Harian Metro: Mutakhir |
| Warga emas disamun, rantai emas RM12,000 dilarikan Posted: 21 Jul 2011 03:57 AM PDT BESUT: Seorang wanita warga emas kerugian RM12,000 apabila seutas rantai emas yang dipakainya disamun seorang lelaki dirumahnya di Kampung Padang Landak, Alur Selising dekat sini kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Aminah Awang, turut cedera ringan di pipi kiri dan bibirnya akibat ditekup penjenayah itu ketika beliau menjerit meminta tolong. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata ketika kejadian, Aminah bersendirian bersama seorang cucunya yang berumur tiga tahun di rumah manakala suaminya Mat Ali Awang Senik, menyertai satu perjumpaan petani di Semerak, Kelantan. Katanya mangsa yang curiga apabila melihat suspek bersama seorang rakan yang memandu kereta jenis Proton Satria berwarna putih masuk ke kawasan halaman rumahnya cuba menutup pintu dapur.
|
| Persimpangan bertingkat waijb dinaik taraf Posted: 21 Jul 2011 03:53 AM PDT PETALING JAYA: Kesesakan trafik yang membelenggu pengguna jalan raya di Persimpangan Bertingkat Kewajipan berhampiran Lebuhraya Kesas di sini dijangka selesai menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor. Beliau berkata ini berikutan kerja menaik taraf persimpangan itu membabitkan kos RM62 juta akan bermula hujung bulan ini dan dijangka siap menjelang hujung tahun depan.
Shaziman berkata beliau menerima aduan bahawa kesesakan trafik di persimpangan itu adalah sehingga empat kilometer pada waktu puncak pada sebelah pagi (7 pagi hingga 9 pagi) dan sebelah petang (5 petang hingga 7 malam) dengan jumlah trafik sekitar 18,000 untuk satu-satu masa.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan