Sabtu, 23 April 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Polis minta lebih masa siasat video seks

Posted: 23 Apr 2011 07:05 AM PDT

Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

NONE"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.

Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.

Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama.

altantuya trial 160707 tun majid"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Tun Majid (kanan).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

NONEIsmail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen.

Akhbar milik Umno - Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.

Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

azlanPada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan DAP bukan atas dasar perkauman

Posted: 23 Apr 2011 06:55 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pemimpin BN yang mendakwa kejayaan DAP merangkul 12 kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu adalah atas dasar perkauman.

NONEKatanya, pemikiran politik perkauman BN perlu dihentikan segera, kerana hakikatnya keputusan pilihan raya Sarawak, membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.

"Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.

"BN sebenarnya meniupkan sentimen bangsa dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan pilihan raya membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau juga tidak menolak sokongan semua kaum di Sarawak adalah penyumbang kepada sokongan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat semakin tinggi, berdasarkan beberapa analisis.

NONE"Kejayan Pakatan Rakyat dan DAP secara khusus, tidak mungkin terjadi tanpa peningkatan sokongan semua komuniti di Sarawak. Hal ini terutama jelas dalam kerusi luar bandar seperti Kidurong, Piasau, Batu Kawah dan Meradong yang semuanya dimenangi DAP.

Lim juga mengakui bukan semua kawasan majoriti Cina memberi sokongan terhadap DAP kerana DUN Bawang Assan dimenangi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen BN.

"Penting untuk dicatat bahawa sokongan tidak seragam di beberapa bahagian seluruh negara. Ada BN berjaya mencapai perubahan yang menguntungkan mereka. Hal ini berlaku untuk kerusi majoriti Cina juga, seperti Bawang Assan.

NONE"Calon kami hilang sokongan berbanding dengan 2006. Hal ini juga tanggapan yang besar bagi Sarawak, dan jurang antara Cina dan bukan Cina yang ketara antara luar bandar dan bandar," ujarnya.

Justeru, Lim mahu BN supaya tidak lagi mengaitkan sokongan terhadap DAP bersifat perkauman kerana rakyat lebih rasional memikirkan masalah yang dihadapi mereka.

"Mereka yang tidak bertanggung jawab cuba untuk memainkan isu perkauman. Yang jelas adalah penolakan pengundi tidak ada kaitan dengan perkauman tapi lebih kepada masalah yang menimpa mereka," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen