Khamis, 31 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Malek Noor rebah di padang bola

Posted:

Malek Noor rebah di padang bola

Malek Noor rebah di padang bola

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
dan KAMARUDDIN ISMAIL
berita@kosmo.com.my


MALEK dipimpin oleh doktor dan anggota pertahanan awam selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Ipoh malam kelmarin.


IPOH – Bekas juara bina badan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami sesak nafas akibat serangan sakit jantung malam kelmarin.

Ketika kejadian, beliau sedang menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.

Malek yang bermain di posisi penjaga gol tiba-tiba berpaut pada tiang gol dan menahan kesakitan pada bahagian dadanya selepas lima minit perlawanan bermula.

Bekas atlet berusia 56 tahun itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh seorang pegawai perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Permaisuri Bainun di sini.

Pengurus Keahlian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Aminuddin Mohd. Nasir berkata, ahli bina badan itu kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh.

"Malek sangat teruja untuk menyertai perlawanan itu bahkan pada sesi pemanas badan sebelumnya, dia sangat cergas.

"Tiada langsung tanda-tanda dia diserang sakit jantung sehinggalah dia menjerit memanggil saya dan mengadu sesak nafas," ceritanya.

Menurut Aminuddin, keadaannya kini semakin stabil dan beliau berharap semua pihak mendoakan bekas jaguh bina badan negara itu pulih.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sekat ambil untung melampau

Posted:

Sekat ambil untung melampau

Sekat ambil untung melampau

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my


SEORANG peniaga makanan, Andi Rahmat (kanan) melayan pelanggan di Restoran Masyur, Taman Pelangi, Johor Bahru semalam. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Gejala kenaikan harga barang dan perbuatan segelintir peniaga mengambil keuntungan secara keterlaluan dijangka berakhir selepas penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 mulai hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui akta itu, kerajaan diberi kuasa mengawal kenaikan secara lebih berkesan.

"Sebagai contoh, suatu ketika dahulu, harga topeng muka naik mendadak selepas negara dilanda wabak H1N1 tetapi kementerian tidak mampu mengawalnya.

"Melalui akta ini, sekiranya kes seperti itu berulang, kerajaan boleh mengambil tindakan segera ke atas peniaga terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Ketua-Ketua Pengarang Media dan pihak pengurusan tertinggi kementerian di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 itu diwartakan bagi menggantikan Akta Kawalan Harga 1946.

Berbanding Akta Kawalan Harga 1946, akta baru itu disifatkan lebih berkesan terutamanya bagi mengawal kenaikan harga barang secara mendadak ketika darurat seperti pada waktu bencana dan kekurangan bekalan.

Akta baru itu juga, katanya, menjadikan kementerian mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang mengambil kesempatan tanpa perlu menunggu sesuatu barang diwartakan seperti dalam Akta Kawalan Harga sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah culik, bunuh pelajar

Posted:

Padah culik, bunuh pelajar

Padah culik, bunuh pelajar

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


KIM HONG dihukum mati manakala dua lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menculik dan membunuh Ying Xin.


KUALA LUMPUR - Kekejaman tiga sahabat menculik seorang pelajar perempuan bagi menuntut wang tebusan berjumlah RM60,000 lalu membunuh dan membakar mayat mangsa dibalas dengan hukuman gantung sampai mati dan dipenjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pendandan rambut, Teh Kim Hong, 25, terpaksa menerima hakikat dihukum gantung mandatori atas dua kesalahan iaitu membunuh dan menculik Lai Ying Xin, 16, tiga tahun lalu selepas disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Dua lagi remaja lelaki, masing-masing berumur 19 dan 20 tahun pula dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bagi dua kesalahan sama sehingga mereka mendapat perkenan Sultan Johor untuk dibebaskan.

Hukuman terhadap kedua-dua remaja itu dibuat mengikut Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-kanak 2001 berikutan ketika kejadian mereka baru berusia 16 dan 17 tahun.

Lebih menyayat hati, mangsa dibunuh selepas wang tebusan RM30,000 telah dibayar kepada tertuduh dengan dua remaja itu merupakan rakan sekolah mangsa manakala tertuduh pertama, Kim Hong pula rakan kepada kakak mangsa.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan ketiga-tiga tertuduh sangat serius apabila seorang remaja perempuan tidak berdosa diculik demi mendapatkan wang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Derita nak balik rumah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 31 Mac – Bazar larut malam Danau Kota, Setapak di sini sememangnya satu lokasi yang semakin popular dan menjadi tumpuan ramai warga kota setiap malam.

Penganjur perlu serius atasi masalah sesak

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 31 Mac - Penduduk sekitar bazar larut malam Danau Kota di sini mahu penganjur bazar itu mengatasi segera masalah kesesakan yang berlaku di kawasan itu.

Siaran TV i RTM bakal jadi jendela berita dari Sabah dan Sarawak

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR, 31 Mac - Siaran berita televisyen khusus untuk penonton di Sabah dan Sarawak kini boleh diikuti di TV i yang dijangka dilancarkan pada 10 April ini dan akan menjadi jendela berita yang akan memaparkan berita wilayah setempat di kedua-dua negeri itu.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Manifesto bela rakyat

Posted: 30 Mar 2011 04:06 PM PDT

MukaDepan

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpegangan tangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Presiden BN Sarawak serta Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan (tiga dari kiri); Presiden SUPP, Tan Sri George Chan (dua dari kanan) dan Presiden PRS, Datuk Seri James Jemut Masing (kanan) serta pemimpin komponen lain ketika menghadiri mesyuarat bersama Presiden Parti Komponen BN di Kuching, semalam.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpegangan tangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Presiden BN Sarawak serta Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan (tiga dari kiri); Presiden SUPP, Tan Sri George Chan (dua dari kanan) dan Presiden PRS, Datuk Seri James Jemut Masing (kanan) serta pemimpin komponen lain ketika menghadiri mesyuarat bersama Presiden Parti Komponen BN di Kuching, semalam.

Keperluan, kesejahteraan penduduk pelbagai kaum di Sarawak tetap diutamakan kerajaan

KUCHING: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 bulan depan memberi fokus kepada isu yang diberi perhatian oleh rakyat dengan tema konsep rakyat didahulukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata manifesto itu yang sudah pada peringkat akhir disiapkan, akan dilancar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas penamaan calon pada 6 April ini. "Kita ada tajuk yang akan diperkenalkan, membabitkan keperluan dan keutamaan rakyat pelbagai kaum di negeri ini," katanya selepas perjumpaan tertutup kira-kira dua jam bersama ahli Majlis Tertinggi BN Sarawak, di sini semalam.

Berita Harian difahamkan, tema manifesto BN kali ini ini adalah mengajak rakyat bersama-sama kerajaan mentransformasi Sarawak ke arah kemakmuran serta kualiti hidup lebih baik.

Manifesto komprehensif itu dikatakan memberi penekanan kepada keharmonian kaum, kestabilan politik, tadbir urus baik, pemuliharaan alam sekitar, memulihara budaya semua kaum, menyediakan peluang pekerjaan mencukupi, peluang pendidikan dan ekonomi, menjanjikan kehidupan rakyat lebih baik serta memastikan kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik dipertingkatkan terutama di luar bandar.

Ia juga dipercayai menyentuh kepada usaha menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia menjelang 2030 serta janji yang sudah ditunaikan BN kepada rakyat Sarawak serta kejayaan BN sepanjang menerajui Bumi Kenyalang.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, BN Sarawak menampilkan slogan Sarawak yang Aman, Progresif dan Makmur menerusi manifesto yang melakar masa depan negeri, kisah kejayaan dan janji ke arah pengagihan kekayaan secara saksama di kalangan semua kaum di negeri itu.

Muhyiddin juga berkata, BN Sarawak sudah berada pada tahap persiapan paling tinggi dengan 'mood' untuk menggerakkan jentera pilihan raya pada bila-bila masa.

"Saya berpuas hati dengan persiapan, cukup terperinci mengambil kira semua keperluan dan kita pasti dapat mempertahankan kedudukan Sarawak di bawah BN.

"Kita juga sudah mengambil kira mengenai bidang utama yang akan diberikan fokus di Sarawak dengan gerakan dipimpin Ketua Menteri Sarawak dan kami di peringkat BN Pusat akan mengambil kira semua perkara untuk membolehkan kita mencapai sasaran memperoleh kemenangan seperti diharapkan," katanya.

Hadir sama Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam lagi pegawai kastam ditahan

Posted: 30 Mar 2011 04:05 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Enam pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM), termasuk dua wanita ditahan di Johor kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit yang dibongkar pada Isnin lalu.

Sumber memberitahu Berita Harian, penahanan itu adalah tindakan susulan penahanan seorang pegawai kanan bergelar Datuk dan isterinya yang juga pegawai kanan kastam di rumah mereka di Pahang.

"Empat pegawai kastam terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan kini dalam proses memberi keterangan berhubung kegiatan itu. Lebih banyak penahanan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan. "Mereka sudah dikenal pasti termasuk pegawai kastam dan orang awam. Senarai itu kini dalam penelitian pihak berkuasa," katanya.

Dalam serbuan Isnin lalu, pasukan khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain dengan diketuai oleh SPRM, membongkar sindiket kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pasukan terbabit menemui wang tunai ratusan ribu berselerakan ketika menyerbu rumah pegawai kanan KDRM Pahang itu. Pasangan itu ditahan di pejabat SPRM sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk perintah reman petang kelmarin.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.
Selain itu, sumber SPRM pula memaklumkan penahanan pasangan pegawai kanan KDRM di Kuantan hanyalah permulaan kepada pembongkaran jenayah terancang membabitkan lebih banyak sindiket dan kumpulan penggurup wang.

