Khamis, 14 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pembuat wau generasi muda

Posted:

Pembuat wau generasi muda

Pembuat wau generasi muda

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterenggnau@utusan.com.my


Mohd. Zainuddin Said (kiri) bersama Musa Said menunjukkan wau bulan dan wau jala budi di bengkel Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/Azlan Bahrum


KUALA TERENGGANU 13 April - Mencipta wau yang bukan sahaja mampu menegak dan menongkah angin tetapi juga dengan hiasan yang indah serta berseni menuntut kemahiran yang tinggi.

Tidak ramai yang berminat dan mampu menguasai warisan ini, justeru mereka yang meneruskan usaha sebegini lazimnya warga tua yang melakukannya kerana minat dan bagi menambah rezeki.

Mujurlah, di Terengganu masih ada kelompok kecil golongan muda termasuk di Kampung Gong Tok Nasek, dekat sini yang 'jatuh cinta' kepada pembuatan wau malah mereka menubuhkan kelab untuk berkongsi minat dan kecintaan.

Menjadikan sebuah rumah kayu sebagai lokasi berkumpul pada setiap malam Jumaat dan Sabtu, Kelab Wau Seri Tok Nasek yang dianggotai peminat daripada pelbagai latarbelakang memastikan wau terus melayang di udara bandar raya ini.

Mula ditubuhkan pada 1999 dengan hanya terdapat 20 orang ahli ketika itu, mereka terus berusaha mempopularkan permainan tradisi ini dengan menyertai pelbagai pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

Dari hari ke hari, kelab ini mula menjadi perhatian apabila sering memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan tidak kira wau dari jenis sobek mahupun wau naik sehingga kini mampu mengumpul 50 orang ahli yang berusia 18 hingga 58 tahun.

Kehebatan ahli kelab ini juga dapat dilihat apabila empat orang ahlinya turut dipilih mewakili Terengganu ke pertandingan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang yang diadakan di Johor pada 16 Februari lalu.

Pelayang dari Terengganu berjaya muncul sebagai johan keseluruhan selain turut menggondol juara wau bulan naik, johan wau sobek serta naib johan wau kucing naik dan beberapa kategori lain.

Melihat kepada keindahan ukiran tebuk dan tampal wau yang dipamerkan di kelab berkenaan maka tidak mustahil wau ciptaan mereka amat digemari sama ada untuk pertandingan mahupun dijadikan perhiasan.

Masih mengekalkan pembuatan wau tradisi dahulu dengan menggunakan buluh yang diraut, kertas warna serta pisau dan gam dengan kos hanya RM5 hingga RM6, kebanyakan wau hasil ciptaan mereka dijual dengan harga mencecah sehingga RM700.

Harga yang perlu dibayar ini sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan usaha, tenaga serta masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah wau yang mengambil masa kira-kira dua minggu sehingga sebulan untuk satu wau.

Mereka masih mengekalkan konsep 'tapak kijang' di permukaan tengah simetri menjadikan wau yang dihasilkan ahli kelab ini istimewa selain reka corak yang menggunakan motif daun yang berselirat seperti pokok ulam raja, lada hitam dan kangkung.


Musa Said melukis corak tradisional pada wau ciptaannya di bengkel Kampung Sri Nasek, Kuala Terengganu.


Antara wau yang dihasilkan seperti wau jala budi, wau bulan dan wau kucing.

Menurut seorang pembuat wau, Mohd. Zainuddin Zaid, 28, yang bekerja sebagai penjawat awam, mengakui bahawa untuk membuat wau seseorang itu perlu mempunyai kesabaran serta minat yang mendalam.

"Bayangkan saya perlu mengukir di atas dua atau empat helai kertas warna dengan berhati-hati sebelum menebuk dan menampal kembali dengan kertas warna berbeza sehingga menghasilkan ukiran yang cantik.

"Biasanya saya hanya boleh meluangkan masa selama tiga jam, jika lebih mata akan menjadi terlalu letih.

"Ini kerana untuk menebuk dan menampal kertas memerlukan ketelitian yang amat tinggi, jadi mata perlu segar. Tempoh tiga jam itu pun sudah lama," jelasnya.

Kata Mohd. Zainuddin, selain menebuk dan menampal, kriteria yang penting dalam membuat wau ialah rangka buluh yang perlu dibuat seimbang pada simetri wau agar wau itu dapat diterbangkan dan bergerak lancar di udara.

Selain itu, keseimbangan apabila diletakkan busur (sejenis alat yang mengeluarkan bunyi apabila terkena angin) juga menjadi kriteria yang penting dalam pembuatan wau ketika bertanding selain ketinggian serta keindahan naiknya.

Namun, katanya, masa terluang yang dihabiskan untuk membuat wau berbaloi apabila ia turut menjadi pendapatan sampingan buatnya sekeluarga.

"Saya boleh menyiapkan tiga hingga empat buah wau sebulan dan mampu dijual dengan harga RM700 hingga RM1,200 dengan saiz satu hingga empat meter bergantung kepada tempahan yang diperoleh," katanya.

Menurut Pengerusi Kelab Wau Seri Tok Nasek, Musa Said, 37, kelab tersebut sering mengadakan bengkel pembuatan serta pertandingan wau melibatkan kanak-kanak juga pelajar-pelajar sekolah.

Jelasnya, ia bertujuan mendedahkan generasi muda terhadap permainan tradisi itu.

"Selain bengkel pada hujung minggu, kami juga turut bermain pada sebelah petang selain berkongsi idea bagi menghasilkan reka corak terbaru.

"Kita juga menerima jemputan untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid sekolah dalam subjek pendidikan seni," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBKT kunci, tunda kenderaan

Posted:

MBKT kunci, tunda kenderaan

MBKT kunci, tunda kenderaan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com

KUALA TERENGGANU 13 April - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil pendekatan lebih tegas terhadap pesalah jalan raya yang meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya sehingga menghalang lalu lintas dengan mengunci dan menunda kenderaan mereka.

Setiausaha MBKT, Samiun Salleh berkata, tindakan berkenaan lebih berkesan berbanding memberi saman kerana rata-rata mereka mampu membayar jumlah kompaun sebanyak RM5 yang dikenakan dalam tempoh tiga hari saman dikeluarkan.

Katanya, tindakan tersebut bukan untuk mengaut keuntungan namun bagi mendidik pengguna di negeri ini agar mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Jika kita tidak bertegas dalam hal ini, pengguna yang menghadapi kesesakan cakap kita tidak menjalankan tugas. Namun, bila kita hanya mengenakan kompaun, pesalah mampu pula bayar dan mengambil mudah melanggar peraturan lalu lintas.

"Jadi MBKT tiada pilihan selain menjalankan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pesalah untuk melancarkan lalu lintas terutamanya di kawasan tumpuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, antara jalan yang akan diberi keutamaan adalah sekitar Jalan Air Jernih, Jalan Pejabat, Jalan Sultan Sulaiman dan kawasan parkir rezab di bandar Kuala Terengganu.

Jelasnya, kenderaan pesalah yang dikunci bakal berdepan dengan kompaun sebanyak RM100 manakala jika ditunda akan dikenakan RM150 di bawah Seksyen 99 Akta 333 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Mana-mana kenderaan pesalah yang ditunda perlu mengambil kenderaan mereka di Setor Balai Raya MBKT yang terletak di Jalan Bukit Kecik jika tidak ia akan disita sehingga mereka membayar kompaun yang dikenakan," jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Bahagian Perkhidmatan Tempat Letak Kenderaan MBKT, Abdillah Awang Besar berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan setiap hari di sekitar kawasan tumpuan.

Jelasnya, seramai 29 anggota ditugaskan untuk menjalankan penguatkuasaan jalan raya termasuk mengunci dan menunda kenderaan.

Tambahnya, dalam tempoh dua tahun lalu, peningkatan terhadap kesalahan itu meningkat apabila pada 2010 mencatatkan sebanyak 128 buah berbanding tahun sebelumnya hanya 33 buah kenderaan disita.

"Kebanyakan pesalah yang terlibat adalah penduduk tempatan di negeri ini jadi seharusnya tiada alasan untuk mereka mengulangi kesalahan sama kerana mereka sudah biasa dengan kawasan ini dan tahu di mana mahu mencari parkir," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor diminta sedia pelaksanaan Shassic

Posted:

Kontraktor diminta sedia pelaksanaan Shassic

Kontraktor diminta sedia pelaksanaan Shassic


SEBAHAGIAN peserta pada Seminar Shassic, Teknologi Hijau dan Qlassic di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 13 April - Golongan kontraktor diminta bersedia dengan pelaksanaan Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan (Shassic) demi kemajuan industri pembinaan di negeri ini.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) negeri, Jasmi Mohd. Salleh berkata, sistem Shassic bertujuan menilai tahap keselamatan dan kesihatan oleh kontraktor berdasarkan piawai industri pembinaan dikenali sebagai CIS 10:208.

Beliau berkata, walaupun ia sudah dimulakan di negeri lain, sistem itu belum lagi dilaksanakan di sini dan pihaknya berharap pendedahan yang dibuat menerusi seminar dan program anjuran CIDB, akan memberi pemahaman serta input yang jelas buat para kontraktor.

Katanya, menerusi sistem itu, pihak CIDB sendiri dan agensi-agensi lain akan memberi markah serta bintang kepada kontraktor mengikut tahap keselamatan dan kesihatan yang diamalkan dalam projek sedang berjalan, termasuk aktiviti pekerja di kawasan pembinaan.

"Sistem Shassic belum diwajibkan kerajaan tetapi kita bersedia bila-bila masa untuk membuat penilaian di tapak binaan bergantung kepada sambutan dan kerjasama yang diberikan pihak kontraktor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Seminar Shassic, Teknologi Hijau dan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLassic) anjuran CIDB yang dihadiri lebih 700 peserta di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Makhtar Mustapha, merasmikan program itu yang menyaksikan pembentangan enam kertas kerja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen