Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Iraq minat berkongsi kepakaran

Posted:

Iraq minat berkongsi kepakaran

Iraq minat berkongsi kepakaran

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN delegasi Kementerian Pendidikan Iraq melawat antara fasiliti pendidikan kemahiran yang terdapat di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dalam lawatan ke kolej itu di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 26 Julai - Keberkesanan ilmu vokasional yang dipraktikkan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Jasin di sini, menarik minat delegasi Kementerian Pendidikan Iraq untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan dalam bidang kemahiran yang ditawarkan di politeknik itu.

Delegasi yang disertai kira-kira 13 pegawai diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia Iraq, AbdulSada Shnawa Fahad Al-Hlachi di PMM baru-baru ini bertujuan untuk melihat sistem pendidikan dan latihan teknik vokasional (TVET) yang dilaksanakan di negara ini.

Menerusi sesi perbincangan sempena lawatan sehari itu, delegasi berkenaan melahirkan minat mereka untuk mengetahui langkah-langkah yang diambil oleh PMM dan Jabatan Pengajian Politeknik dalam melaksanakan kerjasama dengan pengusaha industri dari semasa ke semasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Akademik) Jabatan Pengajian PMM, Mohd. Ghaus Ab. Kadir berkata, pihak terbabit turut berminat untuk mengetahui strategi yang digunakan dalam memasarkan pelajar dan memenuhi keperluan industri.

''Kita juga menyatakan bahawa sentiasa merebut peluang dan mencari strategi mengadakan kolaborasi dengan industri-industri berkaitan bagi memenuhi keperluan pekerja mahir," katanya.

Pada lawatan itu, delegasi dibawa melihat prasarana bagi tujuan pembelajaran dan rumah solar yang terdapat di PMM.

Kata Mohd. Ghaus, program lawatan itu bertujuan untuk bertukar-tukar maklumat bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

''Menerusinya, ia boleh menjadikan mutu pendidikan bagi kedua-dua institusi tersebut dapat dinilai tambah serta diperluaskan selaras dengan keperluan globalisasi masa kini," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Deria 2011 cungkil bakat reka cipta penuntut, kakitangan UiTM

Posted:

Deria 2011 cungkil bakat reka cipta penuntut, kakitangan UiTM

Deria 2011 cungkil bakat reka cipta penuntut, kakitangan UiTM


DUA peserta (sebelah kiri) memberi penerangan mengenai ciptaan mereka kepada pengunjung pada pertandingan Deria 2011 di Ayer Keroh, baru-baru ini.


MELAKA 26 Julai - Pertandingan Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Deria 2011) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang diadakan pada 21 dan 22 Julai lalu dilihat berjaya mencungkil bakat kreatif dan reka cipta di kalangan para peserta.

Pertandingan bertemakan 'Bunyi, Imej dan Objek' itu disertai oleh penuntut dan kakitangan UiTM seluruh negara, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), sektor kerajaan dan swasta.

Rektor UiTM, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, program itu berjaya mencapai objektifnya apabila mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai agensi dan produk yang dipamerkan begitu kreatif, inovatif dan mempunyai nilai komersial.

Katanya, antara lain objektif Deria 2011 adalah untuk mengetengahkan produk atau prototaip serta idea baru yang boleh dipatenkan selain mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Saya rasa program ini telah mencapai objektifnya untuk mencungkil bakat peserta terutama pelajar dan meningkatkan budaya inovasi melalui penyelidikan," katanya pada majlis penutup Deria 2011 yang diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh, baru-baru ini.

Menurutnya, melalui program berkenaan, penganjur iaitu Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM cawangan Melaka telah memilih 20 produk terbaik untuk dipertandingkan di Ekspo Persidangan Reka Cipta Antarabangsa Institusi Pengajian Tinggi yang dijadualkan September ini.

Pada pertandingan itu, dua penuntut UiTM Melaka iaitu Noor Suhaida Aziz dan Nornadia Johari dinobatkan sebagai juara bagi kategori Produk Interaktif Terbaik manakala bagi kategori Pereka Cipta Muda, Mohd. Alif Mansor dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur muncul juara dengan ciptaannya iaitu penentu arah kiblat bagi golongan cacat penglihatan.

Program berkenaan juga merupakan medium bagi pereka cipta sama ada dari organisasi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mendapatkan khidmat rundingan kepakaran dari UiTM Melaka bagi menilai dan mengkaji produk yang dihasilkan agar ia dapat dipasarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

FKPM sasar RM10,000 melalui program kebajikan

Posted:

FKPM sasar RM10,000 melalui program kebajikan

FKPM sasar RM10,000 melalui program kebajikan

ALOR GAJAH 26 Julai - Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara, Kampus Alor Gajah menyasarkan dapat mengumpul RM10,000 untuk didermakan kepada 10 buah pusat kebajikan seluruh negara melalui beberapa program amal yang dirancang bermula bulan ini.

Beberapa aktiviti dan program amal anjuran penuntut semester akhir Diploma Komunikasi dan Media itu telah dirangka bagi mengumpul dana berkenaan termasuklah persembahan muzikal Lendu Acoustic Night yang diadakan minggu lalu.

Penolong Ketua Projek, Izzat Izwan Idzian yang juga mahasiswa semester akhir Diploma Komunikasi dan Media berkata, program amal itu juga merupakan sebahagian daripada promosi sempena pelancaran satu majlis iaitu Touch 2011 yang dijadualkan pada 10 dan 11 September ini.

Katanya, Touch 2011 adalah majlis yang mana semua wang terkumpul daripada program amal yang dijalankan mahasiswa semester akhir FKPM akan diserahkan kepada 10 badan amal seluruh negara dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

"Pelbagai agenda dan program telah dirangka antaranya pertandingan futsal amal, mencuci kereta, jualan bazar Ramadan dan beberapa lagi yang masih dirancang. Kesemua wang daripada program amal ini akan disalurkan ke tabung Touch 2011," katanya.

Katanya, penganjuran Touch 2011 juga merupakan salah satu daripada keperluan akademik di bawah subjek 'Professional Project' yang mewajibkan setiap mahasiswa akhir menganjurkan pelbagai projek secara praktikal yang dapat memberikan sumbangan kepada komuniti.

Menurutnya, program amal dengan tema 'Menyentuh Hati Menyingkap Budaya' dirancang bergerak ke seluruh negeri dan berharap dapat mencapai sasaran kutipan sebanyak RM10,000 sebelum bulan September ini.

"Hasil kutipan berkenaan akan disalurkan kepada badan amal seluruh negara termasuk Yayasan Al-Bukhary, Majlis Kanser Nasional, OrphanCARE dan Aman Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan