Jumaat, 8 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Serah segera kepada Peguam Negara

Posted:

Serah segera kepada Peguam Negara

Serah segera kepada Peguam Negara

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


ISMAIL Omar menyerahkan kerusi roda kepada Dr. Ardi Awang di Hospital Serdang, Selangor, sempena Hari Peringatan Polis ke-204, semalam.


KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sudah mengeluarkan arahan supaya kertas siasatan kes rakaman video seks yang didakwa melibatkan individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim diserahkan segera kepada Peguam Negara sebaik sahaja ia dilengkapkan.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya adakah kertas siasatan itu sudah siap sepenuhnya dan bila ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Saya kena tanya pegawai saya dahulu (tahap siasatan) dan tidak pasti ia boleh diserahkan dalam tempoh terdekat ini.

"Bagaimanapun, kita sedang berusaha menyiapkannya dan saya telah mengarahkan pasukan penyiasat dalam kes ini supaya menyerahkan kertas siasatan yang siap nanti kepada Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ke Hospital Serdang sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang; isteri Ismail yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Puan Sri Suriati Md. Sobri; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Robiah Abd. Ghani dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Sempena lawatan tersebut, Ismail turut menyerahkan sumbangan kerusi roda, sofa dan televisyen paparan cecair kristal (LCD) daripada PDRM kepada Hospital Serdang .

Ismail berharap lawatan tersebut mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama polis dengan pihak hospital berkenaan.

"Polis berkhidmat untuk menjaga keselamatan rakyat termasuk kakitangan hospital dan para doktor. Menariknya, ada timbal balas dalam hal ini apabila polis yang sakit dan tidak sihat akan merujuk kepada doktor untuk dirawat," ujarnya.

Sementara itu, Dr. Ardi memberitahu, Hospital Serdang mempunyai hubungan dengan PDRM kerana bertanggungjawab mengendalikan pemeriksaan terhadap suspek yang ditangkap kerana menelan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), merawat mangsa bencana alam dan melakukan bedah siasat terhadap mangsa kes jenayah serta kemalangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KPN: Jangan kaitkan kematian Ahmad Sarbani dengan kes Beng Hock

Posted:

KPN: Jangan kaitkan kematian Ahmad Sarbani dengan kes Beng Hock

KPN: Jangan kaitkan kematian Ahmad Sarbani dengan kes Beng Hock

KUALA LUMPUR 7 April - Semua pihak diminta agar tidak membuat spekulasi bahawa kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam, mempunyai kaitan dengan tragedi menimpa Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, adalah tidak adil jika kes kematian Ahmad Sarbani dan Setiausaha Politik Exco Selangor itu dikatakan ada kaitan sedangkan proses siasatan mengenainya masih di peringkat awal.

Malah, katanya, kedua-dua kes itu mempunyai fakta yang berbeza, cuma kebetulan ia membabitkan mangsa yang menjadi saksi SPRM dan berlaku di bangunan suruhanjaya tersebut.

"Saya harap kita jangan mencampuradukkan dua kes yang berbeza ini, seolah-olah ada benda yang tidak betul sebab kedua-duanya mempunyai fakta berbeza.

"Biar proses siasatan selesai dijalankan dahulu kerana saya rasa jika kita ikut sistem yang ada di negara kita dan menghormati proses perundangan, maka kebenaran pasti berpihak kepada kita," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ke Hospital Serdang sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 dekat sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai siasatan lanjut kes Ahmad Sarbani yang ditemui mati terjatuh dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ismail, beliau sedar banyak pihak mahu mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku termasuk pihak polis yang menjalankan siasatan.

"Namun, saya dah cakap banyak kali jangan buat spekulasi dan jangan buat andaian kerana kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara sebelum kebenarannya diketahui," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abu Kassim tak perlu letak jawatan

Posted:

Abu Kassim tak perlu letak jawatan

Abu Kassim tak perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan malah operasi 3B yang sedang dijalankan agensi itu juga akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, peletakan jawatan Abu Kassim tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

"Kenapa perlu beliau letak jawatan? Apa yang berlaku tidak langsung dijangka dan ia bukan kehendak SPRM.

"Saya tidak setuju dengan desakan itu. Apa yang penting kita tunggu hasil siasatan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Sarbani ialah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Mohamed Nazri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan selesai.

Beliau menegaskan, Operasi 3B akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemonstrasi berhubung perkara itu.

Menurut Mohamed Nazri, kerajaan tiada masalah untuk mencari kebenaran berhubung punca kematian pegawai kastam itu dengan menubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya terdapat keperluan.

"Walau berlaku piket atau protes oleh siapa sekali pun, siasatan tetap diteruskan. Kita tidak hirau kerana apa yang penting adalah kehilangan wang akibat perbuatan sesetengah kakitangan Kastam. Kakitangan yang betul, baguslah tetapi mana yang tidak betul, tindakan akan tetap diambil.

"Kerajaan tidak abaikan kes kematian ini kerana kita juga mahukan kebenaran. Jika ada suruhanjaya diraja dalam kes Teoh Beng Hock, mengapa tidak dalam kes ini? Saya rasa tiada masalah kerana ia melibatkan kepentingan umum dan saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet esok," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan