Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Tindakan luar biasa diperlukan

Posted:

Tindakan luar biasa diperlukan

Tindakan luar biasa diperlukan

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusangroup.com.my


Papan pemberitahuan kadar bayaran letak kereta di Seksyen 13 Shah Alam adalah antara papan tanda yang menjadi mangsa pengiklan haram.


SHAH ALAM 8 April – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu bertindak sehingga ke tahap luar biasa terhadap para pengiklan haram yang menampal iklan mereka sehingga menutup maklumat pada papan tanda pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Orang ramai yang ditemui berkata, ini kerana kegiatan itu semakin berleluasa di bandar raya ini dengan yang paling ketara di kawasan Seksyen 13 yang merupakan antara kawasan komersial di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, iklan dan promosi haram itu dilekatkan di mana sahaja ruang yang ada termasuk pada papan tanda kadar bayaran meletak kenderaan.

Tindakan mereka itu telah menutup maklumat yang tertera pada papan tanda itu, sekali gus menyusahkan orang ramai terutama mereka yang jarang datang ke kawasan tersebut dan tidak mengetahui kadar bayaran letak kereta.

Seorang pengguna, Hasnul Ariffin, 40, kesal dengan sikap pengiklan haram yang tidak peka dan sewenang-wenangnya menampal iklan mereka pada papan maklumat.

"Tindakan mereka itu telah menyukarkan pemandu untuk mengetahui kadar bayaran meletak kenderaan di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun maklumat pada papan tanda itu mungkin tidak penting kepada penduduk sekitar tetapi bagi mereka jarang ke kawasan itu, maklumat itu adalah sesuatu yang penting.

Seorang lagi pengguna, Nur Arifah Abdul Azis, 26, pula berkata, Bahagian Penguatkuasaan MBSA perlu mengintip untuk menangkap mereka yang menampal iklan haram itu.

Katanya, selagi tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa, perkara itu akan terus berlaku, orang ramai akan terus keliru dan Shah Alam akan kekal comot.

Hafiz Abdullah, 32, yang pertama kali sampai ke kawasan itu terpaksa bertanya kepada orang ramai tentang kadar bayaran letak kereta yang dikenakan kerana maklumat mengenainya sudah tertutup dengan iklan haram.

Katanya, sebagai orang yang jarang datang ke situ, dia tidak mahu dikenakan kompaun oleh MBSA kerana akan menyusahkannya kelak dan perlu ke pejabat PBT itu untuk menjelaskannya.

"Tiada jalan lain. Tindakan paling tegas termasuk menangkap mereka yang menampal iklan ini," katanya ketika ditanya apa yang perlu pihak berkuasa lakukan terhadap perkara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerja awal MRT bermula November ini

Posted:

Kerja awal MRT bermula November ini

Kerja awal MRT bermula November ini

KUALA LUMPUR 8 April – Kerja-kerja awal projek Transit Aliran Massa (MRT) dijangka bermula November ini melibatkan bahagian selatan projek berkenaan di kawasan Cheras.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Nur Kamal berkata, ia melibatkan lima daripada 16 pakej dalam projek ini yang keseluruhannya meliputi jarak 60 kilometer.

"Majlis pecah tanah pula akan diadakan Julai ini di tiga stesen iaitu Sungai Buloh, Semantan dan Cochrane," katanya pada majlis taklimat kepada media mengenai perkembangan projek MRT di sini semalam.

Mohd. Nur berkata, sehingga kini, lebih 100 kontraktor telah mengemukakan tender untuk melaksanakan enam pakej awal pelaksanaan MRT.

"Keputusannya pula akan diumumkan November ini dan hanya mereka yang layak sahaja akan diberi pertimbangan.

"Bagi memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut masa dan kos, tindakan tegas akan diambil iaitu menamatkan tender terhadap kontraktor yang gagal menyempurnakan kerja seperti yang dipersetujui," katanya.

Mengenai impak ke atas alam sekitar seperti di kawasan Kajang, Dataran Sunway dan Taman Tun Dr. Ismail, Mohd. Nur berkata, sehingga kini pihaknya sentiasa mencari penyelesaian terbaik termasuk mengadakan beberapa pertemuan dengan penduduk di kawasan terlibat.

Projek MRT yang bermula dari Sungai Buloh hingga Kajang dan mempunyai 35 stesen itu dijangka siap sepenuhnya pada 2016 dan bakal memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta penduduk sekitar.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, SPAD memaklumkan bahawa pihaknya telah melanjutkan masa pameran awam MRT di Stesen LRT Bangsar kepada selama 12 jam, berbanding lapan jam sebelum ini.

"Disebabkan sokongan dan permintaan menggalakkan daripada orang ramai, pameran akan diadakan dari pukul 9 pagi hingga 9 malam, kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum," kata kenyataan itu.

Pameran awam MRT berlangsung selama tiga bulan, yang akan berakhir 14 Mei ini di Stesen LRT Bangsar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Jalan Raja Laut), Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang dan di pejabat SPAD di Menara Dayabumi.

Pameran awam ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai melihat cadangan laluan MRT dan mendapatkan maklum balas mereka yang boleh dilakukan menerusi borang di semua lokasi pameran atau menelefon talian tanpa tol 1-800-82-6868 atau melayari www.kvmrt.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan