Khamis, 21 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


SPR Sarawak pertahankan tindakan pegawainya

Posted: 21 Apr 2011 06:24 AM PDT

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak mempertahankan keputusan dan tindakan pegawai pengurus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Senadin yang enggan mengira semula undi di pusat penjumlahan pada 16 April lalu.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah, berkata keputusan Pegawai Pengurus Chai Ko Het menolak pengiraan semula undi merupakan satu keputusan dan tindakan yang betul dan tepat berdasarkan undang-undang pilihan raya khususnya subperaturan 23A (1), subperaturan 25 (13) dan subperaturan 25D (5A), Peraturan-peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.


"Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengurus N65 Senadin itu, bolehlah memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya itu disiarkan di dalam warta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lari dari rumah urut

Posted: 21 Apr 2011 05:03 AM PDT

KUCHING: Lapan tukang urut warga China dipercayai mangsa pemerdagangan manusia melepaskan diri dari sebuah pusat urut dan rawatan refleksologi di Jalan Tun Jugah di sini, semalam.

Wanita berusia 30 hingga 40 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan seorang rakyat tempatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.


Mereka yang bekerja di pusat itu turut mendakwa diugut dan dibelasah tanpa sebab oleh adik lelaki kepada isteri majikan mereka yang juga seorang warga China. Bernama difahamkan mereka telah terpedaya dengan tawaran lumayan yang dijanjikan majikan mereka untuk memasuki negeri ini dan bekerja di pusat tersebut.

Mereka merasa kecewa dan tertipu apabila gaji lumayan yang dijanjikan kepada mereka telah dipotong untuk pelbagai bayaran lain.


Di samping itu, mereka juga mendakwa bahawa dipaksa memberikan perkhidmatan tidak bermoral termasuk layanan seks kepada pelanggan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong, berkata kesemua lapan wanita tersebut telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Umum Sarawak.


"Seorang lelaki dan wanita telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini," katanya kepada Bernama.

Mun berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan