Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 20 Jul 2011 03:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti, termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka. Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing. Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki. Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu. Mashitah berkata, walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementeriannya untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini. Mashitah berkata, masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama. Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah. "Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah. "Bagi saya jalan terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina," katanya ketika dihubungi semalam. Sementara itu, Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka. Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah. Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya. Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi. "Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka," katanya. Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki. Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzolzeytec buat mohd ashraf, tuhan itu maha penyayang, kembalilah kejalan kebenaran, sebenarnya allah menciptakan kita adalah sesuatu yg amat tebaik, baik lelaki mahu pun perempuan, yg berlaku telah berlaku, biarlah ia berlalu, jika kesempurnaan yg kita bukan semestinya kesempurnaan itu kita kecapi, bukan senang hendak menjadi lelaki dan betapa susah menjadi perempuan, tanyalah diri? siapakah diri? okay.is.ok Maaf kepada semua yang memarahi Ashraf, anda semua memarahinya kerana anda semua dilahirkan normal. Ashraf menjadi sedmikian kerana dia tidak normal seperti anda semua. Walaupun kesalahannya menukar jantina itu satu yang dihukumkan berdosa, kita kasihanilah dia setidak-tidaknya sebagai insan yang dijadikan Allah. Marilah kita doakan supaya Allah yang Maha Pengampun akan mengampuni dosanya menukar jantina itu. Tetapi janganlah pula kita sisihkan dia daripada dunia ini. Mungkin Allah jadikan dia sedemikian sebagai dugaan kepada kita yang normal ini.Kita jangan angkuh dengan kenormalan kita. Kita menghukum Ashraf tanpa kita letakkan sedikit rasa kasihan kepada insan yang tak normal sepertinya. Begitu angkuhnya anda semua dengan sifat "ketulinan" lelaki atau "ketulinan" wanita anda itu. Begitu bangganya anda dapat menikmati hubungan kelamin yang dapat mengeluarkan zuriat bagi penyambung keangkuhan anda itu. Begitu angkuhnya anda seolah-olah anda yang sembahyang lima waktu itu telah diterima 100% ibadahnya. Inilah dugaan Allah pada anda semua....semua ibadah itu menjadi sifar, zero, null, kosong kerana mencerca seorang yang membuat sesuatu kesalahan. Anda semualah yang kononnya beribadah sehingga hitam didahi tetapi tidak ada sekelumit pun rasa kasihan kepada insan yang tak normal seperti Ashraf. Rose Benda yang ditegah agama nak buat apa kita nak menyokong atau membantu nanti jatuh hukumnya bersubahat.Ini bukan krisi identiti tapi kurang didikan,nasihat dll lagi.Diharap Ashraf bertaubatlah sebelum terlambat.Kes ini amat memalukan orang Melayu dan juga umat Islam. Nur Kasih sy harap abg ashraf ni dibimbing n bertaubat msih sempat lg untuk berubah... mangerik pelik! hampir semua yg menulis di sini sprti tk mengenali tuhan. dlm sejuta kejadian tk mustahil tuhan jadikan satu keganjilan. dlm sejuta lelaki dan sejuta prmpuan tak mustahil ada yg bkn lelaki dan bkn prmpuan. kalau anda renung benda dlm kain anda bkn lelaki tentu anda akan pilih jd prmpuan supaya urusan hidup anda dapat diurus tanpa banyak masalah. belum kena btg hidung sendiri jgn senang2 menghukum orang lain ! Mualaf Huhu, pandangan anda MENGUBAH JANTINA dan MENGUBAH AKIDAH.. siapa masuk NERAKA..?? Maya dah pasti MENGUBAH JANTINA tu lum tentu masuk neraka, coz akidahnya ALLAH itu ESA, MUHHAMAD rasulnya, KAABAH kiblatnya, MUSLIM saudaranya dan QURAN kita...bnya.. layakkah ANDA mengatakan dia masuk NERAKA? Apakah anda berfikir ALLAH tidak melihat HATI setiap hambaNya? Jika mengubah jantina hanya suatu DOSA sudah pasti ALLAH mengampunkannya, kecuali DOSA SYIRIK.. dari halaman terdahulu dari KITAB ZABUR, TAURAT, INJIL dan QURAN.. Allah sering MENYATAKAN bahawa dosa MENDUAKANNYA(syirik) tidak akan diampunkanNya hingga hari kiamat, sedangkan dosa2 lain tetap sahaja Allah ampunkan jika kita bertaubat.. sekian ceramah mak untuk kali ini.. wassalam ekeke :) durian bertaubatlah itu adalah sebaik-baiknya jalan yang ada untuk anada... LeyNa ElleyNa astagafirullah al azim Ainun Mariam Ismail kita kena bantu golongan camni melalui cara yg betul spy dia kembali ke asalnya....yg haram tetap haram... Hanis Idris Saya adalah seorang insan yang sama seperti Ashraf. dan bertugas di sebuah Syarikat sewa kerete bertaraf antarabangsa sebagai Pengurus Pemasaran. Saya juga mempunyai masalah sepa=erti Ashraf cuma saya bernasib balik kerana nama di kad pengenalan saya adalah binti tp masalahnya jantina LELAKI. Saya terasa seperti di persendakan oleh JPL seolah olah mau memberitahu masyarakat bahawa saya seorang Mak Nyah yg menukar jantina. Tetapi dengan keyakinan dan ketabahan saya.Syarikat yang kini saya bertugas memberi layanan terbaik untuk saya kerana saya membuktikan niat saya ikhlas untuk mencari rezeki. Tujuan saya menghantar E-Mail ini adalah untuk memasihatkan Ashraf supaya tidah berputus asa dan teruskan kerjaya. Bila kita mempunyai kerjaya dan tingkah laku yang baik tetap akan di hormati orang. Dunia sekarang sudah berubah. kita juga harus tabah menghadapi masa depan.buktikan kaum Mak Nyah juga akan berjaya. Jikalau ashraf perlukan nasihat dan bimbingan sila hubungi saya. ikhlas dari
Cya'Rah Syamsir Nauzubillah minzaliq...allahualam... MIA saya amat bersimpati dgn situasi mohd ashraf namun wujud kebimbangan di hati ini kerana andainya p'mohonan mohd ashraf diluluskan tdk mustahil smakin ramai mak nyah yg tlh menukar jantina brani tampil ke dpn untuk mengikut jejak langah mohd ashraf, ape pun yg haram tetap haram, mari semua kita doakan moga mohd ashraf akan berubah satu hari nati sbg manusia kta tiada berhak utk menentukan di manakah tmptnya jika di akhirat nti semoga allah akan memberi hidayah kpdnya. anieez mohd Ashraf perlu dibantu, mungkin semasa sia melakukan pembedahan ini, dia tidak mengetahui hukum hakamnya. berilah peluang kepada beliau untuk bertaubat dengan bimbingan orang-orang yang arif mengenainya. jangan kita cepat menghukumnya kerana manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. lilamahmood berubah dan bertaubat itu lah jalan TERBAIK.
Lokman masih lagi x abis2 dgn isu ni...hari tu, masa wartawan ambil gmbr si ashraf ni bukan main lagi cover muka. skrg smp 3 hari berturut-turut asyik kluua surat khabar apehal.. siap bagi gmbr muka depan dgn jelas plak tu...xpahm betul la.. Faiza Mohamed semoga Mohd Asraf akan kembali bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..ingatlah dik..mati nanti pun adik akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebagai lelaki...bukan perempuan...insaflah sebelum terlambat..amin debulan haram satu hal lah, tapi kita sebagai umat islam amat lemah dalam hal begini, tengoklah lawyer yang bantu tu pastinya bukan islam, risau kalau budak ni at last keluar dari islam, sebab ada negara yang benarkan tukar jantina, so selamatkan dia ( apa cara sekalipun, sebab orang ini amat memerlukan petunjuk).. DINO Sokong pandangan Dato' Dr Mashitah dan Mufti Perak Dato' Harussani.Selamatkan golongan Lembut dengan Ajaran Islam bertauhidkan Allah dan sunnah saw yang haq. ana SETUJU DGN RUSTAM..KITA KENA TEGAS BERPEGANG PADA ISLAM AGAMA RASMI..HARAM TETAP HARAM Siti Musalmah Ahmad Fuad Setahu yg saya dengar ceramah,orang yang nak tukar jantina yg Allah dah kurniakan tu akan dilaknat olehNya...kalau betul dia lelaki tulen dah tukar jantina kembalilah ke jalan lurusNya sebelum terlewat, kiamat pun makin hampir. LIAMSIMAN Bagi mereka yang telah terlanjur menukar jantina seperti adik Mohd. Ashraf bertaubatlah dengan segera sebelum kita dilaknat oleh Allah S.W.T., Kita boleh boleh mengubah diri kita bukan sifat yg telah dikurniakan oleh Allah. Bagi kita muslim mesti berpengang teguh kepada Qadak & Qadar seseorang itu yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T kerana kita yg merancang Allah yang menentukan nya Helfe Harap semua orang renungkan sejenak.memang tak dinafikan ada yang menyokong dad ada yang membantah tetang kes ni..cuba kita fikir2kan,andaikata kes permohonan asyraf ni diluluskan,pasti ramai lagi yang akan menurut jejak langkah dia.pasti akan ramai golongan seperti dia akan lakukan benda yang sama..tukar jantina seterusnya tukar nama.adakah kerajaan ingin meluluskan permohonan semua golongan ni??diharap semua pihak memberi bimbingan kepada golongan sperti ini..dunia kita sudah menghampiri kepada dunia akhir zaman..tanda-tanda kecil kiamat sudah pun berlaku..sama-sama lah kita berdoa untuk kesejahteraan kita bersama. siber68 AGAKNYA DUNIA DAH AKHIR ZAMAN........BERTAUBAT=LAH SEBELUM TERLAMBAT WAHAI SAUDARAKU,KENAPA KITA NAK PERTIKAIKAN HUKUM ALLAH...... YANG HARAM TETAP HARAM......... nasrina assalam, ashraf, klu xdapat ingat pd allah, ingat lah pada ibu bapa, xtertanggung dosa oleh mereka atas segala perbuatan ashraf buat ni..bertaubat lah..moga kita sesama islam akan sentiasa akan nesihat menasihati dan memperingati sesama kita moga kita akan terus menuju ke jalan yang benar dan diredhai allah.. g kepada semua pembaca, janganlah emosional.. cari jalan untuk teruskan kehidupan, jangan sibuk untuk memarahi, mengutuk orang.. cermin diri dulu, baguskah anda !!? biarlah apa ashraf @ aleesya nak buat..itu hak dia, tanggungjawab dia..jgn kita pula nak pening2 kan kepala pikir..baik pikir diri sendiri yang x sempurna tu...
damia damiatulimran semoga ashraf mahu dibimbing ke jalan Allah, renungi kembali sedalamnya zack Dunia sudah hampir kiamat...kepada ASYRAF, ketahuilah bahawa kamu sudah melalukan satu perkara yg diMURKAI oleh-Nya...tak perlu kamu bertudung, kerana tidak pula diwajibkan oleh-Nya asbab kamu itu adalah berjantina LELAKI...tunggulah bukti ketika tanah menyambut kamu kelak Sidra Dursina matlamat xpernah manghalalkan cara..jika dh tertulis hukumnya haram,ia tetap haram...segala komen yg ada kat sini tak kira la berunsur membina atau sebaliknya,semua tu adalah teguran kearah kebaikan..renung-renungkan... tu ler orang PAS ganu nih sebuk nak jatuhkan kerajaan..rakyat negeri sendiri terbiar tanpa bimbingan.. hafizi hashim blom trlmbat untk bertaubat,bertaubat lah....... rustam YANG HARAM, TETAP HARAM ! MENGAPA MEMBELA GOLONGAN SEPERTI IN?? TAK ADA BEZANYA MEMBELA SEORANG PERASUAH YG MAHU TERUS MENERUS MERASUAH, MCM KES ASHRAF NI, DAH TUKAR JANTINA,KINI NAK TUKAR NAMA PULAK ! MENTERI OIII!! COME ON LAH ! TEGAS SIKIT ! Reza Al Penawari Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia perlu tahu beliau ni lelaki lembut yang membuat pembedahan kepada wanita atau beliau memang khunsa yang membuat pembedahan kepada wanita. Imej boleh diubah tetapi bagaimana pula dengan naluri semulajadi sejak lahir. Harap ada pihak yang akan membentangkan hal ini supaya kekeliruan tidak timbul. Terima kasih. mawar_spaoh kisah Adik Ashraf ni perlu dijadikan iktibar. mawar doakan moga kite semuanya dan Ashraf khasnya, selamat dunia dan akhirat. (mawar suka akan ikhtiar kerajaan membantu adik Ashraf) Yusrena Yusop Sabar je La..Kita Manusia Janganla Mengabaikan Golongan seperti mereka~malah harus memeberi sokongan..Bukan Senang tau nak mengubah sesuatu~ Mungkin Dah takdir dia d jadikan begitu~kita tak boleh nak mnolaknya~ razi Ashraf syg.. mmg x boleh tukar jantina klau anda lahir sbg lelaki.. haram di sisi agama wlaupun anda rasa diri anda lebih cenderung kpd sifat wanita. Apa yg seharusnya anda lakukan ialah, melawan perasaan kewanitaan itu secara berterusan. Jantina yg anda peroleh sjk lahir itu adalah anugerah Allah, so kena terima takdirNya. Bersabarlah sayang, dlm dunia ni mcm2 ujian diberikanNya kepada hamba-hambaNya utk menguji keimanan mereka. Masing2 ada bahagian hidup masing2. So bersabarlah dgn ujian Allah ni, semoga Dia menyelamatkan anda dari api neraka Jahannam. syam Saya sedih membaca ulasan yang diberikan oleh peguam Ashraf dalam akhbar tempatan hari ini 'Seluruh masyarakat dunia boleh menghentam, mengkritik Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) keji atau berdosa, tetapi saya sudah bertekad membantunya kerana kita bertanggungjawab melakukannya.' oleh peguam Horley Isaacs. Memang betul niat membantu itu adalah perbuatan terpuji. Tapi dalam isu mcm ni, mungkin peguam ini bukan orang islam, dia tidak tahu dosa nya kita tidak menghargai kurniaan dari Allah SWT dan kita sebagai masyarakat,tidak seharusnya keji atau caci kelompok seperti Ashraf,kita perlu bantu dia utk berubah. Sangat meluat bila membaca ulasan dari lawyer sehingga kan beliau sanggup membantu Ashraf tanpa mengharapkan apa-apa bayaran. Ulasan dari peguam ini, seolah-olah kita umat Islam atau masyarakat secara amnya, sangat membenci dan menghina tindakan Ashraf. Kepada Ashraf, saya harapkan, berfikirlah dengan sewarasnya & bertaubatlah kepadaNya. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri dengan membabi buta. Sekiranya mahkamah membenarkan pertukaran nama dalam Mykad atau jantina, maka huru hara lah dunia. Yang lelaki mahu jadi wanita,yang wanita mahu jadi lelaki. Siapa kita nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT Kita sikit pun tidak layak. Diharapkan kita semua,bantu lah Ashraf kembali ke jalan yang benar. Kalau boleh, kita jangan panggil nama dia Aleesha. Kita panggil dengannama lelaki di mana itu lah nama sebenarnya. Ya Allah ya tuhan kami. Selamatkan lah umatMu. taihen_itaidesu selamat pagi semua rakyat Malaysia, sepatutnyatanggungjawab sebegini bukan sahaja di pikul oleh alim ulama malah masyarakat sepenuhnya. sebenarnya golongan seperti ini sudah lama ujud, malah sy berkesempatan mendekati mereka sebagai rakan dan juga seorang ahli keluarga. mempunyai perasaan seorang manusia tetapi yang bertentangan dengan fizikal dimiliki menjadikan mereka nekad untuk teruskan hidup sebagai seorang "wanita jelmaan".bukan mudah untuk mendekati mereka sebenarnya. seorang yang terlalu sensitif mewujudkan mereka di satu bahagian kehidupan yang terasing. secara jujurnya, dekati mereka sebagai manusia. baru kita tahu keperitan yang mereka alami untuk meneruskan hidup.ketawa tetapi sebenarnya mereka menangis. molyady Semoga golongan ini tdk dieksploitasi oleh NGO@sebrg persatuan yg menuntut kesamarataan hak spt di luar negara. Mdh2an usaha mbawa mereka ke jln yg benar berhasil berkat bln Syaaban & kedatangan bln Ramadhan. Amin. tulah pahala walaupun perit, tp jg sekali-kali melakukan prkara haram Nagib Wahab Asalamualaikum, bertaubat lah |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan