamanya pokok-pokok yang berusia ratusan tahun.

    Beliau yang nyata berang dengan perbuatan itu juga telah mengarahkan penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri meneliti undang-undang sedia ada bagi menghukum kontraktor berkenaan.

    "Saya tidak tahu siapa yang memberi kebenaran kepada kontraktor untuk menebang pokok. Saya minta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil tindakan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1972 kepada kontraktor terbabit kerana menebang pokok-pokok itu tanpa kebenaran.

    "Kontraktor berkenaan juga akan disenaraihitam selain tidak boleh mendapatkan sebarang projek di Melaka bagi memberi pengajaran kepada kontraktor lain," katanya kepada pemberita di sini.

    Utusan Malaysia semalam melaporkan mengenai tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Parameswara dan Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini yang menebang beberapa batang pokok berusia ratusan yang mempunyai nilai sejarah di tapak projek berkenaan.

    Kesemua pokok ratusan tahun itu terletak di Zon Penampan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai 2008.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang

    Posted:

    Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang

    Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang


    Mohammed Najeeb Abdullah (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM2,500 kepada Kamalul Arifin Abu Kasim sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di Ampangan, kelmarin.


    SEREMBAN 29 April - Golongan kurang bernasib baik dari pertubuhan anak yatim tidak seharusnya dipinggirkan, malah perlu diberikan perhatian bagi menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang.

    Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, semua pihak terutamanya sektor korporat diharap sedia menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada mereka yang memerlukan.

    Katanya, dengan kerjasama yang diberikan, pelbagai pertubuhan anak yatim mampu melahirkan generasi yang cemerlang memandangkan komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan melalui Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan di sini.

    ''Saya amat berbangga kerana pertubuhan ini telah berjaya ditadbir dengan baik, malahan mampu melahirkan seramai lima orang penghuni sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

    ''Oleh itu, seharusnya kita turut serta membantu memberikan sedikit kemudahan serta bantuan untuk meningkatkan semangat mereka dalam meningkatkan mutu pelajaran," katanya.

    Beliau ditemui Utusan Malaysia pada program jalinan mahabbah di bangunan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan dekat sini malam tadi.

    Pada majlis tersebut, Mohammed Najeeb turut menyampaikan replika cek berjumlah RM2,500 kepada pengasasnya, Kamalul Arifin Abu Kasim untuk menampung kos pentadbiran pertubuhan tersebut.

    Seramai 32 penghuni berumur dari tiga hingga 16 tahun turut menerima cenderamata serta barang keperluan persekolahan.

    Seorang penghuni, Normaznah Shamsudin, 16, merupakan anak yatim piatu yang menetap lebih tujuh tahun lalu merasa amat terharu dengan bantuan yang diberikan.

    ''Saya berterima kasih dengan bantuan yang diberikan malahan sedikit pun tidak rasa dipinggirkan oleh golongan yang lebih bernasib baik," katanya.

    Rakannya, Nordiana Morter, 16, berkata, dia tidak akan lupa jasa baik yang diberikan oleh mana-mana pihak serta berjanji membantu insan memerlukan selepas dia berjaya kelak.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Mutakhir

    Berita Harian: Mutakhir


    Tiga kereta polis remuk dilanggar kenderaan suspek

    Posted: 30 Apr 2011 02:19 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Tiga kereta peronda polis rosak dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek pecah rumah yang bertindak nekad untuk meloloskan diri daripada ditahan di Taman Mutiara, Cheras, dekat sini, hari ini.

    Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar Panama

    Posted: 30 Apr 2011 02:16 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Panama awal hari ini, kata kerajaan Amerika Syarikat.

    Utusan Online - Dalam Negeri

    Utusan Online - Dalam Negeri


    Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

    Posted:

    Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

    Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

    PUTRAJAYA 29 April - Kerajaan akan memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memohon permit dan lesen perniagaan bagi memperluaskan pasaran masing-masing di peringkat tempatan dan global.

    Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPKK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat mengelakkan syarikat-syarikat PKS daripada terlibat dengan unsur berkaitan rasuah.

    Menurut beliau, komitmen itu juga setara dengan analisis Bank Dunia yang menyebut bahawa lebih banyak lagi permit dan lesen diperlukan oleh syarikat-syarikat PKS untuk menjalankan perniagaan.

    "Oleh itu MPKK menetapkan bahawa satu langkah radikal perlu diambil untuk melonggarkan keperluan permit secara menyeluruh. Tanggungjawab mengkaji semula perkara ini akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

    "Ini kerana beliau merupakan Pengerusi Pasukan Petugas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) sekali gus membolehkan beliau berurusan dengan sektor swasta. KSN merupakan individu terbaik untuk melakukannya dan seterusnya memberi cadangan kepada kerajaan," katanya.

    Turut menyertai mesyuarat selama hampir dua jam itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

    Najib berkata, MPKK juga memutuskan bahawa sesuatu mesti dilakukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk menaikkan tahap produktiviti barangan dan perkhidmatan PKS sehingga 100 peratus berbanding sekarang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hargai kecekapan SPRM – Najib

    Posted:

    Hargai kecekapan SPRM – Najib

    Hargai kecekapan SPRM – Najib

    PUTRAJAYA 29 April – Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pesalah rasuah yang mencatat tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan jenayah itu harus dihargai oleh rakyat negara ini.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan jenayah rasuah termasuk mengatasi masalah pengaliran wang keluar secara 'gelap'.

    "SPRM telah diberi begitu banyak kuasa oleh kerajaan dan mereka telah mengambil langkah- langkah seperti yang dibentangkan dalam laporan di Parlimen (semalam).

    "Kita dah kata untuk kurangkan rasuah ialah salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan. Antaranya seperti yang sedang kita lakukan di bawah deklarasi import eksport.

    "Ini semua langkah-langkah positif yang terus diambil kerajaan termasuk beberapa kes berprofil tinggi," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

    Seramai 944 pesalah rasuah ditahan oleh SPRM tahun lepas iaitu jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

    Malah, lebih ramai pemberi rasuah berjaya ditahan berbanding penerima sepanjang tahun lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kukuhkan etika kewartawanan

    Posted:

    Kukuhkan etika kewartawanan

    Kukuhkan etika kewartawanan

    Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 29 April – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara dalam masa terdekat bagi mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi di negara ini.

    Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, majlis itu merupakan manifestasi perkongsian tulen di antara kerajaan dengan para pengamal media tempatan.

    Katanya, penubuhan majlis itu tidak sesekali akan mengongkong kebebasan media yang dinikmati sekarang tetapi akan terus mempromosikan hak tersebut dengan lebih hebat.

    "Tetapi kebebasan itu tentulah berbumbungkan perundangan dan berlantaikan peraturan yang kita anuti bersama.

    "Penubuhan majlis itu juga nanti dapat mengukuhkan pengamalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media," katanya ketika berucap merasmikan Malam Wartawan Malaysia 2011 di sini malam ini.

    Majlis yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya.

    Sementara itu, kata Rais, para pengamal media diingatkan supaya tidak sesekali menggadaikan prinsip kewartawanan kerana mereka mempunyai peranan mulia dalam meneliti persekitaran mereka, mengumpul dan menerbitkan maklumat yang diperoleh.

    "Para wartawan tulen tidak akan membenarkan diri mereka terperangkap dalam budaya menyebar fitnah dan dusta seperti yang cenderung dilakukan oleh sesetengah penulis blog," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Setempat

    Harian Metro: Setempat


    Gerak hati ayah penyelamat nyawa

    Posted: 29 Apr 2011 11:14 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang tergerak hati keluar lewat 15 minit daripada kebiasaan untuk menghantar anaknya ke kelas al-Quran terselamat daripada dihempap tiang elektrik di hadapan rumahnya di Jalan J/15 Taman Melawati, di sini, semalam.

    Mangsa, Mohd Azahaan Abdullah, 50, berkata dia kebiasaannya keluar awal, tetapi disebabkan tidak sedap hati, dia melewatkan perjalanan dan bersyukur tindakan itu menyelamatkan nyawanya.


    Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, tiang kabel menyalurkan bekalan elektrik ke Depot Rapid Kuala Lumpur (Rapid KL) Taman Melawati di hadapan rumah Mohd Azahaan tumbang dan menghempap empat kereta hingga mengalami kerosakan dianggarkan lebih RM50,000.

    Mohd Azahaan berkata, tiang berkenaan yang diikat pada tiang utama dengan menggunakan dawai kecil itu berbahaya sejak diletakkan di kawasan perumahan itu dan dia pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan diambil.


    "Nasib baik, kejadian pagi tadi (semalam) tidak mengorbankan nyawa sesiapa kerana ketika kejadian bukan sahaja saya ingin keluar untuk menghantar anak ke kelas mengaji, tetapi jiran saya berada di perkarangan rumah untuk ke keretanya yang terletak di luar," katanya ketika ditemui, semalam.


    Jirannya, Daniel Ng Chung Tern, 26 turut menjadi mangsa apabila keretanya rosak teruk akibat dihempap tiang yang tumbang itu.

    Lebih membahayakan, wayar kabel jatuh di hadapan deretan rumah di Jalan J/15 terbabit.


    "Saya menganggarkan kerosakan kereta saya membabitkan kerugian lebih RM10,000. Nasib baik kabel itu tidak menghempap ibu saya yang baru keluar untuk ke tempat kerja," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati selain pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

    Sementara itu, jurucakap TNB ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi selepas menyiasat kejadian terbabit.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pemilik rumah perlu guna Roro berdaftar

    Posted: 29 Apr 2011 11:12 AM PDT

    AMPANG: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menasihatkan penduduk yang ingin melakukan kerja pengubahsuaian rumah supaya mengupah syarikat mengangkut sisa buangan bahan binaan yang mempunyai tong sampah besar atau Roll-On-Roll-Off (Roro) berdaftar secara sah.

    Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob, berkata pemilik rumah dan pengusaha syarikat pengubahsuaian sepatutnya menggunakan perkhidmatan Roro disediakan MPAJ dan bukan daripada syarikat pengangkutan sisa buangan bahan binaan yang tidak mempunyai permit.


    "Kami mendapati, hal ini juga berlaku disebabkan pemilik rumah dan pengusaha syarikat itu sendiri tidak memohon permit melakukan kerja pengubahsuaian rumah di MPAJ sedangkan mengikut peraturan mereka wajib membuat begitu.

    "Justeru, mereka memilih syarikat pengangkutan yang membekalkan Roro itu secara haram. Perkara ini menyebabkan sisa buangan bahan binaan dibuang di merata tempat dan mengakibatkan pencemaran," katanya.


    Mohammad berkata, penduduk boleh menyewa Roro itu di MPAJ dengan harga RM250 bagi memastikan sampah dan sisa buangan bahan binaan dapat diselenggara serta dibuang ke tempat disediakan.


    Upah mengangkut yang jauh lebih murah iaitu RM100 dikenal pasti menjadi faktor penduduk memilih syarikat pengangkutan terbabit.

    Katanya, MPAJ hanya boleh melakukan tangkapan ke atas pelaku atau pekerja syarikat terbabit sekiranya mereka melakukan kerja itu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: BeritaUtama

    Harian Metro: BeritaUtama


    ‘Bob usah hipokrit, riak’

    Posted: 29 Apr 2011 12:18 PM PDT

    KUALA LUMPUR: "Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

    Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

    Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

    "Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


    "Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


    "Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ruang solat kecoh

    Posted: 29 Apr 2011 12:17 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.

    Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.


    Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.

    Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.


    Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.


    Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.

    Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.


    Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu 'bertegang urat' dengan polis.

    Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.


    Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.


    Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.


    Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.


    "Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.


    "Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku," katanya.


    Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: "Dia (Eskay) bagi pihak (semua)." Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.