Sabtu, 2 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


2,600 kontraktor bumiputera daif?

Posted:

2,600 kontraktor bumiputera daif?

2,600 kontraktor bumiputera daif?

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 1 April – Seramai 2,600 kontraktor bumiputera Kelas E dan F dikatakan berada dalam keadaan 'hidup segan mati tak mahu' akibat kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan kepada mereka.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan (PKMMNK), Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz berkata, ketiadaan dan kesukaran mendapatkan projek sejak Pas memerintah lebih 20 tahun lalu, turut menyebabkan 1,500 kontraktor kecil bumiputera di negeri ini terpaksa gulung tikar.

Beliau berkata, sebelum pentadbiran kerajaan negeri diambil alih oleh Pas, terdapat kira-kira 4,000 kontraktor bumiputera Kelas E dan F yang berdaftar dengan persatuan itu.

"Bagaimanapun, bilangan mereka berkurangan kepada 3,150 dan daripada jumlah itu, kini kira-kira 1,500 telah gulung tikar dan 2,600 lagi dalam keadaan daif sehingga terpaksa mengubah kerjaya masing-masing.

"Ada yang bawa kereta sewa, ada yang berkebun, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya kerana tak boleh cari makan dengan kerja kontrak sebab kerajaan negeri tidak menjana banyak projek pembangunan.

"Sejak 20 tahun lalu, boleh dikatakan hanya sebilangan kecil kontraktor di Kelantan dapat meneruskan hidup melalui kerja-kerja kontrak menerusi projek kecil luar bandar yang diperuntukkan oleh agensi-agensi kerajaan Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini

Mohd. Rosdi tidak menafikan, terdapat peluang pembangunan yang besar di negeri ini, tetapi akibat tiada inisiatif oleh Kerajaan Pas Kelantan, projek tersebut terus membeku.

Beliau sehubungan itu berharap, kerajaan Pas Kelantan dapat merangka satu pelan atau kaedah bagi membela nasib kontraktor kecil bumiputera di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan Persekutuan melaksanakan sistem cabutan undi menggantikan kaedah sebutan harga atau tender terbuka bagi projek-projek kecil dalam usaha membantu kontraktor terbabit.

"Cara ini dilihat lebih adil untuk kontraktor Kelas E dan F. Ada kesamarataan dalam pemberian projek. Maksudnya semua akan dapat dan ini berbeza dengan cara sebut harga atau tender terbuka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang

Posted:

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang


Abdul Kahar (kiri) mendengar penerangan Peng Choong (dua dari kiri) berhubung risiko kemalangan elektrik di SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 1 April - Masih banyak lagi sekolah di negeri ini menggunakan sistem pendawaian elektrik usang ekoran kekangan kewangan untuk menambah baik sistem berkenaan.

Masalah tersebut turut diakui Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) apabila terdapat kes kebakaran di sekolah berpunca daripada masalah yang sama.

Bagaimanapun, menurut Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan JPNT, Abdul Kahar Abdul Latif, pihaknya dalam usaha bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan sistem keselamatan elektrik di sekolah.

"Terengganu mempunyai kira-kira 450 buah sekolah namun bukan semua yang masih menggunakan pendawaian lama jadi kita akan berusaha menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa.

"Selain itu, saya juga berharap pihak sekolah dapat menerapkan kempen kesedaran mengenai penggunaan elektrik di kalangan pelajar agar mereka boleh mengelakkan sebarang kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengarah JPNT, Razali Daud pada majlis Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik Peringkat Negeri Terengganu anjuran TNB di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) di sini semalam.

Seramai 262 orang murid (tahun 4 dan 6) dan 53 orang guru dari 53 buah sekolah sekitar Kuala Terengganu menghadiri seminar berkenaan yang diadakan selama sehari dengan pengisian ceramah, pameran serta acara-acara menguji minda.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan (Senggara Aset) TNB, Ir. Ho Peng Choong dan Guru Besar SKSS1, Yusof Karim.

Dalam pada itu, ujar Peng Choong, sejak seminar berkenaan diadakan pada 2007, seramai 6,588 orang guru telah menyertai seminar berkenaan dalam usaha mendidik pelajar mengenai keselamatan penggunaan elektrik untuk mengelakkan berlakunya kecuaian dan kemalangan.

"Ini kerana mengikut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010, sebanyak 395 kes kemalangan elektrik berlaku di mana 193 kes maut dan 214 kes tidak maut dengan pelajar sekolah merupakan kategori mangsa yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak 14.2 peratus," jelasnya.

"Di Terengganu pula, sejak tahun 2002 hingga 2010, sebanyak 26 kes kemalangan elektrik berlaku di negeri ini dan daripada jumlah itu 11 peratus daripadanya melibatkan kejadian di premis milik kerajaan termasuk sekolah dan institut pengajian tinggi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

Posted:

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

KUALA TERENGGANU 1 April - Kerajaan negeri akan memperhebatkan promosi pelancongan negeri dengan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelancong dari negara-negara rantau ASEAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, langkah kerajaan negeri itu untuk meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini yang dianggarkan mencecah tiga juta orang pada tahun ini.

Katanya, walaupun tumpuan diberikan kepada negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei, promosi ke negara lain turut dilakukan.

Menurut beliau, Terengganu mencatatkan penurunan jumlah kedatangan pelancong daripada 3.1 juta orang pada 2008 kepada 2.93 juta pada 2009 manakala tahun lalu mencatatkan jumlah kunjungan pelancong seramai 2.5 juta orang.

Bagaimanapun katanya, statistik kedatangan pelancong domestik dan negara jiran tidak banyak mengalami penurunan berbanding pelancong asing kerana beberapa faktor antaranya keadaan cuaca dan harga minyak.

"Kerajaan negeri yakin sasaran kedatangan tiga juta pelancong ke negeri ini tahun ini tercapai berdasarkan banyak aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa diadakan termasuk promosi serta kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Ke-22 di sini semalam. Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri, Wan Supian Datuk Wan Ishak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, pemandu pelancong yang berdaftar dan mempunyai lesen tetapi tidak berpeluang bekerja dalam industri pelancongan akan dikenal pasti.

Katanya, usaha itu untuk memastikan segala pengalaman yang diperolehi ketika berkursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkenalkan Terengganu kepada pelancong.

"Pada masa ini terdapat 47 orang pemandu pelancong dan 60 pemandu alam semulajadi yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan di Terengganu," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 1 April 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


Refleksi kejayaan automotif Thailand

Posted:

Refleksi kejayaan automotif Thailand

Refleksi kejayaan automotif Thailand

Oleh AHMAD SYUKRAN, ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my



PAMERAN pemotoran boleh memberi pelbagai refleksi. Bukan sekadar menjadi indikator kepada betapa meriahnya industri pemotoran sesebuah negara. Malah, ia boleh bertindak sebagai petunjuk kepada hala tuju industri, sama ada di peringkat serantau mahupun global.

Tidak keterlaluan juga andai dikatakan pameran sebegini menjadi petanda mengenai iklim ekonomi dunia pada ketika itu. Bagi pemain industri, acara ini merupakan pentas untuk menunjukkan apa yang telah mereka usahakan selama bertahun-tahun di dalam makmal R&D masing-masing.

Di rantau Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia boleh dikatakan sebagai pempamer yang bagus. Antara sebabnya, dalam banyak-banyak kereta yang dipamerkan (terutama di Thailand) pasti ada model yang akan tiba ke bilik-bilik pameran di Malaysia.

Justeru, pameran pemotoran di Bangkok atau Bangkok International Motor Show (BIMS) dilihat cukup signifikan. Ia sentiasa dipilih sebagai lokasi utama oleh jenama-jenama besar untuk melakukan debut model penting mereka untuk pasaran Asia.

Justeru, tidak hairanlah jika kapasiti dari aspek penyertaan pempamer dan jumlah kedatangan pengunjungnya bertambah pada setiap tahun. Memasuki edisi ke-32, BIMS pernah mencatat kedatangan pengunjung lebih dua juta orang!

Pengerusi jawatankuasa penganjuran BIMS, Dr. Prachin Eamlumnow mengakui bahawa acara ini merupakan kuasa utama di belakang industri automotif Thailand.

"Jualan kenderaan di Thailand pada tahun ini dijangka mencecah 850,000 unit. Sementara jualan motosikal boleh mencapai 1.8 juta unit. Dengan pengenalan banyak model baru sepanjang BIMS, kami yakin dapat menarik minat lebih ramai pengunjung, sekali gus meningkatkan jumlah pembelian kereta sewaktu BIMS berlangsung berbanding tahun lalu," kata Eamlumnow.

Sebagaimana yang kita tahu, Thailand tidak memerlukan kereta jenama sendiri. Cukup dengan polisi industri yang bijak, konsisten dan mesra pelabur. Ditambah dengan kos buruh rendah dan infrastruktur yang bagus. Ia pantas menarik perhatian pengeluar yang ingin membina hab jenama mereka untuk pasaran Asia.


PRESIDEN Ford ASEAN, Peter Fleet (kanan) dan Presiden Ford untuk Asia Pasifik dan Afrika, Joe Hinrichs bangga memperkenalkan model terbaru Ranger.


Dalam tempoh yang singkat, Thailand sudah boleh berbangga dengan statusnya sebagai Detroit Asia. Sebut apa sahaja jenama yang anda tahu, besar kemungkinan kilangnya ada kawasan perindustrian di Rayong.

Ia juga harus dilihat sebagai contoh hab pengeluaran kenderaan yang berjaya. Buktinya, pada tahun lalu sahaja Thailand menghasilkan kira-kira 1.6 juta kenderaan dan 50 peratus daripadanya dieksport ke lebih 200 buah negara di seluruh dunia.

Sedangkan Malaysia, cuma menghasilkan sekitar 650,000 unit kenderaan pada tempoh sama dengan kadar ekportnya hanya satu peratus. Di mana silap dan kelemahannya? Adakah Dasar Automotif Negara (DAN) yang digubal itu sudah cukup bagus? Adakah Malaysia menawarkan polisi yang menarik untuk pengeluar kenderaan melabur di sini?

Operasi besar

Honda, Toyota, Mitsubishi dan Nissan mempunyai operasi yang besar di Thailand. Jenama-jenama itu nyata tertarik untuk turut serta dalam pasaran yang melibatkan lebih 600 juta penduduk di Asia Tenggara.

Mereka tidak keberatan untuk melabur. Pada tahun 2010, pengeluar kenderaan melabur sebanyak 32.5 bilion baht (RM3.25 bilion). Biarpun Thailand berdepan dengan kekacauan politik, pengeluaran kenderaannya tidak terjejas.

Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) yakin Thailand kekal menjadi magnet buat firma-firma pemotoran luar negara.

"Aliran FDI (pelaburan langsung asing) dijangka mencecah 400 bilion baht (RM40 bilion) pada tahun ini. Automotif dan alat ganti menjadi sektor penting dengan diterajui oleh syarikat-syarikat utama dari Jepun," kata Setiausaha Agung BOI, Atchaka Sibunruang.

Naib Pengerusi jawatankuasa penganjuran BIMS, Jaturont Komolmis menyatakan bahawa BIMS adalah kebanggaan Thailand dan rakyatnya.

"Saya yakin, acara ini di Muangthong akan menjadi automobile kingdom dengan semua produk berkaitan industri automotif dipamerkan di sini," jelas Komolmis.

Baiklah. Apakah model-model penting yang membuat penampilan di BIMS? Ford tampil dengan model trak pikap serba barunya, Ranger.

Bakal memulakan produksi pada pertengahan tahun ini di kilang AutoAllience Thailand miliknya di Rayong, Ranger merupakan trak pikap pertama yang bernaung di bawah strategi One Ford.

Strategi One Ford ialah program yang merangkumkan semua kepakaran kejuruteraan Ford ke dalam produk yang akan dipasarkan ke peringkat global.


PROTON tidak ketinggalan membawa model konsep Lekir yang diangkat daripada model Lotus Europa.


"Kami ingin memanfaatkan BIMS sebagai platform debut untuk memperkenalkan Ranger kepada pengguna di Asia. Ia juga membuktikan komitmen Ford terhadap pasaran Thailand dan rantau Asean," jelas Presiden Ford Asean, Peter Fleet.

Menembusi lebih 180 buah negara di seluruh dunia, pengeluaran Ranger juga akan dihasilkan di kilang Ford di Afrika Selatan dan Argentina. Ranger sarat dengan pelbagai teknologi terbaik Ford. Antaranya, ciri Bluetooth dengan kawalan suara (voice Control) dan sistem kamera belakang.

Ciri maskulin

Reka bentuk luarannya yang maskulin itu diserlahkan lagi dengan ciri Hill Descent Control dan Hill Launch Assit demi memastikannya berupaya mengharung apa jua permukaan jalan yang sukar.

Ranger dipasang dengan tiga enjin baru yang menjimatkan minyak. Dua enjin diesel (Duratorq TDCi) dan satu enjin petrol (Durateq). Varian ini bagi memastikan ia mampu memenuhi apa jua keperluan yang dimahukan oleh pasaran dimasukinya nanti.

Tidak mahu mengalah, GM turut memperkenalkan model pikap berkapasiti satu tan keluarannya. Chevrolet Colorado yang menampilkan ciri-ciri trak Colorado generasi akan datang itu bakal dijual di Thailand menjelang hujung tahun ini.

Bersandarkan pengalaman menghasilkan trak selama 100 tahun, model Chevrolet ini kelihatan sangat 'macho' apabila dipasang dengan rim aloi bersaiz 20 inci. Kuasanya dijana daripada unit enjin diesel bersesaran 2.8 liter yang tidak hauskan bahan api.

Honda mempersonakan para pengunjung dengan model Eco Car pertamanya, Brio. Brio menjadi model kedua selepas Nissan March yang dibina di bawah projek "Eco Car Thailand."

Dijangka menjadi model paling laris pada BIMS, Brio dikuasakan dengan enjin 1.2 liter, empat silinder i-VTEC. Honda mendakwa enjin kompak berkod E20 itu mampu mencapai sejauh 20 kilometer untuk setiap liter petrolnya.

Selain model kompak March, Nissan mendekatkan orang ramai dengan model elektrik plug-in kebanggaanya, Leaf. Leaf yang sudah dijual di banyak negara itu baru sahaja dinobatkan sebagai Car of the Year di Eropah.

Mitsubishi pula dilihat cuba untuk menguji pasaran menerusi model yang dipanggil Concept Global Small. Ia merupakan eco car konsep yang dijangka dibangunkan di Thailand tidak lama lagi.

Sementara itu, model elektrik sepenuhnya daripada rangkaian Concept Global Small turut dirancang dihasilkan menjelang tahun 2013.

Penulis cuma berkesempatan meninjau BIMS dalam masa yang agak singkat. Namun, ia tetap satu pengalaman yang memuaskan. Mungkin sudah tiba masanya penganjur acara sama di Malaysia belajar dengan Thailand. Ini barulah betul-betul international!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Abdul Taib serah senarai nama calon?

Posted:

Abdul Taib serah senarai nama calon?

Abdul Taib serah senarai nama calon?

PUTRAJAYA 1 April - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April ini.

Abdul Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dilihat memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dengan menaiki kereta Lexus berwarna putih tepat pukul 2.55 petang dan beredar pada pukul 6.25 petang.

Turut kelihatan memasuki Pejabat Perdana Menteri ialah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam; Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Jemut Masing.

Difahamkan, Abdul Taib dan ketiga-tiga pemimpin BN Sarawak itu turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usaha pemberita yang berkumpul di pekarangan Pejabat Perdana Menteri selama lebih tiga jam untuk mendapat komen bagaimanapun gagal apabila kesemua kenderaan yang membawa para pemimpin itu enggan berhenti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 6 April ini diikuti hari pengundian pada 16 April.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sikap ‘pilih bulu’ Karpal dikecam

Posted:

Sikap 'pilih bulu' Karpal dikecam

Sikap 'pilih bulu' Karpal dikecam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 April – Pelbagai pihak hari ini mengecam Karpal Singh (gambar) kerana mengamalkan sikap 'pilih bulu' dalam isu video seks yang dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang apabila pengerusi DAP itu hanya menggesa polis menahan trio 'Datuk T'.

Karpal bukan sahaja mahu trio Datuk T ditahan kerana melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan tetapi juga menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video berkenaan serta menyifatkan pendedahan itu bertentangan dengan nilai moral.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap 'pilih bulu' Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu membuktikan Karpal terperangkap dalam jerat ciptaannya sendiri akibat gagal membezakan antara kepentingan politik dan profesion selaku peguam.

"Saya suka mengingatkan Karpal, dalam isu bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, D. P. Vijandran, dia bukan sahaja memiliki dan mendedahkan video seks itu pada 1989 tetapi turut menyimpannya selama beberapa tahun. Kalau tidak silap video itu hanya diserah pada 1992.

"Kenapa pula pada masa itu tindakannya tidak salah di sisi undang-undang dan kenapa pula kami tidak boleh mencari kebenaran dengan menonton video itu. Sedangkan dahulu, dia sendiri menggesa pemimpin BN menonton video Vijandran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim memberitahu, beliau tidak terkejut dengan sikap Karpal kerana dakwanya, itulah cara seorang pemimpin murahan DAP dan peguam yang gemar memutar-belit bertindak.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun 1997 Karpal mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Dermawan tetapi kemudian bertindak menjadi peguam bela kepada ketua pembangkang itu.

"Kalau dia bermaruah dan berprinsip, maka dia juga perlu bersetuju agar video seks yang dikatakan mirip Anwar itu ditayangkan kepada umum dan Anwar perlu bersara daripada politik," jelasnya.

Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Karpal adalah sebahagian daripada kelompok penyokong Anwar yang sanggup memperalatkan apa sahaja undang-undang jika ia mampu memberi kepentingan politik kepada pembangkang.

Menurutnya, Pengerusi DAP itu menyokong Anwar secara membuta-tuli sehingga sanggup menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja meskipun sedar langkah tersebut merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kebenaran.

"Dulu, kalau timbul apa sahaja berkait dengan isu yang mampu memberi keuntungan politik, Karpal dan puak-puak pembangkang inilah yang menyalak menuntut suruhanjaya diraja tetapi kenapa takut apabila video ini dikaitkan dengan Anwar," soalnya.

Sementara itu, Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Mohamed Aziz berkata, sikap hipokrit Karpal itu adalah manifestasi pembangkang yang bukan sahaja tidak bermoral malah prinsip perjuangan mereka sudah terkubur.

"Itulah sikap pembangkang, demi kepentingan politik meskipun bukti semakin jelas bahawa video seks tersebut adalah pemimpin pembangkang, semua kunci mulut. Inilah gaya politik lidah bercadang yang sanggup membunuh kebenaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Najib dijangka umum projek baru ETP

Posted: 01 Apr 2011 03:02 PM PDT

Nasional

PM mahu program berterusan dilaksana beri kesan besar kepada kehidupan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengumumkan projek utama dan menerujakan yang baru, yang bertali arus di dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sambil mengukuhkan pelaksanaan secara berkesan program transformasi ekonomi Malaysia (ETP).

Selepas mengumumkan sebanyak 60 program sehingga ini, Perdana Menteri berkata, beliau mahu pelan itu dilaksanakan dengan memberi tumpuan terhadap projek permulaan, termasuk projek besar dan projek yang memberi kesan besar dan yang tidak semata-mata projek infrastruktur. "Ia meliputi keseluruhan kerja raya, termasuk projek pelaburan besar yang akan mewujudkan nilai tinggi terhadap ekonomi dan pekerjaan," yang menjadi kunci bagi mengingati tempoh semasa kerajaan," katanya dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Pada temubual panjang lebar mengenai pencapaiannya selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri dengan wartawan Bloomberg, Robyn Meredith dan Barry Porter mengenai ekonomi, katanya matlamat jelas Malaysia ialah untuk menjadi satu negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Antara lain, temubual itu menyentuh mengenai inflasi, subsidi, impian nuklear Malaysia, kedudukannya sebagai peneraju di dalam kewangan Islam, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum akan datang, dasar afirmatif Bumiputera, pembabitan Kuala Lumpur di dalam Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik (TPP) dan kesan China serta Yuan.

Ditanya sama ada Malaysia berupaya memenuhi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bank Negara Malaysia antara 5.0-6.0 peratus pada tahun ini, katanya: "Saya percaya kita masih berada pada landasan mencapai 6.0 peratus melalui campur tangan positif kerajaan di dalam bentuk projek permulaan dan sistem pengangkutan bandar massa bawah tanah yang besar bagi Greater Kuala Lumpur.
"Ini akan mewujudkan kesan pergandaan dan itulah juga bentuk pelaburan yang akan membantu kami mencapai pertumbuhan 6.0 peratus pada tahun ini," katanya.

Mengenai usaha membiayai projek Transit Aliran Massa (MRT), katanya: "Kami boleh membiayainya secara kreatif agar ia tidak membebankan dari segi perbelanjaan pembangunan.

"Jadi, dari satu segi, ia adalah satu projek berdaya maju kerana pulangannya adalah baik dan akan mewujudkan kesan pergandaan," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga kemungkinan menjual bon bagi membiayai projek yang mampu dilaksanakan dengan menggunakan sumber dalam negara.

"Kami mempunyai simpanan yang besar di Malaysia, jadi ini adalah sumber pelaburan atau pinjaman yang kami boleh gunakan bagi membiayainya," katanya.

Perdana Menteri menolak tohmahan bahawa kerajaan akan mengelak langkah untuk menaikkan harga petrol, sambil menyatakan mengenai keperluan dilakukan langkah yang fleksibel ke arah pemberian subsidi.

"Kami tidak mahu peningkatan harga di Malaysia menjadi satu bebanan bagi rakyat," katanya, sambil menambah kerajaan akan terus melakukan pemantauan rapi terhadap inflasi yang meningkat sedikit tetapi masih berada di bawah paras 3.0 peratus.

Mengenai kemungkinan langkah untuk menghentikan sementara pemotongan subsidi dan membuat pemotongan subsidi yang besar pada masa depan kelak, Najib berkata: "Itulah yang sedang kami kaji pada masa ini secara keseluruhannya kerana kami perlu melihat berapa banyak lagi subsidi yang boleh ditanggung oleh kerajaan."

"Pada masa sama, kami komited untuk mengurangkan defisit. Defisit itu tidak boleh dibenarkan meningkat. Ia berada pada paras 5.6 peratus sekarang ini. Kami berharap untuk menurunkannya ke paras 5.4 peratus dan akhirnya ke sekitar 3.0 hingga 4.0 peratus."

"Tetapi, itu adalah matlamat jangka sederhana. Pada masa yang sama, kami perlu mengkaji sesetengah cabaran yang perlu dihadapi antara keperluan domestik dan keperluan memberikan keyakinan dari segi pengurusan makro kami," katanya.

Mengenai sama ada terdapat perubahan dari sasaran defisit awal kerajaan sebanyak 2.8 peratus menjelang 2015, katanya: "Parasnya dijangka kira-kira 3.0 hingga 4.0 peratus bagi tempoh kira-kira lima tahun akan datang." – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

15,000 tetamu hadiri majlis sambut Perdana Menteri ke Balik Pulau

Posted: 01 Apr 2011 03:00 PM PDT

Nasional

MASYARAKAT Balik Pulau bergotong royong melapah lembu untuk dijadikan lauk sempena lawatan Perdana Menteri   ke Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau hari ini.

MASYARAKAT Balik Pulau bergotong royong melapah lembu untuk dijadikan lauk sempena lawatan Perdana Menteri ke Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU: Sepuluh ekor lembu dan dan 1,000 ayam bakal dihidangkan kepada lebih 15,000 tetamu yang dijangka menghadiri program Perjumpaan Rakyat Bersama Pemimpin Kawasan Parlimen Balik Pulau sempena lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak di Kampung Permatang Pasir, di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di kampung berkenaan jam 12 tengah hari sebelum beramah mesra dengan penduduk pada majlis makan tengah hari, bersolat Zuhur berjemaah serta menyampaikan amanat kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, berkata hidangan pada jamuan itu akan disediakan secara gotong royong oleh penduduk Kampung Permatang Pasir, Sungai Pinang, Sungai Rusa, Jalan Bharu dan Sungai Burong yang memasak gulai kawah, manakala anggota polis, bomba dan kakitangan Hospital Balik Pulau memasak ayam. Najib mempunyai jadual padat sepanjang sehari di negeri ini, bermula dengan perjumpaan bersama pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi sebelum melakukan tinjauan mesra termasuk di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor; Pasar Jelutong; Pasar Padang Tembak dan Flet Kampung Melayu, Air Itam.

Ia diikuti programnya di Kampung Permatang Pasir dan pada jam 3 petang dijadual berjumpa pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, disusuli Karnival kebudayaan India Pulau Pinang di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Relau.

Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan rakan Facebook beliau menerusi program 'Mari Berjumpa Mari Berhubung' (MBMB) di Hotel Equatorial jam 6 petang. MBMB adalah program terbaru diperkenalkan Perdana Menteri bagi membolehkan beliau bersemuka dan berinteraksi dengan rakan online.

Najib juga akan menghadiri majlis makan malam dan pengumuman pasukan Liga Premier Pulau Pinang 1Malaysia 2011 anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) di Hotel Equatorial, jam 8.30 malam sebelum berlepas pulang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

Posted:

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

SHAH ALAM 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membatalkan pekeliling Kerajaan Negeri Selangor yang melarang kakitangannya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat.

Hakim Siti Zaleha Yusof turut menolak permohonan kerajaan negeri yang diwakili oleh peguam Tommy Thomas dan Fahda Nur Ahmad Kamar untuk menggantung sementara prosiding mahkamah tersebut sehingga Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock selesai.

Menurut Hakim Siti Zaleha, prosiding mahkamah itu tiada sebarang kaitan dengan suruhanjaya tersebut yang sedang bersidang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Hakim tersebut memutuskan demikian setelah beliau menerima pakai keputusan dalam kes Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah yang membuat permohonan sama namun ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Disember 2009.

Pekeliling No. 4 bertarikh 28 Julai 2009 itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud bagi menghalang kakitangan kerajaan Selangor ditemu duga oleh pegawai SPRM di luar waktu pejabat.

Ia didraf selepas Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas ditemu duga oleh pegawai SPRM Selangor di Plaza Masalam di sini pada 16 Julai 2009.

Pekeliling tersebut turut menyatakan semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan itu hanya boleh dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang dan kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman kepada mereka semasa SPRM menjalankan siasatan.

Pada 20 Ogos 2009, Abdul Gani memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa pekeliling berkenaan tidak sah dan terbatal.

Pada prosiding hari ini, Peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan.

Fahda Nur ketika dihubungi oleh pemberita menyatakan, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

Posted:

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

KUALA LUMPUR 1 April - Selepas hampir empat tahun, kes saman pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsinya berhubung Restoran Nasi Dagang House (NDH) berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam membubarkan restoran terbabit.

Selain itu, mahkamah memerintahkan segala keuntungan yang diperoleh daripada Restoran Ulik Mayang dari 1 Oktober 2005 hingga ke tarikh penghakiman dan kos guaman dibayar oleh Datuk Azlina Che Abdullah kepada Sheila, 40, selaku plaintif.

Restoran Ulik Mayang dibuka oleh bekas rakan kongsinya yang juga pengasas D'Navechee Beauty itu selepas NDH ditutup.

Menurut penghakiman Hakim Lim Yee Lan yang dibaca oleh Timbalan Pendaftar, Hamidah Mohamed Deril, perjanjian lisan antara plaintif dan Azlina, 44, selaku defendan dibatalkan serta NDH dibubarkan berkuat kuasa semalam.

Defendan juga perlu menyerahkan semua rekod dan akaun perniagaan NDH untuk tempoh 11 Julai hingga 30 September 2005 kepada juruaudit bertauliah untuk ditaksirkan untung rugi restoran itu untuk dikira agihan keuntungan.

Selain itu, Azlina perlu menyerahkan dokumen-dokumen urusniaga Restoran Ulik Mayang sehingga semalam kepada juruaudit bertauliah bagi pengiraan keuntungan yang diperoleh dan jumlah tersebut perlu dibayar kepada Sheila.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi melahirkan kesyukuran atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Projek janakuasa elektrik RM70j

Posted:

Projek janakuasa elektrik RM70j

Projek janakuasa elektrik RM70j

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my


T. Puspanadan (dua dari kanan) bersama pegawai perikanan daerah Temerloh meninjau kawasan untuk membina Stesen Janakuasa Elektrik Kecil di Sungai Pahang, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 1 April – Projek pembinaan Stesen Janakuasa Elektrik Kecil yang akan dilaksanakan tidak lama lagi di sini dengan membabitkan kos RM70 juta bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif JMT Tenaga Sdn. Bhd., Datuk T. Puspanadan berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah meluluskan projek tersebut dengan pembinaan dalam lingkungan dua kilometer antara Pulau Temerloh dan Pulau Lebak di sini.

Jelasnya, pembinaan itu tidak akan menjejaskan ternakan ikan di kawasan terbabit ataupun menyebabkan pencemaran sungai di kawasan sekitarnya.

Katanya, selain itu janakuasa tersebut tidak menggunakan bahan kimia, petroleum, gas atau arang batu apabila siap kelak nanti.

''Nelayan dan penternak ikan patin serta talapia di kawasan berkenaan tidak perlu bimbang kerana kerja membina projek tersebut tidak menyebabkan ikan sungai dan ikan sangkar musnah," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan berkenaan di Sungai Pahang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, projek dikenali sebagai Program Tenaga Yang Diperbaharui Secara Terhad (Small Renewable Energy Program-SREP) menawarkan sumber tenaga elektrik alternatif yang tidak mencemarkan alam.

Jelasnya, tenaga elektrik itu berasaskan penjanaan hijau seperti mini hidro yang dapat mengurangkan pelepasan karbon dan tidak akan mengancam keselamatan penduduk.

Katanya, selain dapat menangani masalah banjir, janakuasa itu akan menjadi pemangkin dan alternatif kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga elektrik yang dijangka berlaku pada 2015.

"Projek itu berasaskan konsep baru menggunakan air sungai (Run on River) adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini dan tidak menggunakan tanah penduduk tetapi hanya menebus guna tanah sungai serta tanah kerajaan di hadapan pulau," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tubuh SRS di kampung, kawasan pedalaman

Posted:

Tubuh SRS di kampung, kawasan pedalaman

Tubuh SRS di kampung, kawasan pedalaman


Shahiruddin Ab. Moin (dua dari kiri) menyerahkan peralatan rondaan untuk pasukan Skim Rondaan Sukarela Daerah Raub kepada Ketua Unit SRS Kampung Dong, baru-baru ini.


RAUB 1 April - Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu ditubuhkan di kampung dan kawasan pedalaman bagi mencegah kegiatan jenayah di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, langkah tersebut dapat membendung jenayah seperti kecurian, pecah rumah dan dadah serta mengawal keselamatan penduduk setempat.

Katanya, pasukan ala 'Pasukan Kawalan' yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 60-an sewaktu negara berkonfrantasi dengan Indonesia ternyata berjaya mengawal keselamatan kampung dan sekitarnya.

''Selain berkawal, berjaga dan meronda kawasan secara bersama secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan mewujudkan rasa tanggungjawab kepada keselamatan kawasan perumahan serta kampung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan kepada lapan SRS Daerah ini di Dong, Raub baru-baru ini.

Menurut Shahiruddin, inisiatif penduduk, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Raub menubuhkan pasukan itu perlu dipuji dalam usaha menjaga keselamatan kawasan, taman perumahan dan kampung.

Katanya, langkah tersebut secara tidak langsung membantu pihak berkuasa seperti polis dan Rela menangani masalah keselamatan serta jenayah kerana ia menjadi tanggungjawab bersama.

''Rakyat perlu menjaga keselamatan kerana jika berlaku huru-hara negara akan hancur dan hidup sengsara seperti yang berlaku di beberapa negara ketika ini.

Beliau berharap, pasukan SRS bukan sahaja menjaga keamanan dan keselamatan kampung dan taman, malah, dapat mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dalam usaha menyatupadukan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggota polis dinasihat jaga kesihatan

Posted:

Anggota polis dinasihat jaga kesihatan

Anggota polis dinasihat jaga kesihatan

TEMERLOH 1 April - Pegawai dan anggota polis Daerah Temerloh dinasihatkan supaya menjaga kesihatan agar sentiasa cergas supaya dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan cekap.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, kecergasan dan kesihatan yang baik adalah aset utama pasukan polis kerana mereka sentiasa berdepan dengan cabaran bagi menyelesaikan kes-kes jenayah dan menjamin ketenteraman awam.

Katanya, pegawai dan anggota yang mempunyai pelbagai penyakit dan tahap kesihatan yang tidak seimbang menyukarkan mereka untuk membanteras aktiviti jenayah terutamanya yang membabitkan penggunaan tenaga dan stamina.

"Selain melakukan aktiviti senaman, menderma adalah satu cara bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal bagi menghindari penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

"Malah aktiviti menderma darah juga turut digalakkan oleh agama kerana darah yang kita sumbangkan itu dapat menyelamatkan banyak nyawa dan pesakit seperti demam denggi, hemofilia, leukemia, wanita bersalin, mangsa kemalangan dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penerimaan darah," kata Mohd. Nor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat pegawai dan anggota polis menderma darah sempena majlis Peringatan Hari Polis Ke-204 di Kompleks Perumahan Anggota Polis Daerah Temerloh di Temerloh Jaya, di sini semalam.

Seramai 100 anggota polis tampil menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Menurut beliau, menderma darah menjadi aktiviti tetap bagi pegawai dan anggota polis setiap tahun setiap kali menjelang sambutan ulang tahun penubuhan PDRM.

"Bagaimanapun saya berharap semua pegawai dan anggota polis dapat menderma darah dari semasa ke semasa mengikut jadual tanpa perlu menunggu sambutan hari PDRM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


MB: DUN Selangor tidak akan bubar tahun ini

Posted: 01 Apr 2011 07:03 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

NONE"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Abdul Khalid berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya Kerajaan Persekutuan kerana di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," katanya.

Ditanya sama ada negeri lain di bawah Pakatan Rakyat akan berbuat begitu, katanya beliau akan melihat tindakan mereka.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

Posted: 01 Apr 2011 05:32 AM PDT

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.

NONE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Malek tidak henti menangis

Posted:

Malek tidak henti menangis

Malek tidak henti menangis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azliadlan@kosmo.com.my


MALEK NOOR menerima rawatan sakit jantung di Hospital Pantai Ipoh sejak kelmarin.


IPOH - Suasana sedih menyelubungi Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini semalam apabila bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor tidak henti-henti menangis sejurus beliau sedar tengah hari semalam.

Mr. Asia sebanyak enam kali itu amat terharu apabila mendapati beliau dikelilingi beberapa orang adik-beradiknya yang datang dari Johor untuk melawat beliau sejak malam kelmarin.

Menurut adik bongsu Malek, Mohd. Salleh, 49, abang ketiganya itu mula sedar pada pukul 12.15 tengah hari selepas diberi ubat penenang bagi rawatan jantung yang dijalaninya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakaman aksi seks bukan direka

Posted:

Rakaman aksi seks bukan direka

Rakaman aksi seks bukan direka

Oleh ATIKAH DALI dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


ISMAIL OMAR dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah pada sidang akhbar di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.

Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.

"Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RON 97 kini RM2.70 seliter

Posted:

RON 97 kini RM2.70 seliter

RON 97 kini RM2.70 seliter

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Iklan haram punca KL comot

Posted:

Iklan haram punca KL comot

Iklan haram punca KL comot

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


SEBAHAGIAN penduduk Bangsar membersihkan iklan-iklan haram yang ditampal pada kotak suis milik Tenaga Nasional Berhad semasa operasi pembersihan iklan haram di Jalan Telawi, Bangsar, baru-baru ini. – utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 1 April – Iklan-iklan haram dikenal pasti sebagai punca banyak kawasan di ibu negara kelihatan comot, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Beliau berkata, setiap minggu, pihak DBKL mengadakan operasi pembersihan bersama persatuan-persatuan penduduk dan iklan haram adalah yang paling dibersihkan tetapi jumlahnya seperti tidak pernah berkurangan.

"Dalam tempoh tiga bulan ini sahaja, kita telah membersihkan kira-kira 3,000 poster dan iklan haram yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur ini bersama-bersama dengan penduduk," katanya selepas mengadakan operasi pembersihan bersama penduduk Bangsar Baru di sini baru-baru ini.

Turut sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sebanyak 600 iklan haram ditanggalkan dalam operasi bersama Persatuan Penduduk Bangsar itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, operasi pembersihan itu menunjukkan wujudnya kerjasama rapat antara penduduk dan DBKL dalam menjaga kebersihan di ibu negara.

"Bagi meningkatkan lagi kebersihan Kuala Lumpur, kita akan mengadakan seminar dengan 200 persatuan-persatuan penduduk di Wilayah Persekutuan pada 9 dan 11 April ini.

"Pada seminar itu nanti, pelbagai isu berkaitan dengan penduduk akan diperbincangkan, di samping penduduk juga akan bertukar-tukar pandangan demi kesejahteraan dan kebersihan Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

Posted:

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

SHAH ALAM 1 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Kerajaan Persekutuan memilih untuk membubarkan Kabinet pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan bahawa pembubaran DUN sesebuah negeri tidak semestinya mengikut Kerajaan Pusat.

Malah katanya, berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas pilihan raya umum lalu, DUN negeri sepatutnya berakhir pada 2013.

"Pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.

"Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena penangguhan sidang DUN Ke-12 di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, keputusan itu juga dibuat berikutan wujudnya desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

Posted:

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

KUALA SELANGOR 1 April - Barisan Nasional (BN) Selangor mengenal pasti 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi semula parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, keadaan itu telah memberi keyakinan kepada BN untuk bekerja lebih keras dalam usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.

Namun, beliau enggan mendedahkan kawasan DUN yang dikenal pasti itu.

"Pada masa ini, BN mempunyai 21 kerusi dan untuk mendapat mandat mentadbir Selangor, kita memerlukan tambahan sembilan lagi kerusi DUN untuk mendapat majoriti yang selesa," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kuala Selangor di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohd. Jidin Shafee; Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mohd. Khazin Hamzah dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, meskipun BN mempunyai strategi untuk menawan kembali Selangor, namun usaha juga perlu dilakukan bagi memastikan 21 kerusi DUN sedia ada tidak terlepas.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian itu akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar RM10 daripada RM200 elaun sara hidup setiap bulan yang diterima 60,000 nelayan di seluruh negara dijadikan premium insurans bagi menjamin kebajikan mereka.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM57,175 kepada 65 nelayan Zon A (lima batu nautika dari pantai) meliputi bantuan membaiki pukat yang rosak akibat perbuatan khianat.

Sumbangan RM10,000 juga diberikan kepada pihak yang banyak memberi maklumat berhubung pencerobohan nelayan Zon B yang menggunakan pukat tunda di Zon A.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


RM100j dana inovatif

Posted: 31 Mar 2011 12:05 PM PDT

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM2.7 juta daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri), kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kanan), pada Majlis Perjanjian Usahama Pusat Technopreneur UiTM-MTDC dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) serta pelancaran Business Start Up Fund di Dewan Sri Budiman UiTM, di Shah Alam, semalam. - Foto Sairien Nafis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM2.7 juta daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri), kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kanan), pada Majlis Perjanjian Usahama Pusat Technopreneur UiTM-MTDC dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) serta pelancaran Business Start Up Fund di Dewan Sri Budiman UiTM, di Shah Alam, semalam. - Foto Sairien Nafis

Pembiayaan lahir usahawan teknologi teroka bidang baru, jana kekayaan: PM

SHAH ALAM: Kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta untuk Dana Permulaan Perniagaan (BSF) sebagai inisiatif terbaru untuk membantu usahawan menghasilkan produk inovatif dan berpotensi di pasaran.

Sasaran BSF ialah syarikat peringkat permulaan yang berasaskan teknologi, termasuk syarikat pemilikan universiti dan memiliki produk berpotensi tinggi ke pasaran. Bagaimanapun, syarikat terbabit mesti dimiliki 70 peratus oleh usahawan atau kumpulan usahawan sepenuh masa rakyat Malaysia. Ketika mengumumkannya semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pembiayaan BSF bersifat anjal tanpa cagaran dengan tempoh pembayaran balik selama lapan tahun dengan tiga tahun pertama bebas daripada sebarang pembayaran.

"Ini pembiayaan yang amat baik dan bukti keprihatinan kerajaan untuk melahirkan generasi usahawan teknologi yang berpeluang menerokai bidang terbaru. Usaha ini selaras Model Baru Ekonomi (MBE) di mana kejayaan kita mesti berasaskan kemampuan menjana kekayaan.

"Ini kerana jika dapat menjana kekayaan melalui teknologi, kita berpotensi menjadi sebuah negara maju. Sekiranya kita menjana kekayaan tanpa menggunakan teknologi, kita akan tewas dalam medan persaingan global yang semakin hebat," katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama Pusat Technopreneur' Universiti Teknologi Mara (UiTM)-MTDC dan Perasmian BSF di UiTM, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub dan Tan Sri Sallehudin Mohamed; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin; Pengerusi MTDC, Datuk Siti Hajar Mohd Ismail; Ketua Eksekutif MTDC, Abdul Halim Yunus; dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Najib turut menyaksikan penyampaian replika cek RM2.7 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi yang disampaikan Mohamed Khaled kepada UiTM melalui Sahol Hamid, sebagai peruntukan bagi program `High End Graduate Enternship' yang diterajui universiti itu.

Sambil menjelaskan kos permulaan ialah salah satu cabaran yang perlu diatasi, Najib berkata, syarikat atau bakal usahawan teknologi yang memiliki idea baik tetapi tidak diterima oleh bank komersial untuk mendapatkan pinjaman perlu dibantu.

"Anak muda kita mungkin tidak ada rekod pencapaian dan mempunyai baki bank yang kecil, tetapi mereka ada daya semangat yang kuat. Mungkin idea mereka boleh mendatangkan pulangan besar suatu hari nanti. Inilah yang memerlukan kepada penilaian bukan seperti yang biasa dibuat bank komersial.

"BSF adalah inisiatif amat baik yang dapat memberi dorongan kuat kepada usahawan baru yang mempunyai idea dan memerlukan pertolongan seperti modal permulaan," katanya.

Sementara itu di Petaling Jaya, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah melawat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nur Jannah yang menghidap kanser tulang, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas permintaan Nur Jannah yang berhasrat bertemu Perdana Menteri. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada remaja berkenaan serta menghadiahkan sebuah I-pod kepada remaja itu sebagai penghibur hatinya.

Dalam pada itu, Najib berkata, tahun lalu, UiTM menerima geran penyelidikan RM21 juta daripada kementerian untuk Skim Geran Penyelidikan Fundamental, iaitu yang tertinggi di kalangan universiti tempatan.

Pada tahun sama, UiTM berjaya mendapatkan 21 peratus atau lebih RM35 juta daripada geran penyelidikan Sektor Perindustrian dan Antarabangsa, juga tertinggi di negara ini.

"Saya juga difahamkan UiTM sudah berjaya mendapatkan paten untuk empat produknya dan 129 lagi dalam proses mendapatkan paten," katanya.
Sementara itu, Sahol Hamid berkata, universiti berkenaan akan meningkatkan pengambilan pelajar kepada 200,000 Jun depan, lebih awal daripada sasaran pada 2015.

Beliau berkata, sebagai universiti awam terbesar, menjadi tanggungjawab UiTM melahirkan graduan berwibawa dan memenuhi keperluan negara dalam pelbagai bidang teknologi tinggi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ROSLAN BIN MUSTAFA

Salam, saya sangat teruja dengan keprihatinan YAB PM terhadap ushawan baru yang bertungkus-lumus membangunkan syarikat berteknologi berasaskan idea yang inovatif. dana 100J itu disalurkan ke mana? dan bagaimana usahawan seperti saya perlu merujuk untuk mendapatkan panduan permohonan? sekali lagi jutaan terima kasih kepada YAB PM Dato' Seri Najib atas keperihatinan ini.

budiman Bin Abpa

BH sangat baik banyak makluman diperolehi dalam dan luar Negara tq BH.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.