Beliau berkata, serbuan secara serentak membabitkan tujuh agensi penguatkuasa di lima negeri itu hanya mendedahkan rangkaian sindiket utama yang terbabit.

"Siasatan awal mendapati sindiket terbabit mengambil kesempatan terhadap kelonggaran atau kepincangan dalam undang-undang sedia ada bagi memindahkan wang, selain melakukan jenayah seperti mengelakkan cukai dan membersihkan wang haram.

"Masih terlalu awal bagi menilai anggaran kerugian sebenar kerajaan dari segi kutipan cukai dan kehilangan perolehan, tetapi ini adalah kes terbesar SPRM setakat ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khalid Mohd Yusof tidak menafikan ada di kalangan 13,000 pegawai dan anggotanya yang bermasalah.

"Kita memberi kerjasama penuh kepada SPRM, termasuk menyalurkan maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan dan yakin suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan secara profesional," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Kosmo Online


414,421 kes nahas jalan raya 2010

Posted:

414,421 kes nahas jalan raya 2010

414,421 kes nahas jalan raya 2010

31/03/2011 7:17pm

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 414,421 kes kemalangan jalan raya yang membabitkan 6,872 kematian dilaporkan pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata berikutan kadar kemalangan dan kes kemalangan maut di negara ini yang terus meningkat, pelbagai langkah drastik diambil bagi mengatasi masalah ini.

"Antaranya meningkatkan kekerapan kempen kesedaran dan program berasaskan komuniti khususnya kepada kumpulan sasaran utama iaitu penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan golongan paling berisiko iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya," katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata kementerian juga meningkatkan kekerapan dan keberkesanan kempen media mengenai keselamatan jalan raya menerusi saluran perdana seperti saluran perdana menerusi media elektronik dan cetak serta rangkaian sosial Facebook dan youtube.

"Kita juga melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengurangkan kematian yang mempunyai kaitan dengan memandu terlalu laju yang menjadi 62.6 peratus daripada punca kematian.

Menurutnya, kementerian juga meningkatkan penyamaran di dalam bas, memperbanyak penguatkuasaan secara "omni presence" melalui operasi bersepadu selain memastikan inisiatif lain bergerak selari secara berkesan.

"Ini termasuk pendekatan 5E iaitu pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, alam sekitar dan penilaian yang menjadi kunci Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2011-2020 bagi menangani masalah ini secara holistik dan komprehensif," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasar MPKB: Peniaga lapor SPRM

Posted:

Pasar MPKB: Peniaga lapor SPRM

Pasar MPKB: Peniaga lapor SPRM

31/03/2011 7:13pm

KOTA BAHARU – Seramai 20 wakil peniaga di Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MBKB) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan arked MPKB.

Laporan itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah, pagi tadi.

Wakil mereka, Mohd Zaman Yussof, berkata laporan itu dibuat berikutan kemusykilan yang timbul mengenai penjualan arked MPKB kepada sebuah syarikat.

Sebelum ini, 415 peniaga dari Pasar Arked Lambok UDA dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Baharu, yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri terutama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana lot perniagaan di situ dijual pada harga RM80,000 dan RM90,000 sedangkan keluasan lot kedai dianggap sangat kecil. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 maut Kancil rempuh belakang treler

Posted:

3 maut Kancil rempuh belakang treler

3 maut Kancil rempuh belakang treler

31/03/2011 5:04pm

GUA MUSANG –Tiga terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah Perodua Kancil, sebuah treler dan sebuah lori kontena di Kilometer 47.9 Jalan Gua Musang–Kuala Krai, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Aziz Hassan berkata yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu terdiri daripada pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, penumpangnya Sa'ade Mohd Nor, 38, dan pemandu lori, Muhammad Fathimy Hassan, 29.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan, dan mayat mereka dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Katanya Mat Dahri beralamat di kedai bangunan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di sini, manakala Sa"ade tinggal di rumah setinggan Jalan Kesedar Inn, dan Muhammad Fathimy pula berasal dari Pedas, Negeri Sembilan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata kejadian berlaku ketika semua kenderaan dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang, apabila pemandu treler pengangkut kenderaan itu dipercayai cuba mengelak sebuah lori penuh muatan tong gas yang rosak di hadapannya.

"Treler itu memperlahankan kenderaan menyebabkan Perodua Kancil di belakang merempuh treler berkenaan sebelum ia terbalik, dan dirempuh pula oleh sebuah lori kontena," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan dua mayat yang tersepit dalam kereta berkenaan.

Menurutnya pemandu lori kontena dipercayai terbunuh akibat terkena besi daripada belakang treler angkut kenderaan tersebut, namun kelindannya, Mohamad Zukhairi Baharom terselamat apabila dia terjatuh ke dalam longkang semasa kejadian. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


3 pemimpin PKR dipanggil polis

Posted: 30 Mar 2011 11:03 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]AMPANG: Tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil polis pagi semalam bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan yang dianjurkan pemimpin terbabit Jumaat lalu.

Peragut tendang wanita

Posted: 30 Mar 2011 10:03 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 24 tahun bukan saja kerugian RM1,000, malah cedera pada tangan dan kaki selepas terjatuh kerana ditendang seorang daripada dua peragut yang meragut beg tangannya di Taman Sri Rampai, di sini, kelmarin.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


100,000 CD, DVD dirampas

Posted:

100,000 CD, DVD dirampas

100,000 CD, DVD dirampas

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


M. Guna Selan bersama dua pegawainya menunjukkan sebahagian DVD dan VCD cetak rompak yang dirampas pada sidang akhbar di Georgetown, kelmarin.


PULAU PINANG 30 Mac - Sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) filem dan album cetak rompak di Lembah Ria dekat Air Itam di sini diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, kelmarin.

Operasi selama 10 jam bermula pukul 5.30 petang itu adalah hasil aduan pihak pemilik hak cipta iaitu Multimedia Entertainment Sdn. Bhd. serta risikan pihak kementerian sejak dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, M. Guna Selan berkata, dalam serbuan tersebut sejumlah 97,904 keping DVD filem, 650 DVD dan 3,498 CD pelbagai tajuk yang disyaki cetak rompak berjaya dirampas.

"Kami juga berjaya menahan dua lelaki berusia 20-an yang sedang leka membuat pengasingan bahan cakera optik terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hak Cipta 1987.

"Rampasan ini adalah yang terbesar tahun ini dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM512,760 dan semua barangan dipercayai untuk pasaran sekitar Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Tambah Guna, pengadu juga telah mengenal pasti sebanyak 1,500 salinan cetak rompak yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM30 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, ia mengambil kira denda maksimum sebanyak RM20,000 bagi setiap salinan atau minimum RM2,000 boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

"Siasatan juga dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang mana boleh didenda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Orang ramai diminta tidak membeli cakera optik cetak rompak dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai stor penyimpanan bahan cetak rompak ini diminta menghubungi talian 1-800-886-800.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat nilai Guan Eng, Karpal

Posted:

Rakyat nilai Guan Eng, Karpal

Rakyat nilai Guan Eng, Karpal

PULAU PINANG 30 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini dipelawa menyertai kaji selidik mengenai mutu perkhidmatan tiga wakil rakyat yang dilakukan secara atas talian mulai esok hingga 6 April ini.

Tiga wakil rakyat tersebut ialah Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Borang kaji selidik itu boleh diperoleh menerusi http://penangsurvey.co.cc.

Jurucakap Tsunami Factor, Lim Cheng Hee berkata, tujuan kaji selidik adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai menilai sendiri mutu wakil rakyat yang telah mereka pilih.

"Kami merupakan badan bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Daripada hasil keputusan nanti, wakil rakyat terbabit boleh mengetahui sendiri sama ada mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik atau tidak," katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan borang kaji selidik kepada Ibu Pejabat DAP negeri di sini hari ini.

Tsunami Factor sebelum ini telah menjalankan kaji selidik yang sama terhadap beberapa ahli Parlimen di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak

Posted:

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak


Pemenang Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perak Kali Ke-32, Nurul Atikah Sharudin (barisan depan, kiri) dan Muhammad Ezmir Kushairy Roslee, (barisan belakang, tengah) pada majlis penyampaian hadiah di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 30 Mac - Mahasiswa Al Madinah International University, Nurul Atikah Sharudin, 24, diumum sebagai juara Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perak Ke-32 bagi kategori perempuan yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini baru-baru ini.

Mahasiswa tahun tiga jurusan Syariah yang lancar menghafaz 30 juzuk al-Quran beserta tafsirnya itu membawa pulang wang tunai RM8,000, hadiah iringan, trofi serta sijil penyertaan.

Nurul Atikah yang mula menghafaz al-Quran sejak tahun tiga di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang, Gombak berkata, dia berjaya menghafal kesemua surah di dalam kitab suci seawal usia 14 tahun.

"Sebelum ini, saya pernah memasuki pertandingan hafazan al-Quran di peringkat kebangsaan lima tahun lalu dan mendapat tempat kedua.

"Saya biasanya menghafal ayat-ayat suci al-Quran sebelum waktu Subuh kerana pada masa itulah yang paling 'segar' untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis penyampaian hadiah di sini baru-baru ini.

Hadiah disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Majlis Menghafaz al-Quran yang berlangsung selama tiga hari sejak 25 Mac lalu disertai oleh 68 peserta lelaki dan perempuan melibatkan enam jenis kategori.

Sementara itu, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Al-Syariah, Muhammad Ezmir Kushairy Roslee, 18, yang diumumkan sebagai juara kategori lelaki juzuk 1 hingga 20, berjaya memperoleh markah tertinggi keseluruhan pertandingan iaitu sebanyak 99.95 peratus.

Muhammad Ezmir yang bercita-cita untuk menjadi seorang imam membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 , hadiah iringan, trofi serta sijil penyertaan.

"Saya memang minat untuk menghafal al-Quran sejak berada di tingkatan satu lagi. Selepas ini, saya berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kolej RISDA dinaik taraf universiti

Posted:

Kolej RISDA dinaik taraf universiti

Kolej RISDA dinaik taraf universiti

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

ALOR GAJAH 30 Mac – Kolej Risda akan dinaik taraf menjadi kolej universiti bagi menerajui transformasi pertanian melalui pendidikan menjelang 2013.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha menaik taraf kolej tersebut amat penting untuk melahirkan lebih ramai graduan bidang pertanian.

Menurutnya, ketika ini kolej yang ditubuhkan pada 1996 itu adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan program pendidikan dalam bidang latihan dan pertanian yang dikhususkan kepada anak-anak di luar bandar.

''Sudah tiba masanya kolej ini dinaik taraf sebagai kolej universiti kerana ia mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan berpendidikan tinggi yang dapat memajukan sektor pertanian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga kerja termasuk pensyarah dan kira-kira 1,000 pelajar di Kolej RISDA Paya Pa'abas di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad; Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohamad Izat Hasan.

Menurut Mohd. Shafie, pihak pengurusan Risda akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mendapatkan kelulusan naik taraf tersebut.

''Saya yakin Kementerian Pengajian Tinggi akan menerima cadangan RISDA ini," ujarnya.

Beliau menambah, peruntukan yang akan diberikan kepada Risda untuk kolej tersebut dinaik taraf sebagai kolej universiti akan dibincangkan dengan fokus terhadap infrastruktur baru, tenaga pengajar dan kemudahan lain.

Ujarnya, sejak Kolej RISDA beroperasi pada 2000, seramai 3,813 graduan berjaya dilahirkan dalam bidang pertanian, pengurusan perniagaan, sains komputer dan juga latihan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, setakat ini sebanyak 75 peratus daripada graduan dalam Diploma Pertanian mendapat pekerjaan manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia-Australia bincang isu di Bali

Posted:

Malaysia-Australia bincang isu di Bali

Malaysia-Australia bincang isu di Bali

PUTRAJAYA 30 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia, Chris Bowen bagi membincangkan kesepakatan kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia dan jenayah antarabangsa.

Pertemuan diadakan di Bali sempena Persidangan Menteri-Menteri Proses Bali yang dihadiri 50 negara anggota.

Hishammuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, beliau turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), William Lacy Swing bagi meneliti usaha sama sedia ada berhubung penghijrahan termasuk bantuan yang boleh diberikan oleh IOM kepada mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia.

Ketika ini, Malaysia dan IOM telah mengadakan kerjasama strategik untuk memerangi kegiatan pemerdagangan manusia serta melihat kepada aspek perlindungan dan pemulihan yang dihulurkan kepada mangsa jenayah.

Cadangan IOM termasuk mewujudkan sistem rujukan kebangsaan, latihan kepada responden pertama yang menerima laporan berkenaan jenayah pemerdagangan orang.

Ini termasuk penyertaan lebih besar oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kempen kesedaran serta pengurusan pusat tahanan.

Menurut Hishammuddin, cadangan itu telah diterima baik oleh kerajaan Malaysia khususnya bagi mewujudkan sistem rujukan kebangsaan untuk menyalurkan laporan tentang kes-kes pemerdagangan manusia kepada pihak berkuasa.

"Satu keputusan penting telah dibuat berdasarkan penilaian IOM dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditugaskan untuk mengendalikan semua mangsa pemerdagangan orang tanpa mengira jantina.

"Sebelum ini mangsa lelaki diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri sementara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan menguruskan mangsa-mangsa wanita dan kanak-kanak.

"Melalui kerjasama dengan IOM, Malaysia menyasarkan untuk menetapkan penanda aras melibatkan negara-negara serantau berkenaan pengurusan pusat tahanan bagi mangsa pemerdagangan orang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Status Pulapol bebas virus Adeno diketahui Sabtu

Posted:

Status Pulapol bebas virus Adeno diketahui Sabtu

Status Pulapol bebas virus Adeno diketahui Sabtu

PUTRAJAYA 30 Mac - Status tahap keselamatan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dijangkiti virus Adeno sehingga meragut tiga nyawa hanya boleh diketahui selewat-lewatnya Sabtu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memerlukan masa selama sekurang-kurangnya dua minggu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas sepenuhnya daripada virus maut itu.

Seorang lagi pelatih di Pulapol, Konstabel Mohammad Siman, 23, meninggal dunia akibat jangkitan virus itu pukul 11.30 malam tadi.

''Mangsa yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 3 Mac lalu dilaporkan meninggal dunia akibat beberapa organ dalamannya gagal berfungsi selepas dijangkiti virus itu.

''Kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti Adenovirus ialah pada 19 Mac lalu, justeru kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas ini sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)," katanya.

Tiong Lai berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih 2010 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mohammad adalah mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno selepas kematian Pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azirid, 21, dan Pelatih Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26.

Antara simptom virus tersebut ialah pesakit akan mengalami jangkitan pernafasan, cirit-birit dan sakit mata.

Difahamkan sehingga semalam, jumlah mereka yang masih dirawat di HKL adalah seramai empat orang dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seramai 1,000 pelatih konstabel mendaftar dan menjalani latihan di Pulapol sejak 1 Februari lalu manakala 1,000 lagi mendaftar sebagai pelatih inspektor bermula 1 Mac lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kaunter pandu bayar dapat sambutan

Posted:

Kaunter pandu bayar dapat sambutan

Kaunter pandu bayar dapat sambutan

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my


PENGAWAL keselamatan, Siramlan Ngatimin menunjukkan kenderaan pembayar bil di Kiosk Pandu Bayar di pekarangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka, kelmarin.


MELAKA 30 Mac - Tidak sampai dua bulan ia diperkenalkan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya mengutip sebanyak RM1.56 juta melalui kaunter pandu bayar MBMB di Graha Makmur, Lebuh Ayer Keroh di sini.

Datuk Bandar MBMB , Zainal Abu berkata, pihaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak kaunter pandu bayar untuk menjelaskan pelbagai bil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dibuka 7 Februari lalu.

Menurut beliau, pembukaan kaunter tersebut adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Kaunter pandu bayar yang dibina dengan kos hampir RM30,000 ini memudahkan orang ramai untuk membayar bil dalam masa yang singkat tanpa perlu keluar dari kenderaan.

"Masyarakat hari ini mahukan segala urusan dapat dilakukan dengan cepat dan kaunter ini pastinya menepati keperluan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Kaunter Pandu Bayar dan Sistem e-lesen MBMB di Graha Makmur di sini semalam.

Perasmian pelancaran disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Thamby Chik.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, kaunter pandu bayar tersebut menyediakan perkhidmatan bayaran cukai taksiran, bil elektrik air dan telefon, cukai tanah dan kompaun letak kenderaan.

Tambahnya, mereka yang ingin menjelaskan kesemua bil tersebut perlu membawa resit asal dan pembayaran menggunakan cek juga dibenarkan.

"Bagaimanapun, pembayaran menggunakan kad kredit belum boleh digunakan buat masa ini," katanya sambil menambah kaunter itu berjaya mengutip sebanyak RM1,567,917.38 sejak dibuka dari 7 Februari sehingga 25 Mac lalu.

Mengenai sistem e-lesen yang menelan kos sebanyak RM177,000, Zainal berkata, ia merupakan sistem automasi yang beroperasi secara online dengan aplikasi teknologi maklumat dan trend terkini dalam laman web.

Sistem tersebut, menurut beliau, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan PBT itu khususnya Jabatan Pelesenan dan Kesihatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga terkejut terima notis kosongkan gerai

Posted:

Peniaga terkejut terima notis kosongkan gerai

Peniaga terkejut terima notis kosongkan gerai

MELAKA 30 Mac - Sebanyak 25 peniaga kedai makan dan kraf tangan kecil-kecilan di Gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Lorong Melaka Raya di sini terkejut apabila menerima notis daripada MBMB supaya mengosongkan gerai mereka semalam.

Menurut mereka, notis bertarikh 29 April daripada MBMB itu meminta peniaga mengosongkan premis perniagaan mereka dalam tempoh 21 hari sedangkan masih mempunyai perjanjian sewaan dengan pihak berkuasa tempatan itu sehingga Ogos ini.

Difahamkan, notis dikeluarkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan pondok menunggu bas dan peniaga kraftangan diberi pilihan untuk berpindah ke bazar kraftangan di Dataran Pahlawan Megamall manakala peniaga makanan di Taman Rempah.

Salah seorang peniaga, Siti Normala Ibrahim, 30, berkata, pemindahan itu akan membebankan peniaga tambahan pula tempat baru yang ditawarkan tidak strategik.

"Lokasi baru yang ditawarkan itu jauh bukan sahaja kurang mendapat sambutan, bahkan peniaga di situ juga nasib mereka seperti hidup segan mati tak mahu.

"Saya ada pinjaman dari TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) yang perlu dibayar, bagaimana saya mahu menjelaskan pinjaman itu pendapatan perniagaan tidak seberapa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Peniaga kraftangan, Jamuri Khalil, 44, mendakwa, dia tidak sanggup berpindah ke pusat beli belah Dataran Pahlawan Megamall kerana peniaga sedia ada di situ pun sukar untuk mendapatkan pelanggan.

"Wang ihsan sebanyak RM300 sebulan selama setahun yang ditawarkan oleh MBMB juga belum tentu dapat menampung perbelanjaan bulanan kami," katanya.

Tambah beliau, jika para peniaga masih perlu berpindah, tidak mustahil, ada antara mereka terpaksa gulung tikar kerana sukar mendapatkan pelanggan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BATU ‘PELIK’ DI TENGAH JALAN

Posted:

BATU 'PELIK' DI TENGAH JALAN

BATU 'PELIK' DI TENGAH JALAN


BATU yang terbiar di Jalan Kong Sang dekat simpang keluar dan masuk ke Jalan Tuanku Munawir, Seremban ini tidak lagi mempunyai fungsi sebaliknya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.


Sekali pandang mungkin batu yang berada di tengah jalan ini dahulu menempatkan papan tanda penunjuk arah bagi laluan kenderaan.

Namun batu yang terbiar di Jalan Kong Sang dekat simpang keluar dan masuk ke Jalan Tuanku Munawir, Seremban ini tidak lagi mempunyai fungsi sedemikian sebaliknya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.

Lensa jurugambar Utusan Malaysia, ABDUL RAZAK AID yang merakamkan kewujudan baru di tengah jalan berkenaan, turut melihat beberapa motosikal cuba mengelaknya daripada terkena batu tersebut.

Bayangkan apa yang berlaku pada waktu malam dan bagaimana pula nasib penunggang motosikal yang melanggar batu di tengah jalan itu, lebih-lebih lagi apabila dibelakangnya diekori pula kenderaan seperti kereta, lori dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Peniaga arked MPKB buat laporan SPRM

Posted: 31 Mar 2011 03:08 AM PDT

Mutakhir

KOTA BHARU: Seramai 20 wakil peniaga di Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran ota Bharu (MBKB) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan arked MPKB.

Laporan itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah, pagi tadi.

Wakil mereka, Mohd Zaman Yussof, berkata laporan itu dibuat berikutan kemusykilan yang timbul mengenai penjualan arked MPKB kepada sebuah syarikat. Sebelum ini, 415 peniaga dari Pasar Arked Lambok UDA dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Bharu, yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri terutama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana lot perniagaan di situ dijual pada harga RM80,000 dan RM90,000 sedangkan keluasan lot kedai dianggap sangat kecil. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak maut dirempuh kereta api

Posted: 31 Mar 2011 03:05 AM PDT

Mutakhir

MACHANG: Seorang budak lelaki berusia setahun tujuh bulan mati dirempuh keretapi di Kilometer 457.5 antara Kampung Sungai Bedal dan Temangan, dekat sini pagi tadi.

Ketika kejadian 8.50 pagi itu, mangsa Ahmad Mukhriz Mohd Atif dikatakan sedang menyeberangi landasan keretapi kerana mengekori datuknya yang berada berhampiran landasan tersebut melihat tanaman tebu yang diusahakan di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah Machang, ASP Loo Lian Lay, berkata Mahmud Mat Daud, 58, mendapati cucunya maut di tempat kejadian akibat kecederaan di muka dan badan, dan mayat Ahmad Mukhriz dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat. "Mahmud membuat laporan di Balai Polis Temangan mengenai kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pengurus KTMB Wilayah Timur Ibrahim Sulaiman, berkata punca kejadian sedang disiasat dan keretapi yang terbabit ialah Ekpress Senandung Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Memulihara sumber marin negara

Posted:

Memulihara sumber marin negara

Memulihara sumber marin negara

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Penduduk tempatan berkesempatan melihat hidupan laut yang diawet di Kompleks LKIM, Geting, Tumpat, baru-baru ini. – utusan/Rosni Masri


TUMPAT 30 Mac – Menurut sebuah laman web, Malaysia merupakan negara ke-66 terluas di dunia dengan keluasan tanah 329,847 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia dengan kepanjangan 740 kilometer dari Utara ke Selatan, mempunyai tepi laut berukuran kira-kira 1,931 kilometer panjang, manakala Malaysia Timur pula mempunyai garis tepi laut kira-kira 2,607 kilometer.

Beriklim khatulistiwa, Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara megadiversiti kerana mempunyai spesies yang banyak serta tahap kepelbagaian yang tinggi.

Hutan Malaysia sangat kaya dengan flora dan fauna termasuk Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia, manakala lautannya pula amat kaya dengan pelbagai hidupan marin.

Mengikut laporan itu, lautan negara mempunyai kira-kira 286 spesies mamalia, lebih 150,000 spesies invertebrata, 1,000 spesies kupu-kupu dan 12,000 spesies rama-rama serta lebih 4,000 spesies ikan laut.

Mungkin ramai juga tidak menyedari bahawa, lapan daripada 34 spesies kuda laut di dunia boleh didapati di perairan negara.

Bagaimanapun, Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) dilaporkan telah menyenaraikan sebanyak 739 spesies flora dan 259 spesies hidupan liar terrestrial termasuk mamalia, avi-fauna, reptilia dan amfibia sebagai spesies terancam.

Ancaman itu berlaku kerana kekurangan populasi mamalia tersebut akibat perubahan alam sekitar, haiwan pemangsa dan aktiviti manusia yang semakin rakus mengejar pembangunan.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Perikanan telah mengambil tindakan proaktif menguatkuasakan Seksyen 27 (Mamalia Akuatik atau penyu di perairan negara) di bawah Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999.

Di bawah akta dan peraturan tersebut, sebanyak 25 spesies ikan dan tujuh spesies di bawah keluarga Pristidae termasuk yu gergaji atau yu parang diwartakan sebagai spesies ikan terancam.

Pelaksanaan akta dan peraturan tersebut turut melarang sebarang tangkapan, pembunuhan, pemilikan, penjualan dan pembelian spesies-spesies berkenaan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berwajib iaitu Jabatan Perikanan.

Bagi menyedarkan masyarakat mengenai peraturan tersebut dan ancaman hidupan marin negara pula, Jabatan Perikanan turut giat mengadakan kempen kesedaran.

Terbaru, kempen kesedaran peringkat negeri Kelantan membabitkan golongan nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Tumpat.

Program dua hari itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Sepanjang kempen, para nelayan didedahkan dengan pelbagai informasi mengenai spesies-spesies haiwan marin yang diancam kepupusan dan perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Mereka turut didedahkan dengan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perikanan dalam melindungi hidupan marin tersebut.

"Program ini cukup penting kerana hendak memberi pendidikan dan memberitahu kepada masyarakat khususnya nelayan apa yang berlaku kepada sumber yang dikurniakan oleh Allah yang semakin hari semakin pupus.

"Kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap aspek ekonomi memang tidak dapat dipertikaikan.

"Bagaimanapun, dengan meningkatnya pengetahuan dan pembangunan perikanan yang dinamik, kita terpaksa berdepan dengan satu kenyataan bahawa sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan perlu diurus dengan sewajarnya jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat hendak dilestarikan," kata Ahamad Sabki pada majlis pelancaran kempen itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, kempen kesedaran itu menyasarkan golongan nelayan kerana mereka merupakan kumpulan manusia yang mempunyai hubungan secara langsung dengan hidupan marin.

"Usaha pemuliharaan spesies terancam akan gagal tanpa kerjasama dan komitmen jitu daripada semua pihak berkepentingan termasuk nelayan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, badan korporat dan orang awam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20 pelajar ponteng ditahan

Posted:

20 pelajar ponteng ditahan

20 pelajar ponteng ditahan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


DUA pelajar ditahan dalam operasi cegah ponteng sekolah oleh PPDKB bersama beberapa agensi kerajaan dan NGO di beberapa sekolah sekitar Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 30 Mac – Seramai 20 pelajar ditahan dalam operasi ponteng sekolah yang dijalankan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan kerjasama empat agensi lain dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, kelmarin.

Dua daripada mereka turut dikesan positif dadah dalam operasi yang bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 2 petang itu.

Pegawai Pelajaran Daerah, Che Abdul Aziz Daud berkata, kesemua pelajar terbabit berusia 15 hingga 17 tahun termasuk seorang perempuan, ditahan ketika melepak di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Katanya, antara kawasan menjadi sasaran adalah sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, SMK Mulong, SMK Dewan Beta dan kawasan Telipot.

"Operasi ini digerakkan dengan kerjasama polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK).

"Ini merupakan operasi kedua selepas Ops Didik pada Januari lalu. Jika sebelum ini, pelajar ditahan diberikan nasihat tetapi kali ini mereka terus diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Che Abdul Aziz, penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan NGO dalam operasi itu membuktikan semua pihak peka dan prihatin dengan masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar di daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak supaya menyalurkan maklumat kepada PPD mengenai gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar, selain bersama-sama menanganinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Api disangka pencuri

Posted:

Api disangka pencuri

Api disangka pencuri


ANAK sulung Roslina Ismail, Mohd. Zaim Fikri menunjukkan rumahnya yang hangus dalam kebakaran di Kampung Tunjong, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 30 Mac - Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi bising seakan-akan pencuri yang didengarnya, rupanya api sedang marak membakar bahagian dapur rumahnya di Kampung Tanjung dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila mangsa, Roslina Ismail, 34, dan keluarganya berjaya menyelamatkan diri.

Roslina berkata, ketika kejadian dia baru sahaja terlelap apabila dikejutkan dengan bunyi bising dari arah dapur.

"Pada mulanya saya ingatkan pencuri sedang memecah untuk masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja terdengar bunyi itu saya terus bergegas ke ruang dapur untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya terkejut apabila melihat api sudah pun marak. Saya terus mengejutkan suami sebelum menyelamatkan tiga anak kami berusia enam hingga 12 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia kemudian mendengar bunyi letupan kecil sementara api pula marak dengan cepat menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang.

"Saya tetap bersyukur kerana ketiga-tiga anak saya selamat," katanya sambil memberitahu mereka sekeluarga kini menumpang di rumah ibunya yang terletak berdekatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Penolong Penguasa Bomba Tuan Ahmad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.57 tengah malam.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim dan Kota Bharu bersama dua buah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Ketika sampai, rumah berkenaan telah musnah sepenuhnya dan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggar berjumlah RM60,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.