Jumaat, 8 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Monyet penyeri Taman Botani

Posted:

Monyet penyeri Taman Botani

Monyet penyeri Taman Botani

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
Utusanpenang@utusan.com.my


gelagat monyet-monyet liar turut menjadi tarikan kepada pengunjung di Taman Botani, Pulau Pinang.


PULAU PINANG 7 April - Tidak lengkap rasanya lawatan seseorang ke negeri ini jika tidak berkunjung ke Taman Botani yang terletak di Jalan Kebun Bunga.

Ia juga menjadi tumpuan penduduk di negeri ini untuk beriadah selain menikmati flora dan fauna serta tumbuhan yang telah wujud di situ lebih 100 tahun lalu.

Selain itu, gelagat monyet-monyet liar di taman itu juga menjadi salah satu tarikan tersendiri kepada pengunjung.

Haiwan-haiwan tersebut bebas berkeliaran dan jinak sehinggakan pengunjung terutama kanak-kanak boleh bermain-main sambil memberi makanan seperti kacang kepada monyet-monyet tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kehadiran monyet-monyet liar itu ternyata memeriahkan suasana di Taman Botani.

Seorang pengunjung, Jasenni Yusuf, 43, berkata, meskipun monyet tersebut datang secara berkumpulan, ia tidak membahayakan selagi pengunjung tidak mengganggu mereka.

"Adakalanya, monyet bertindak agak ganas dengan merampas makanan yang dibawa oleh pengunjung, mungkin disebabkan ia terlalu lapar.

"Tidak timbul soal haiwan ini akan menyerang manusia selagi kita tidak melakukan provokasi terhadapnya," ujar beliau.

Seorang lagi pengunjung, Kuan Fung Woke, 40, memberitahu, dia sering ke Taman Botani dan sekali pun tidak pernah diganggu oleh monyet.

"Walaupun terdapat berpuluh-puluh monyet di sekitar taman ini, ia tidak akan mengganggu orang awam yang berjogging ataupun berjalan kaki.

"Cuma kita boleh lihat, monyet tersebut akan bertindak agresif terhadap pengunjung yang membawa makanan sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Trem taman berkenaan, Mazhaza Nizam berkata, sebagai langkah pemantauan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum ini memindahkan sebahagian monyet ke tempat lain.

Menurutnya, dalam tempoh lima bulan lalu, kira-kira 30 monyet masuk ke dalam perangkap yang dipasang di kawasan itu.

"Pengunjung tidak perlu bimbang dengan jumlah monyet yang banyak di sini.

"Ia tidak akan ganggu pengunjung selagi ia tidak diganggu, cuma kadang-kadang haiwan ini bertindak ganas," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pengunjung supaya tidak membawa atau memberi makanan sesuka hati kepada monyet di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sunyi senyap temu duga program penempatan pekerjaan

Posted:

Sunyi senyap temu duga program penempatan pekerjaan

Sunyi senyap temu duga program penempatan pekerjaan


Dua orang kelainan upaya (OKU) berbincang melalui isyarat tangan semasa menghadiri temu duga khas yang diadakan untuk golongan itu di Bangunan Syed Putra, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


GEORGETOWN 7 April - Keadaan sunyi dan senyap, itu ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan temu duga program penempatan pekerjaan yang melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri Hoe Lean Fatt berkata, lebih 81 peluang pekerjaan ditawarkan oleh enam majikan menerusi program itu yang melibatkan pelbagai sektor bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

"Program yang kali pertama diadakan itu, dibuat berikutan peluang pekerjaan yang terbuka ditawarkan oleh majikan dan golongan sasar program itu ialah pencari kerja yang terdiri daripada golongan OKU khususnya yang mengalami kecacatan pekak dan bisu," katanya kepada pemberita di sini.

Antara majikan itu ialah daripada industri perkilangan, perhotelan serta perkhidmatan iaitu Malaysia Pharmaceutical Industries Sdn Bhd, Restoran Ayamas, Clarion (M) Sdn Bhd, Restoran Pizza Hut, Shangri-la"s Rasa Sayang Resort & Spa dan Setepak Sireh Seulas Pinang.

Hoe berkata perancangan program itu akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang berdasarkan sambutan menggalakkan daripada golongan itu.

"Program itu adalah percubaan pertama JTK kerana sebelum ini tidak pernah ada program yang spesifik kepada golongan seperti itu, dan JTK merancang untuk mengadakan program penempatan pekerjaan kepada golongan ibu tunggal, bekas penagih, banduan serta pesara pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Zalina Anita Zainal Abidin, 46, berkata, kecacatan pekak dan bisu yang dialaminya itu menyukarkan dia untuk mencari pekerjaan yang sesuai di samping umur yang semakin meningkat.

"Program itu merupakan satu peluang terbuka kepada golongan seperti saya untuk mendapatkan kerja dengan mudah," katanya melalui penterjemah menggunakan bahasa isyarat.

Nur Hidayah Tan Abdullah, 39, juga mengalami kecacatan bisu dan pekak berkata dia sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap.

"Sejak tahun 1992 saya hanya diambil bekerja secara kontrak di kilang-kilang dan kini saya masih bekerja secara kontrak di restoran KFC. Saya masih menaruh harapan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik," katanya. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 mangsa ribut terima bantuan

Posted:

200 mangsa ribut terima bantuan

200 mangsa ribut terima bantuan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Abdul Muthalib Harun (kanan) menyampaikan kotak nutrisi kepada mangsa ribut Salleh Kasim (dua kiri) dan Ahmad Rafee Ibrahim (kiri) di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 7 April - Kesusahan kira-kira 200 mangsa ribut di Kuala Kedah yang ditimpa bencana itu pada hujung bulan lalu, mendapat perhatian UMNO Kuala Kedah apabila mereka diberi bantuan makanan di sini hari ini.

Bantuan itu berupa kotak makanan 1Azam sumbangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang disampaikan oleh Naib Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Muthalib Harun.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada penduduk di sekitar kawasan itu termasuk Kampung Padang Lalang, Kampung Lemping dan Tanjong Besar dari rumah ke rumah hari ini.

Menurut Abdul Muthalib, selain atas dasar keprihatinan UMNO terhadap masyarakat, inisiatif itu juga mampu mendekatkan pemimpin dengan penduduk termasuk mengenal pasti permasalahan mereka.

Katanya, penduduk berasa gembira apabila bantuan tersebut selain tidak melepaskan peluang untuk mengemukakan pelbagai aduan permasalahan kepada UMNO bahagian untuk cuba diatasi.

"Dalam program ziarah ini, UMNO Kuala Kedah bukan sahaja dapat memberi bantuan tetapi juga dapat mendekati masyarakat secara turun padang.

"Ada kalangan penduduk mengadu masalah mereka dan kita akan berusaha untuk mencari jalan menyelesaikannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Kampung Hilir Tandop, Kubang Rotan di sini.

Tambah beliau, pihaknya membuat kelainan pada program itu yang lazimnya penyampaian sumbangan dibuat di dewan orang ramai dan premis tertentu.

"Bagi rumah mangsa ribut yang terletak berdekatan, mereka berkumpul di satu tempat tetapi bagi keluarga yang rumah mereka berjauhan kita terus pergi ke rumah sampaikan sumbangan," jelasnya.

Sementara itu, seorang mangsa ribut, Ahmad Rafee Ibrahim, 39, melahirkan rasa syukur dengan sumbangan itu dan berasa gembira kerana dikunjungi oleh pemimpin UMNO yang turun padang menyampaikan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan