Utusan Online - Muka Hadapan |
- Pendaftaran biometrik dilanjutkan
- Selesaikan masalah rakyat
- Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri
Pendaftaran biometrik dilanjutkan Posted: Pendaftaran biometrik dilanjutkanOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
KUALA LUMPUR 29 Julai – Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sepatutnya berakhir 31 Julai ini akan dilanjutkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu juga akan berjalan serentak dengan program pendaftaran pekerja asing tidak sah yang akan bermula pada 1 Ogos ini. "Sasaran kita adalah supaya proses pendaftaran pekerja asing sah dan tidak sah ini dapat diselesaikan secara keseluruhannya dengan cepat. "Dari situ barulah kita dapat tahu berapakah jumlah sebenarnya pekerja dan warga asing yang berada di dalam negara kita ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri kepada 100 penduduk keturunan India di sini hari ini. Hishammuddin menambah, proses pendaftaran biometrik pekerja asing itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana ia melibatkan soal keselamatan terutama dari sudut jenayah rentas sempadan. Katanya, meskipun pasukan keselamatan negara ketika ini masih berjaya mengawal keselamatan membabitkan anasir luar, namun jumlah pekerja asing yang bertambah boleh memberi tekanan dan meningkatkan ancaman kepada keselamatan negara. "Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada masa depan membabitkan pekerja asing ini, maka ketika itu kita sudah terlewat," katanya. Hishammuddin menambah, proses pendaftaran biometrik itu juga dapat membantu kerajaan menempatkan pekerja asing di sektor yang memerlukan tanpa perlu membawa masuk pekerja asing baru. Justeru, tegas beliau, mana-mana majikan dan pekerja asing yang gagal mendaftar selepas tarikh baru yang akan diberitahu kelak tidak boleh menyalahkan kerajaan sekiranya dikenakan tindakan termasuk dihantar pulang ke negara asal. | ||
Posted: Selesaikan masalah rakyatOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL NAJIB Tun Razak memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahirannya sambil diberi tepukan oleh Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan kanan UMNO sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam. – Utusan/ Abdul Razak Latif KUALA LUMPUR 29 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa sayap-sayap politik dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif mengadakan program yang boleh menyelesaikan masalah rakyat secara langsung. Kata Perdana Menteri, menerusi pendekatan yang merupakan salah satu aspek penting di bawah model baru politik itu, rakyat dapat didekatkan dengan sayap-sayap parti dan parti-parti komponen BN. "Rakyat juga tidak akan bergantung kepada pihak lain, sebaliknya meletakkan sepenuh harapan kepada BN bahawa parti inilah yang mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen Program Pameran Pemilikan Rumah (Hope) 2011 anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Najib menambah, BN dalam mendahulukan keperluan rakyat juga sentiasa utuh dan tidak pernah goyah meskipun sering dipertikai dan diperlekehkan oleh pembangkang. Katanya, pembangkang boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan namun BN tidak akan sesekali lari daripada tanggungjawab untuk terus membela nasib rakyat. "Apa yang penting adalah BN amat serius dan komited (membela nasib rakyat). Daripada keperluan rumah sehinggalah kepada harga bekalan ayam serta keperluan lain, kita akan tetap memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya. Kerana itu tegas Najib lagi, BN akan kekal menjadi pilihan utama rakyat sekiranya tidak tergelincir daripada landasan membela nasib rakyat itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri Posted: Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiriOleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya. Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati. Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini. Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38. "Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah. "Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri. "Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini. Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan