Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Tawaran terbaik BN - Muhyiddin

Posted:

Tawaran terbaik BN - Muhyiddin

Tawaran terbaik BN - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 4 April - Gabungan antara calon berpengalaman, mempunyai kelayakan akademik, mesra rakyat, bersih, sedia teruji serta ditambah dengan penampilan 18 muka baru adalah merupakan tawaran terbaik Barisan Nasional (BN) untuk rakyat Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu adalah bukti bahawa BN bersedia untuk menggalas tanggungjawab lebih besar bagi mengangkat Sarawak ke satu tahap pembangunan yang jauh lebih tinggi pada masa depan.

Katanya, semua calon yang dikemukakan itu, termasuk muka-muka baru adalah calon yang cukup berwibawa dan dipilih kerana mempunyai kriteria 'boleh menang', menerusi formula yang dipersetujui bersama antara parti komponen sejak sekian lama.

"Saya cukup yakin semua calon yang dikemukakan oleh BN boleh berkhidmat dan memberi sumbangan terbaik kepada rakyat," katanya selepas menyampaikan anugerah kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang di Lembaga Peperiksaan, Jalan Duta, di sini hari ini.

Semalam BN mengumumkan senarai 18 muka baru dengan 10 daripadanya adalah calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pertelagahan pembangkang dalam isu pembahagian kerusi di Sarawak bakal memberi kelebihan kepada BN, Muhyiddin berkata, pertelingkahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) patut dijadikan iktibar oleh rakyat Bumi Kenyalang.

Jelasnya, pertelagahan itu bukti bahawa pembangkang tidak mempunyai pandangan yang satu, sebaliknya, baik PKR mahupun Snap serta komponen lain, masing-masing melihat dari sudut kepentingan politik sahaja dan mereka tidak ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Nasihat saya kepada rakyat Sarawak, lupakan sahaja pembangkang ini. Mereka ini caca-marba dan tiada kata sepakat berbanding BN yang cukup serius untuk membangunkan Sarawak. Sebab itu kita tiada masalah dan calon kita pun sudah lama diputuskan," ujarnya.

Mengenai tuduhan liar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya, Snap dibayar oleh BN bagi membolehkan parti tempatan Sarawak tersebut bertanding di kerusi yang turut ditandingi PKR, Muhyiddin berkata, BN tidak 'terhegeh-hegeh' seperti pembangkang.

Tegasnya, tindakan SNAP itu tiada sebarang kaitan dengan BN tetapi beliau percaya, ia berlaku disebabkan kredibiliti Anwar selaku ketua pembangkang yang bukan sahaja tidak dihormati, malah tidak diiktiraf oleh parti-parti tempatan Sarawak.

"Dia (Anwar) yang ada masalah sendiri kenapa hendak salahkan orang lain, seolah-olah kita ini (BN) hadap sangat (terhegeh-hegeh). Kita sudah ada ramai calon yang berwibawa untuk diketengahkan tanpa perlu terbabit dengan pembangkang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran

Posted:

Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran

Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran

KUALA LUMPUR 4 April - Rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik ke laman YouTube hari ini disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes itu.

Ketika mengulas pendedahan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia juga bakal menjawab banyak persoalan di sebalik isu video seks itu terutama identiti individu di dalam rakaman tersebut.

"Rakyat kini boleh menilai sendiri siapa individu yang terlibat dan sekiranya benar seperti apa yang disebut-sebut sebelum ini, maka ia merupakan satu malapetaka besar kepada politik negara, orang Melayu dan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada rakaman video selama 1 minit 47 saat yang dimuat naik ke YouTube hari ini yang dipercayai sebahagian daripada rakaman video aksi seks yang didedahkan kepada sekumpulan media 21 Februari lalu.

Rakaman itu memperlihatkan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dengan seorang daripada lelaki itu hanya memakai tuala.

Hamidzun menambah, pendedahan rakaman video di YouTube itu juga diharapkan dapat disusuli dengan tayangan penuh rakaman video aksi seks itu kepada seluruh wakil rakyat di Parlimen seperti yang diminta GAPS.

Ini kerana katanya, rakaman video di YouTube itu tidak memadai untuk membuktikan kebenaran, tambahan pula individu yang didakwa terbabit dalam rakaman video seks tersebut juga merupakan seorang ahli Parlimen.

"Kita tidak mahu rakaman video yang pendek ini semakin menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai dan perlu dipertontonkan keseluruhannya supaya seluruh rakyat jelas mengenainya," kata beliau.

Dalam perkembangan sama kata Hamidzun, GAPS akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melalui Ketua Polis Shah Alam, Selangor berhubung tiga perkara berkaitan video itu.

Selain menuntut supaya rakaman video aksi seks itu ditayangkan di Parlimen, memorandum itu juga mahukan supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Kita juga mahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggotai suruhanjaya itu," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan